CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6188|Reply: 6

[Tempatan] Ramai geram Maybank tergendala

[Copy link]
Post time 6-4-2024 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 6-4-2024 07:48 AM

PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank, MAE dipercayai tergendala sejak awal malam tadi.

Situasi itu menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses aplikasi perbankan dalam talian termasuk pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Dalam hantaran di aplikasi X, Maybank memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

“Harap maklum bahawa sistem tergendala secara tidak dijangka untuk transaksi perbankan dalam talian dan kad,” katanya sebentar tadi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata pengguna kesal apabila tidak dapat membuat transaksi untuk urusan harian.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata pengguna kesal apabila tidak dapat membuat transaksi untuk urusan harian.

“Apahal Maybank buat hal masa orang nak bayar barang. Buat malu aku sahaja. Dah orang ingat aku tiada duit nak bayar,” kata Ahmad Sazrul.

“Tak perasan pula Maybank tergendala. Nak isi minyak dia jadi pula. Nasib ada duit selit-selit sedikit. Sampai pukul berapa Maybank tergendala ini?” ujar Sholihin.

“Hura-hara Maybank tergendala waktu ini. Orang nak balik kampung isi minyak dan keluar duit semua susah,” luah Mohd. Shidin. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kad ATM x bleh pki ke? Serious la wei. Duit semua dlm tu. Nak raya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:43 AM | Show all posts
puak2 ketum metal kata sbb dema dapat habuan.. tu pasal bank rimau down
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aeon shah Alam 2.jam.sangkut.
Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:19 AM | Show all posts
meols bank in 9pm ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesahnyaaaa… ingatkan sepanjang Highway lekas tu problem line tepon. Aku dok try transfer duit kat org tak dpt2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergendala tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049054 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list