CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 0

Qabil Irfan berlumba di ESBK musim 2024

[Copy link]
Post time 9-3-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode

QABIL Irfan Azlan. FOTO FIM MiniGP

Kuala Lumpur: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan bakal berlumba dalam Kejuaraan Spanish Superbike (ESBK) bagi Kategori Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing untuk musim penuh 2024.

Menurut kenyataan dikeluarkan ZK Racing, Juara Siri Dunia MiniGP 2023 itu akan berlepas ke Sepanyol Ahad ini untuk mengikuti ujian pramusim pada 16 dan 17 Mac ini di Litar Jerez dan akan kekal di sana bagi mengharungi perlumbaan pembukaan musim pada 6 dan 7 April ini.

"Kejuaraan ESBK akan diadakan sepanjang 7 pusingan. Kategori Moto4 ini merangkumi pelumba berusia 12 hingga 14 tahun dan akan bersaing di litar-litar di Sepanyol dan Portugal," menurut ZK Racing hari ini.

Selepas perlumbaan di Litar Jerez, Qabil dijadual meneruskan tunggangannya di Litar Valencia, Sepanyol (1 dan 2 Jun); Litar Estoril, Portugal (6 dan 7 Julai); Litar Catalunya, Sepanyol (27 dan 28 Julai); Litar Estoril, Portugal (31 Ogos dan 1 September); Litar Navarra, Sepanyol (26 dan 27 Oktober) dan kembali ke Litar Jerez bagi menutup kempen 2024 pada 2 dan 3 November ini.

Pelumba berusia 12 tahun yang bernaung di bawah program pembangunan ZK Racing sejak 2020 dijangka turut serta pada Kejuaraan FIM MiniGP Siri Malaysia dalam kategori 190cc tahun ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-esbk-musim-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034823 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list