View: 12787|Reply: 32
|
Zizan Nin ‘Move On’, Mahu Buka Lembaran Baru Sempena 2024
[Copy link]
|
|
Penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Zizan Nin memberitahu dia memilih untuk ‘move on’ daripada kisah tahun lalu dan membuka lembaran baru sempena tahun 2024 ini.
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Zizan berkata dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung filem pertama arahannya berjudul ‘Sazali Meor Coco‘ yang hanya mengutip RM6,990.35 pada tahun lalu. Ujar Zizan, segalanya telah dijawab oleh Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd (AESB), Syarizan Md Isa, baru-baru ini.
Tiada apa yang saya nak komen. Lagipun saya anggap itu tahun lepas punya cerita. Jadi 2024 ini saya buka buku baru.
Bercerita mengenai matlamat untuk tahun ini, Zizan berharap semua projek terbarunya akan berjalan dengan lancar. Tambahnya, dia sedang sibuk berhempas pulas menyiapkan pelbagai kertas kerja untuk dihantar ke stesen televisyen.
Saya mengharapakan kerancakan kerja dan projek-projek baru untuk 2024, selepas sekian lama industri sedikit lesu berikutan pasca pandemik Covid. Sekarang saya sedang sibuk menyiapkan pelbagai kertas kerja untuk stesen televisyen. Di samping itu, saya sedang menyemak jadual pasaran filem antarabangsa. Itu adalah sebahagian tugas saya sebagai penerbit. Saya juga kena susun jadual.
Selain menyiapkan kertas kerja dan melakukan beberapa tugasan yang lain, Zizan memberitahu dia kerap dijemput oleh pihak universiti dan beberapa kolej tempatan sebagai pensyarah undangan.
Mereka jemput saya untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Ada kalanya, mereka menjemput saya sebagai panel bagi projek akhir para pelajar.
Terdahulu, Syarizan Md Isa mengakui kutipan filem Sazali Meor Coco teruk dan tidak seperti yang diharapkan berikutan beberapa faktor.
Salah satu faktor adalah promosi yang lambat dan kurang disebabkan kekangan bajet. Faktor kedua dari segi isu semasa seperti isu Palestin, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Sebelum filem ini ditayangkan, sudah banyak isu timbul sehingga kutipan beberapa filem dipertontonkan tidak mencapai seperti diharapkan. Jadi, daripada itu saya sudah nampak tanda filem ini berisiko berdepan perkara sama.
Biarpun pulangan tidak seperti diharapkan, Syarizan bertekad untuk terus berkarya. Dia percaya masih ada peluang menghasilkan filem lebih baik pada masa akan datang.
Serik tidak, saya masih lagi akan terus buat filem. Bagi saya, apa yang jadi untuk filem Sazali Meor Coco adalah ditayangkan pada masa yang tidak kena. Bukan kerana filem itu tidak bagus atau ‘sampah’, saya percaya ia tidak begitu, cuma masa sahaja tidak kena. Sebagai penerbit saya tidak serik, bagi saya itu cabaran dan adat resam dalam perniagaan ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
First time aku dgr tajuk filem tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang yang buat filem2 flop ni tak sedar diri ke? Mesti ke tayang di cinema filem tu? Apsal tak tayang di RTM jeh? Korang proksi cuci duit ka hapa? Apa pula salah promosi lemah la salah Palestin la? Mereng ke apa tak reti ukur diri kau punya kerja tu level crowd puller ka idok? Eiiii duit hambur camtu ja! |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-1-2024 06:37 PM
Korang yang buat filem2 flop ni tak sedar diri ke? Mesti ke tayang di cinema filem tu? Apsal tak tay ...
Dapat dana filem cereka dari Finas memang lah tak sedar diri. Bukan diorang yang rugi pun. Dah lah filem yang dapat dana ni kadang kadang taraf drama pun tak lepas dari segi teknikalnya. Mana lah pergi duit dapat ratus ribu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya kutipan..pilem apa depa buat ni...banyak dpt geran dr finas aku tak ingat brp ratus k..sbb client aku dapat jugak...camne panel pemilihan finas kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Taraf filem lyana jasmey la ni.dapat geran,lenjan sampai abis.. |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah dgr pon tajuk filem ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Igt lembaran baru apanya
Rupa2nya pernah buat filem flop
Kalau xmasuk thread ni, harammm aku xtau filem ni wujud |
|
|
|
|
|
|
|
Wehh apasal tak pernah dengar nama filem dia pun |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah sendu sampai iols dah lupa kewujudan mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Move on utk berkarya di samping berkerja keras bikin pilem..teringat aku kat datin seri fazilah hani harun..ape kabar skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Pelem mly skrg sgtla memalukan n xlyk anto p festival.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru semalam baca pasal senarai kutipan filem terendah. Most dlm list tu iols tak pernah dengar pun. Maybe zizan target nak masuk senarai tu |
|
|
|
|
|
|
|
Filem flop cakap jelah filem lemah dan merapu.
Ni mcm2 alasan sampai isu Palestine pun terbabit.. Drama pun x lepas, Ni tiberr buat filem. Nama filem lak pelik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ex wife dia dh datin ke datin seri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 25-1-2024 11:11 AM
Ex wife dia dh datin ke datin seri kan?
Datin Seri..asben kn YTM Dato' Seri Raja Jamil Ariffin Sultan Idris Shah..adinda permaisuri Johor.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk igtkan move on dari kisah cerai berai ke apa
tatau plak dia ni mengarah. dgr tajuk muvi tu pun tak bernafsu nak tgk. buat drama sudah la tyg kat tv blh gak acik2 pencen tgk mengisi masa lapang |
|
|
|
|
|
|
|
statement kat atas petik punca Palestine tu, iols tak leh brain at all yaaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sazali Meor Cocoapo laaa tajuk filem ko ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|