CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7670|Reply: 0

Ummi Nazeera tolak Aliff

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode
LETAK hubungan setakat di lokasi penggambaran saja.





WALAUPUN menerima beberapa tawaran baharu untuk bergandingan dengan Aliff Aziz, namun pelakon, Ummi Nazeera terpaksa menolak secara baik kerana enggan mengguris hati mana-mana pihak.

"Ummi berkata, selepas terbabit dalam drama bersiri Dia Dari Syurga yang ditayangkan di RTM tahun ini, dia mempunyai prinsip tersendiri dalam menerima setiap tawaran berlakon.

"Aliff tak pernah mendatangkan sebarang masalah sepanjang di lokasi. Hal peribadi dia saya tak nak masuk campur.

"Sebenarnya, saya seorang yang memilih apabila bercerita rakan segandingan. Saya memilih hero kerana lebih selesa berlakon dengan mereka yang mempunyai pendirian sama.

"Orang lain mungkin tak kisah soal pilihan pelakon, tapi saya kisah. Saya mengelak berlakon adegan bersentuhan, jadi tentunya saya mahukan pelakon lelaki sealiran," katanya.

Mengimbau kembali drama Dia Dari Syurga, Ummi memberitahu, sepatutnya hero drama itu bukan penyanyi kelahiran Singapura itu.

"Namun apabila berjumpa dengan produksi, barulah mereka beritahu Aliff adalah rakan gandingan saya dalam drama ini.

"Saya tiada masalah dengan Aliff. Dia cukup disenangi dan memiliki disiplin tinggi. Malah kalau di lokasi pun dia suka bersedekah dan bergaul dengan kru produksi," katanya.

Menurut Ummi, sebagai wanita berstatus isteri orang, Aliff sentiasa menjaga had ketika mereka bergandingan bersama.

"Kami tak pernah berhubung kerana bagi saya cukuplah hubungan setakat di lokasi kerana kami hanya rakan sekerja.

"Saya sudah lama berlakon dan berjumpa dengan pelbagai jenis pelakon. Memang ada sesetengah pelakon perlu cipta keserasian di luar, tetapi bukan saya.

"Macam Aliff ada juga minta tunjuk ajar memandangkan saya pernah menang anugerah, tetapi Aliff tahu jaga had dan tak 'overlimit'," katanya.

Dalam masa sama, Ummi turut mendoakan yang terbaik buat Aliff selepas terjebak dengan kontroversi hangat yang membabitkan ramai pihak termasuk dengan isterinya, Bella Astillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.648939 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list