View: 3182|Reply: 0
|
Dortmund tamat penantian 11 tahun
[Copy link]
|
|
FULLKRUG meraikan jaringannya membantu Dortmund menewaskan Atletico 4-2 awal pagi semalam. – AFP
DORTMUND – Borussia Dortmund mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri menyingkirkan Atletico Madrid dengan agregat 5-4 untuk mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.
Pada suku akhir kedua di Signal Iduna Park awal pagi semalam, Dortmund memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk melakar kemenangan 4-2, sekali gus bangkit daripada kekalahan 1-2 yang dicatat pada aksi pertama di Madrid minggu lepas.
Gol-gol Dortmund dijaringkan oleh Julian Brandt, Ian Maatsen, Niclas Fullkrug dan Marcel Sabitzer, manakala pelawat mendapat jaringan menerusi gol sendiri Mats Hummels serta Angel Correa.
Fullkrug selaku penyerang utama Dortmund mengakui apa yang dilalui oleh rakan-rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan sememangnya sukar untuk dipercayai.
“Saya tidak mahu terlalu teruja, tetapi kami seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ini adalah malam yang cukup ajaib buat semua dengan sokongan padu penyokong menjadi salah satu punca pemain tampil begitu semangat,” katanya.
Pandangan sama turut diberikan oleh Brandt yang melihat Atletico adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan, tetapi kerja keras mereka sepanjang perlawanan dapat merealisasikan perkara tersebut.
“Kita telah bermula pantas pada babak pertama apabila dapat mendahului 2-0, tetapi mereka bangkit menyamakan kedudukan 2-2. Selepas itu, pasukan kembali fokus dan bertenang dan apa yang kita pamerkan cukup sensasi,” katanya.
Sementara itu, pengendali Dortmund, Edin Terzic mengakui fokus selepas ini terarah kepada aksi separuh akhir UCL menentang Paris Saint-Germain (PSG) sekali gus menjadi aksi ulangan peringkat kumpulan awal musim ini.
“Saya masih ingat ketika bertemu PSG awal musim ini yang mana kami tidak bermain dengan baik pada perlawanan pertama. Namun, kita tampil lebih kompetitif pada aksi kedua. Ini adalah peluang untuk pasukan buktikan keupayaan dalam usaha mara ke final,” katanya. –AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... penantian-11-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|