CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4799|Reply: 1

Gaza Perlu Sekurang-Kurangnya 1,000 Trak Bantuan Kemanusiaan Setiap Hari

[Copy link]
Post time 2-3-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode





Gaza: Sekurang-kurangnya seribu trak bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza diperlukan setiap hari untuk diberi kepada penduduk Palestin di Gaza.


Algerie Presse Service (APS) yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Perhubungan Awam dan Media di Lintasan Gaza, Hisham Udwan berkata bilangan trak bantuan kemanusiaan yang sekarang memasuki sempadan Rafah setiap hari tidak cukup untuk memenuhi keperluan penduduk Gaza yang terkesan ekoran krisis Hamas-Israel.


"Sebelum ini, sebanyak 500 trak dibenar memasuki sempadan setiap hari, tetapi sekarang disebabkan tiada tempat simpanan bantuan strategik di sini, kami memerlukan sekurang-kurangnya seribu trak bantuan", katanya.


Penduduk Palestin di Gaza kini, menghadapi krisis kelaparan dan kemanusiaan sejak konflik bermula pada 7 Oktober tahun lalu.


Program Makanan Sedunia (WFP) minggu lalu memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini semakin bahaya dengan "tahap putus asa yang tidak pernah berlaku sebelum ini" manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.


Sementara Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) juga memberi amaran bahawa kekurangan makanan yang membimbangkan selain peningkatan kekurangan zat makanan dan penyakit boleh membawa kepada "ledakan" kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza.


Israel juga masih terus menghalang akses bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, khususnya ke wilayah utara manakala bantuan yang sampai ke selatan Semenanjung itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan mendesak rakyat terutama di Rafah yang dianggap tempat perlindungan terakhir.


Rafah yang hanya berkeluasan kira-kira 65 kilometer persegi, kini dihuni lebih 1.3 juta rakyat Palestin, majoritinya tinggal di khemah diperbuat daripada plastik dan kain selain tidak mempunyai kemudahan asas dan keperluan minimum untuk kelangsungan hidup.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
israela babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.052321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list