CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3892|Reply: 1

[Jenayah] UMNO sambut ulang tahun dengan solat hajat, bacaan Yasin malam esok

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: UMNO akan menyambut ulang tahun parti itu yang ke-78 esok, sejak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Seiring sambutan ulang tahun itu, UMNO akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Majlis dijadual bermula pada jam 7 malam, dimulai dengan acara solat hajat dan berakhir dengan majlis jamuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dijadual menyampaikan amanat ringkas malam esok, seusai majlis doa selamat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di Facebook malam ini turut menjemput orang ramai hadir ke majlis berkenaan.

UMNO, antara parti politik yang ditubuhkan sebelum merdeka iaitu ketika era nasionalisme menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sekitar penghujung tahun 1940-an serta penolakan rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 03:48 PM | Show all posts
x hingin aku ndak undi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070368 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list