View: 4696|Reply: 0
|
Zidane nafi spekulasi ke Bayern
[Copy link]
|
|
Zinedine Zidane menafikan laporan yang dia akan menjadi pengendali baharu Bayern Munich. - Foto AGENSI
MIAMI: Zinedine Zidane menafikan laporan yang dia akan menjadi pengendali baharu Bayern Munich.
Bekas pemain dan pengendali Real Madrid itu ditanya soalan berkenaan ketika ditemui di Grand Prix Formula Satu Miami hujung minggu lalu.
Juara tiga kali Liga Juara-Juara Eropah sebagai pengendali itu meluangkan masa di litar Miami bertemu bintang F1, Max Verstappen dan Charles Leclerc.
Pemandu British, Lando Norris yang memenangi perlumbaan F1 buat julung kalinya, turut berpeluang berbual mesra dengan legenda bola sepak Perancis berkenaan.
Zidane, 51, tidak membimbing mana-mana pasukan sejak meninggalkan Madrid dua tahun lalu dan begitu berhati-hati dalam memutuskan langkah seterusnya.
Sebelum ini dia menyatakan hasratnya untuk kembali berada di tepi padang dalam masa terdekat, dan dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Manchester United, Bayern Munich, PSG serta pasukan kebangsaan Perancis.
Gergasi Bundesliga, Bayern Munich akan bertandang ke Madrid untuk aksi timbal balik separuh akhir selepas terikat 2-2 pada aksi pertama di Jerman minggu lalu.
Kemaraan Bayern ke pusingan empat terakhir turut diiringi pencarian pengendali baharu menggantikan Thomas Tuchel. Zidane antara calon terkini mengisi kerusi panas itu.
Menyatakan ramalannya untuk aksi Liga Juara-Juara itu, Zidane berkata: "Saya harap Madrid. Tetapi ia akan menjadi perlawanan yang sukar.
"Tidak (menyertai Bayern). Saya hanya akan menonton perlawanan itu."
Kenyataan Zidane mungkin akan mengecewakan peminat Bayern, tetapi bakal mencetus harapan baharu buat Manchester United yang semakin parah di bawah kendalian Erik ten Hag.
Ten Hag turut dikaitkan dengan perpindahan ke Munich, tetapi kekalahan terbaru United, 4-0 di tangan Crystal Palace, mungkin akan mematikan minat pasukan-pasukan besar untuk menandatanganinya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... spekulasi-ke-bayern |
|
|
|
|
|
|
| |
|