CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6363|Reply: 0

Mesej 'rahsia' Fandi cetus kebangkitan Sri Pahang

[Copy link]
Post time 20-5-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Sri Pahang seri 2-2 ketika berdepan Kuching City di tempat lawan semalam. - Foto Sri Pahang FC

KUALA LUMPUR: Mesej yang diberikan barisan kejurulatihan dalam bilik persalinan menjadi 'resepi' untuk Sri Pahang FC (SPFC) bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuching City FC (KCFC) di Stadium Negeri, semalam.

'Rahsia' itu dikongsikan pembantu jurulatih skuad 'Tok Gajah', Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi dan barisan kejurulatihan jelas berpuas hati dengan persembahan pemain apabila berjaya membawa pulang satu mata dari tempat lawan.

"Sudah tentu banyak lagi kekurangan dan kita agak bergelut pada babak pertama walaupun kita sudah mengingatkan pemain mengenai corak permainan KCFC.

"Kita kurang dari segi 'marking' dan kita sudah maklumkan pemain, ternyata mereka bermain di 'far post' untuk jaringan pertama KCFC. Kita sudah teliti semua perkara itu cuma pemain tidak dapat melaksanakannya pada babak pertama.


"Kita amat berpuas hati kerana semasa di bilik persalinan, kita sampaikan beberapa mesej dan apa yang perlu pemain lakukan. Jadi pemain dapat laksanakannya dengan baik," katanya.

Pada aksi terbabit, KCFC mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre (m19) dan Jordan Mintah di hujung separuh masa pertama.

Namun, skuad bimbingan Fandi Ahmad tampil dengan corak permainan lebih kemas apabila Adam Nor Azlin mengurangkan defisit pada minit ke-62 sebelum Stefano Brundao berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-66.

Bagaimanapun, SPFC dikecewakan dengan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membatalkan gol terbabit selepas ada pemain mereka berada dalam keadaan ofsaid sebelum jaringan dilakukan.

Hidalgo berjaya mencetak gol penyamaan pada minit ke-76 namun VAR sekali lagi 'masuk campur' dan SPFC menarik nafas lega apabila jaringan itu disahkan.

"Susah nak ditafsirkan (VAR) jadi kita menilai daripada tepi apa sepatutnya VAR lakukan, apa yang dimaklumkan pada kita dan apa yang patut mereka lakukan, jadi tidak sama.

"Informasi yang kita dapat lain, apa yang terjadi lain. Kita tidak dapat lagi keterangan lebih lanjut," kata Ahmad Shaharuddin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... angkitan-sri-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list