View: 25204|Reply: 108
|
Tutup buku, Ruhainies sudah putus dengan Aliff Aziz
[Copy link]
|
|
Tutup buku lama, bina hidup baharu.
Pelakon sensasi Ruhainies akui tidak lagi berhubung dan dengan penyanyi Aliff Aziz sejak kontroversi skandal hubungan mereka menjadi bertambah parah.
Tanpa memperincikan bila kali terakhirnya mereka berkomunikasi, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya mahu menumpukan fokus kepada karier selain melupakan kontroversi tersebut.
“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.
“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.
“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,
“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka FiziWoo di sini hari ini.
Ruhainies atau lebih mesra disapa Anis itu mengakui ada menghubungi isteri Aliff, Bella Astillah susulan permohonan maafnya tidak diendahkan.
Ruhainies yakin Bella sudah pun sedia maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka menerusi sebuah media baru-baru ini.
“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.
Ditanya mengenai dakwaan berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies enggan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut.
“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.
“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya lagi.
Krisis Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Senang je bak suruh orang move on eh.. hei biatch, yang makan hati & kena kejar dengan press masa ko kena cekup tu bukan ko. Yang kena explain kat anak2 kemana bapak dorang menghilang tu bukan ko. Yang kena hadap mak mertua biased tu bukan ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bukan mmg takde pape ke..kwn je kan? Juz having fun je bukan ada hubungan ..bak kata pembenak |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke? Ke masih brhubung dlam diam2 jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Asal minta maaf kira setel ke? Camtu musnahkan org, aniaya hidup org tak bersalah, zalim kt org lain cukup dah minta maaf, setel? Simple math ruru ya. Ko boleh la move on, bapak gula standby. Hidup org lain yg ko dah musnahkan tu? Semoga kurma hits you cash. Dan alep juga, both busuk hitam kelam sgt perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dulu wei. Awak nak tutup buku, tapi takkanlah jabatan agama pun nak suruh tutup buku. Semua orang sedang menanti buku mahkamah untuk dibaca. Lum khatam lagi cerita lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg percaya dgn ckp dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apo. Senang je dia suruh orang move on. Macam benda dia duk khianat kawan, sondol laki kawan tu benda kecik2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii... senang nye... nak tutup buku... nak happy... nak semua pihak move on...lupa ke convo dia dgn alip tersebar.. perangai sebenar dia pun org dah tau.... Kau membabikan Bella pastu expect dia maafkan kau. |
|
|
|
|
|
|
|
bini topibasi takde nak suruh minah ni melutut depan bella ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tiberrr putus..
dia ni tak lawa pun..harapkan kulit cerah je..
kakak dia walaupun sendu tapi lawa lah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
baguihlah katup buku
tu br di donia
akhirat nun ada lg buku tauu
jgn lupaaa
buku tu tulis mcm2 lg tau
#doneperingatahuntukdirisndiri |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memang takde malu walau setitis zarah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke dah tutup buku ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar, mintak maaf macam baru je tertumpahkan air member tu,
Padahal baru meruntuhkan masjid(although memang dah nak sedia roboh pun) member tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak caye haku dah takde pape
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah selalu menipu, back stabbing best friend. Siapalah nak percaya lagi dengan perempuan muka tembok ni.
Jangan kata dah x bercakap dengan Aliff, ko dah janji dan plan macam2 untuk dia.
Aliff dah jatuh sekarang ni.
Bulan Jun kes kalwat siapa nak bayar lawyer. You dah plan,.janji kena tepati.
Tak baik dump dia gitu saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|