CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23596|Reply: 16

[Tempatan] Pengampunan Najib bukan keutamaan negara, perlukan lebih masa

[Copy link]
Post time 10-1-2024 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini tidak membincangkan perkara berkaitan Lembaga Pengampunan, termasuk pertimbangan permohonan pengampunan buat Najib Razak.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Channel News Asia bahawa permohonan bekas perdana menteri yang kini dipenjara itu akan didengar dalam sesi Lembaga Pengampunan pada minggu ketiga Januari.

"Kami tidak membincangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet hari ini," kata Fahmi kepada pemberita pada sidang media di Putrajaya selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Pada masa yang sama, menteri komunikasi itu berkata terdapat proses sewajarnya yang perlu diikuti dan perkara itu akhirnya terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

"Biasanya kita tidak boleh mendahului proses itu. Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk berbincang.

“Itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan,” katanya.

Isu permohonan pengampunan Najib sebelum ini ditangguhkan daripada mesyuarat bulan lepas kerana lembaga yang terdiri daripada enam anggota itu memutuskan ia memerlukan lebih masa untuk membincangkan isu berkenaan.

Mesyuarat yang akan datang adalah antara tugas akhir Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum baginda digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada akhir bulan ini.

CNA memetik seorang ahli kanan dalaman kalangan orag kepercayaan Najib berkata terdapat "suasana positif" mengenai petisyen pengampunan itu, sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Malaysiakini telah menghubungi peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan ulasan.

Bulan lalu, Shafee berkata pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Bekas presiden Umno itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah RM42 juta SRC International.

Selain itu, Najib juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 11:35 PM | Show all posts
Biar habis PhD...keluar pun kang menyakau semule
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:49 PM | Show all posts
Bekas presiden Umno itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah RM42 juta SRC International.


eh bukan ke najib masuk penjara sebab bunuh kevin morais, altantuya dan sembunyi mh370?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena ampunkan Najib? Hadap je la penjara berpuluh tahun macam Anwar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 12:05 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-1-2024 12:06 AM

Walaupun  semua sudah tahu dan paham bahwa perilaku rasuah adalah budaya asli warisan  dari nenek moyang kita sendiri ... tetapi rasuah yang dilakukan Najib Razak memang sudah TERLALU TAMAK ...

Semua dimakan dan dinikmati sendiri (bersama keluarga) .. X ada sedikitpun alokasi untok rumah ibadah, anak yatim piatu dan umah fakir miskin ... Jadi X hairanlah jika bukan saja manusia .. Tuhan pun enggan memberikan ampun atas dosa besar Najib itu ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 11-1-2024 07:22 AM
kemaruk replied at 10-1-2024 11:49 PM
eh bukan ke najib masuk penjara sebab bunuh kevin morais, altantuya dan sembunyi mh370?


Alololololololololololololololololo

Nak jibun keluar keww tidak ni?

Kalo nak keluar kena proses pengampunan je tau....takda avenue lain...

So yes or no?


Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-1-2024 11:56 PM
Kenapa kena ampunkan Najib? Hadap je la penjara berpuluh tahun macam Anwar.

Cut queue ler ni....

Banduan banduan lain bertahun tahun tunggu utk giliran mereka

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada juga usaha pmx utk ampunkan jibby ni..memang malaysia kena gelak dgn 1 dunia la...
1 dunia dah gelakkan kita psl skandal 1mdb..dgn derma putera saudi la..jho low la.
tetiba nak ampunkan..


1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 11-1-2024 07:20 AM
Alololololololololololololololololo

Nak jibun keluar keww tidak ni?

Membuak buak perasaan pensokong yang terhasuti bila dengar rosmah owner grab
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:23 AM | Show all posts
Good news....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:55 AM | Show all posts
Dah le utang taxpayers bayor.. Cukai pun x setel lagi amporn-amporn
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:56 AM | Show all posts
jgn ganggu perjalanan mahkamah, let the law take its course
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 10-1-2024 11:49 PM
eh bukan ke najib masuk penjara sebab bunuh kevin morais, altantuya dan sembunyi mh370?

Berdayung2 naik perahu, hendak nyeberang ke sebelah sana
Pura2 tidak tahu, sudah tau kenapa Tanya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-1-2024 09:38 AM
Membuak buak perasaan pensokong yang terhasuti bila dengar rosmah owner grab

Enaknya lauk santan berlada
Ada ulam daun pegaga
Ingatkn hanya cincin yg ada
Rupanya grab ada juga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:47 AM | Show all posts
sabar lah, pasti ada hikmah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 12:23 AM | Show all posts
lama lagi @kemaruk nak capai klimaks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh apa hal lak. Bebaskan najib secepat mungkin. Jgn bg pelbagai alasan lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.106725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list