View: 6832|Reply: 7
|
Jantung Dijangkiti Kuman, Cham Kumpulan VE Kini Di Rawat Di PPUM
[Copy link]
|
|
ANGGOTA kumpulan VE, Cham kini dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada jantung.
Sahabat seperjuangannya, Lah Ahmad berkata, Cham ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur sejak semalam.
“Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkitan kuman pada jantung,” katanya menerusi Instagram hari ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Kau Tercipta itu memohon doa orang ramai agar sahabatnya diberi kesihatan dan dilancarkan urusan rawatannya.
“Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh.
“Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius,” ujar pemilik nama lengkap Abdullah Ahmad, 44, itu menerusi Instagram.
Sebelum ini, Cham tidak pernah mendedahkan berhadapan masalah kesihatan yang kronik sepanjang bergiat aktif dalam dunia seni.
Sumber – HIBGLAM
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana boleh kena tu. Apa symptoms? Semoga diberikan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu paru2 kene.. ni jantung ye... GWS hendaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|