View: 6369|Reply: 0
|
Alonso masih mahu bersama Aston Martin
[Copy link]
|
|
ALONSO (kiri) percaya kekuatan Aston Martin dengan pengenalan jentera baharu mereka. -FOTO AFP
London: Fernando Alonso berkata dia "tertarik" kepada pasukan Formula Satu (F1) yang lain tetapi menafikan sebarang hubungan dengan Mercedes selepas Lewis Hamilton mengumumkan akan meninggalkan pasukan itu untuk bersama Ferrari pada 2025.
Penghijrahan Hamilton pada penghujung musim ini akan meninggalkan kekosongan yang perlu diisi di samping George Russell, manakala pasukan Red Bull yang dibarisi Max Verstappen juga dijangka mempunyai tempat kosong apabila kontrak Sergio Perez akan tamat pada penghujung musim.
Manakala perjanjian dua musim pelumba berusia 42 tahun itu dengan Aston Martin akan diperbaharui pada 2025, tetapi pelumba Sepanyol itu percaya dia mampu bersaing dalam F1 sehingga umurnya 50 tahun.
Bercakap menjelang pelancaran kereta AMR24 pasukan itu Alonso yang memenangi kejuaraan dunia berturut-turut bersama Renault pada 2004 dan 2005, berkata: "Saya sedar situasi saya yang sangat unik.
"Hanya ada tiga juara dunia di grid dan saya satu-satunya yang ada untuk 2025, jadi saya berada dalam kedudukan yang baik.
"Berpindah ke Mercedes, masih tiada apa-apa perancangan. Saya tahu pasaran pemandu bercampur-baur bermula awal tahun ini, tetapi ini tidak akan menjejaskan saya dari segi persediaan untuk musim ini.
"Jika saya mahu terus berlumba selepas tahun ini, perbincangan pertama pastinya bersama Aston Martin. Saya percaya projek ini dan itu akan menjadi keutamaan saya.
Mengulas mengenai perpindahan Hamilton ke Ferrari, Alonso, yang memandu untuk pasukan Itali antara 2010 dan 2014, menambah: "Ia adalah satu kejutan, saya tidak akan berbohong, bukan kerana perubahan itu sendiri tetapi dari luar ia kelihatan seperti dia sangat mengejutkan. Ia dikaitkan dengan Mercedes dan sangat setia kepada Mercedes.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ersama-aston-martin |
|
|
|
|
|
|
| |
|