KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Kebangsaan Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), M Suthan membidas Ketua Pemuda UMNO yang mengeluarkan kenyataan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mesti dipertahankan daripada bukan bumiputera.
Tegasnya, Dr Akmal Saleh secara melulu berimaginasi apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Katanya, bukan bumiputera tidak berhasrat untuk masuk ke universiti tersebut.
“Dr Akmal Saleh, ‘menteri boikot Madani’ kali ini menghasut bahawa UiTM perlu dipertahankan daripada non-bumiputera.
“Eh… Takde (Tiada) mana-mana orang non bumi yang pertikai. Jangan melalut, melulu sampai delulu YB. Menteri sebenar (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudah keluar jaminan ada Akta UiTM dan sejujurnya kami tidak hendak pun nak masuk UiTM,” katanya menerusi video yang disiarkan di aplikasi TikTok.
Beliau yang mendakwa Dr Akmal menggunakan isu UiTM sebagai topik yang membawa keuntungan politik untuknya dalam masa yang sama mengingatkan agar tidak membawa isu perkauman.
“Kami tidak kisah kalau anda mahu sensasi kan sesuatu untuk keuntungan politik anda tapi pada masa akan datang keep your non bumis out of your fantasy.. Racist spiels (Ucapan perkauman),” katanya lagi.
https://malaysiagazette.com/2024/05/19/bukan-bumiputera-pun-tidak-mahu-masuk-uitm-mipp/
|