View: 12719|Reply: 0
|
Guardiola selar jadual 'gila'
[Copy link]
|
|
CITY mara ke final Piala FA selepas menundukkan Chelsea 1-0. -FOTO AFP
London: Pep Guardiola menyelar jadual "tidak boleh diterima" yang menyebabkan barisan pemain Manchester City berada dalam keletihan dan berdepan risiko kecederaan biarpun mereka menang 1-0 menentang Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA yang berlangsung hanya tiga hari selepas mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara.
Guardiola berang kerana Persatuan Bola Sepak dan penyiar televisyen menetapkan separuh akhir City pada hari Sabtu dan bukannya memberi mereka satu hari tambahan untuk pulih selepas tewas menerusi sepakan penalti pada Rabu lalu kepada Real Madrid di suku akhir Liga Juara-Juara.
City yang beraksi dalam keletihan bernasib baik kerana terselamat daripada beberapa siri kesilapan Chelsea di Wembley sebelum gol kemenangan hadir pada minit ke-84 menerusi Bernardo Silva yang menebus kesilapan penaltinya ketika menentang Real.
Guardiola mengkritik pihak berkuasa kerana meletakkan masa depan pemainnya dalam bahaya apabila mereka bermain aksi separuh akhir pada hari Sabtu ketika Manchester United menentang Coventry berlangsung pada hari Ahad kerana tiada kelab beraksi di Eropah minggu ini.
"Saya sangat gembira bermain di separuh akhir Piala FA. Saya suka berada di suku akhir Liga Juara-Juara. Tetapi ia tidak boleh diterima apabila kami terpaksa bermain hari ini," kata Guardiola.
"Ia adalah mustahil untuk kesihatan pemain. Orang ramai tidak faham apa yang kami terima selepas tewas dalam Liga Juara-Juara dan bermain di sini tidak lama selepas itu.
"Mengapa mereka tidak memberi kita satu hari lagi? Chelsea, Manchester United dan Coventry tidak bermain dalam Liga Juara-Juara. Ia untuk penyiar? Ok jangan minta saya buat perkara tambahan (untuk mereka)."
Guardiola menegaskan dia tidak akan bercakap perkara itu dengan badan induk sukan mengenai rasa tidak puas hatinya kerana dia yakin mereka tidak akan mendengar.
"Apa yang saya cakap ini betul, kan? Saya tidak meminta keistimewaan lebih. Ia adalah risiko untuk kesihatan pemain dan banyak perkara yang lain. Saya tahu mereka (pihak berkuasa) tidak kisah, tetapi saya peduli," katanya.
"Di negara ini ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya tahu. Mereka tidak mempunyai sensitiviti kepada pemain. Jangan minta saya mengadakan pertemuan dengan Liga Perdana dan FA. Saya tidak akan pergi. Saya sedang menyediakan pemain."
Kata-kata tidak puas hati Guardiola itu dicetuskan oleh kelesuan yang jelas melanda pasukannya ketika mereka bergelut memaksa diri menentang Chelsea.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-selar-jadual-gila |
|
|
|
|
|
|
| |
|