View: 7319|Reply: 0
|
Terharu bila mangsa muncul ucap terima kasih
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Detik menyelamatkan buruh binaan yang tersepit di bawah runtuhan konkrit di Stesen LRT Putra Terminal Gombak pada 2019 menjadi pengalaman sukar dilupakan buat Burhanshah Amril, 33.
Pegawai bomba itu berkata, pada masa sama dia bersama rakan setugas terpaksa mengambil keputusan memotong separuh tangan mangsa demi menyelamatkan nyawanya.
"Selepas berjaya diselamatkan, mangsa datang ke Balai Bomba dan Penyelamat untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang menyelamatkannya.
"Saya berasa amat terharu dan bersyukur sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus menyertai misi penyelamatan," katanya.
Burhanshah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad di Kuarters Bomba Cheras, di sini, hari ini.
NOR Mohammad menyampaikan anugerah kepada pegawai dan anggota bomba pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023. FOTO Saifullizan Tamadi
Sementara itu, Azman Jaffar, 54, berkata dia tidak menyangka menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di atas perkhidmatannya dalam pasukan seragam berkenaan.
Menurutnya, misi keselamatan di Dumai, Indonesia yang dilanda jerebu teruk pada 1997 menjadi pengalaman paling mencabar buat dirinya.
"Cabaran semasa misi itu sangat tinggi kerana dengan jarak penglihatan yang minimum, kami perlu memikul air dengan jarak dua kilometer.
"Orang cakap bomba Malaysia ni gila kerana kerja sehingga lewat malam sehingga pegawai bomba Indonesia datang kepada kami untuk meminta berhenti rehat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-ucap-terima-kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|