CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12704|Reply: 14

[Jenayah] Datang untuk bunuh ketua seteru, PDRM tolak dakwaan media Israel

[Copy link]
Post time 1-4-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 1-4-2024 01:18 AM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari cubaan terbaharu media Israel memanipulasi penahanan lelaki disyaki ejen Israel dengan mengaitkan misi ke Malaysia untuk memusnahkan seteru dalam keluarga sebagai satu propaganda.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebaliknya menegaskan ia bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis secara mudah sehingga dibuktikan.

Malah, beliau berkata, ia boleh dianggap sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian mengenai sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini.

"Ya, kita maklum tentang penyiaran laporan media Israel yang mendakwa kehadiran suspek ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru di negara ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Pada masa ini, siasatan PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menjurus kepada semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini," katanya kepada BH.

Razarudin mengulas laporan The Times Of Israel semalam yang mendakwa, lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lalu, adalah berkaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.

Menurut laporan itu, suspek yang dikenal pasti sebagai Shalom Avitan, dipercayai mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya, iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah seterunya.

"Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan. Menurut Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan Bavli mewah Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh 'orang' Haya.

"Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia," kata laporan itu.

Teliti motif suspek

Mengulas lanjut, Razarudin berkata polis masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta bagaimana suspek mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru, selain faktor yang mungkin berkait dengan isu membabitkan Palestin dan Israel.

"Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita.

"Malah, kita juga tidak boleh mengetepikan ancaman suspek ini terhadap pemimpin-pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan pemimpin Hamas atau pegawai tertinggi kerajaan asing selain keselamatan rakyat negara kita sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PDRM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada, serta mendapatkan maklumat tambahan daripada hasil siasatan.

"Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaharu kepada umum esok (Isnin)," katanya.

PDRM katanya, sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam dan serta keselamatan orang-orang berkepentingan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2024 01:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepatnya gangster kantoi.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis malaysia suka sangat cerita sisatan dorang kat orang ramai. Patut benda ni kau senyap jer. Ni kau percaya tak percaya dengan suspect pun mau mau cerita sama orang kah. Head of police pulak jadi jurucakap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang order VS barang sampai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 1-4-2024 01:28 AM
Polis malaysia suka sangat cerita sisatan dorang kat orang ramai. Patut benda ni kau senyap jer. Ni  ...

Bkn ada apa maklumat sulit pun dia bg kat media. Kang dia senyap je org ckp polis x buat kerja la, ada kowtim blkg la.

So elok la dia update kat media perjalanan Kes ni. Br nmpk ketelusan dia.

Bygkan tgh ada 47 Kes. Lama senyap pastu tetiba Kes ditarik. Mesti rs x syok kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 08:34 AM | Show all posts
polis yisroel yang hebat di dunia tu, dok biaq saja kaa gang rivalry di sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 12:43 PM | Show all posts
star_karat replied at 1-4-2024 01:28 AM
Polis malaysia suka sangat cerita sisatan dorang kat orang ramai. Patut benda ni kau senyap jer. Ni  ...

abis kalau polis senyap korang jugak bising kata polis tak buat kerja tak de update makan gaji buta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 02:46 PM | Show all posts
dah check ke dekat gigi derang, ada ubat bila telan boleh mati on da spot mcm dalam movie
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 1-4-2024 02:51 AM
Barang order VS barang sampai

seram nya berketul gitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 1-4-2024 02:51 AM
Barang order VS barang sampai

Order gal gadot dapat gal gaduh.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:00 PM | Show all posts
star_karat replied at 1-4-2024 01:28 AM
Polis malaysia suka sangat cerita sisatan dorang kat orang ramai. Patut benda ni kau senyap jer. Ni  ...

Dia tengah savour the momentlah. Bukan hari2 dapat tangkap warga Israel bawa 6 pistol.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:43 PM | Show all posts
Hehehehe ... Case perisikan Israel  lama-lama dibuat menjadi Sinetron oleh polis malaysia sendiri ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:45 PM | Show all posts
ape saje dtg dari Israel memang tak boleh di percayai...apetah lagi kalau warga IDF mereka...memang halal di bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 04:02 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 1-4-2024 04:03 PM

mgkn polis Mesia sengaja war2 kan nak tengok reaksi Kerajaan Yis real
agaknya kalo Yis real melenting menafikan dan siap bentang hujah defensive

maka Polis Mesia bole jangka mesti netizen Yis real ni ada misi yg berkaitan kerajaan Yis real
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060816 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list