CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6760|Reply: 13

Pengalaman-Pengalaman Aneh di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Aku mencari rezeki buat bisnes online delivery lunchbox sejak 2021. Awalnya, memang sendu tapi lepas beberapa bulan gigih promote dekat sosial media, bertambahlah juga order. Bila dah bertambah order, penyediaan bahan mentah pun semakin banyak. Pergi pasar seawal pukul 5 pagi dah jadi rutin harian sejak bulan Mac tahun lepas.

Pasar yang aku pergi tiap-tiap pagi adalah pasar Jalan Raja Alang. Dari rumah ke pasar, biasanya aku ikut Jalan Tun Ismail dimana aku ambil ramp sebelah SMK Maxwell dari Jalan Tun Razak tu.


Sesiapa biasa dengan kawasan PWTC, korang akan tahu ramp yang aku maksudkan. Semak tebal di atas tebing menambah lagi kepada kegelapan kawasan tu seawal pukul 7 petang.


Kalau petang-petang pun dah gelap apa lagi awal pagi. Tiap-tiap pagi aku melewati ramp dengan tingkap kereta terbuka semua sebab aku smoking, tak ada masalah.


Hinggalah bulan lepas, hari Khamis. Seperti biasa, aku tiba di ramp sekitar pukul 5 setengah pagi. Masa naik curve, lampu kereta menyuluh susuk tubuh seseorang sedang jalan kali di laluan pejalan kaki di sebelah kanan.


Aku agak terkejut tapi tak adalah rasa seram. Sebabnya, susuk itu pakai baju kurung lusuh dengan kain batik berbalut di kepala, senang cakap, macam makcik-makcik pesawah padi. Pergerakannya perlahan dan seakan membongkok.


Waku itu aku anggap, orang tua gelandangan yang terlebih merayau di luar kawasan. Agak logik kerana kawasan Chow Kit memang tempat gelandangan melepak. Tapi cuma agak aneh kerana pertama kali melihat gelandangan merayau pagi-pagi buta.


Aku sangat curious. Aku perlahankan kereta untuk lihat lebih jelas. Nampaklah muka orang tua. Makcik itu tak pedulikan aku dan masa nak meneruskan perjalanan ke pasar, makcik itu kemudiannya mendaki tebing dan hilang dalam semak.


Blur aku sampai aku berhenti di tengah ramp. Aku tengok je semak-semak, cari makcik tadi. Bulu tengkuk meremang dan tiba-tiba je aku rasa seram sejuk. Aku pecut kereta pergi ke pasar dan hari aku berjalan seperti biasa. Aku tak jumpa dah makcik tu pada hari-hari berikutnya dan setiap kali aku melewati ramp, mesti slowkan kereta, mana tahu terserempak lagi.


Pengalaman kedua berlaku pada awal tahun ini, bulan Januari. Aku buat delivery ke salah satu kondo kawasan belakang KLCC dan dari rumah, aku lalu Jalan Sultan Ismail.


Kemudian masuk Jalan Ampang. Seingat aku, waktu lebih kurang Maghrib. Cuma pelik sebab masa aku di Jalan Ampang, jalan yang menuju ke arah KLCC tu kosong. Antara jalan paling sibuk dalam KL, boleh kosong, sepi walaupun laluan sebelah sibuk macam biasa.


Di sepanjang Jalan Ampang, ada sekolah tinggal. Sekolah cina tak salah aku. Tepi jalan dari depan sekolah ada pokok banyan. Aku tengok ada sekumpulan orang mengerumuni pokok tersebut. Semakin dekat, aku buka tingkap untuk bertanya. Aku syak ada kemalangan motor kerana banyak motor parking berselerakan. Mana tahu perlu pertolongan untuk hantar ke hospital, boleh je aku hantar ke ER Prince Court.


"Bang, ada hantu" kata salah seorang yang masih berhelmet.


Aku tanya lagi tapi tak jelas jawapannya. Lepas itu semua disana terjerit-jerit "ha ada tu! ada tu!". Mamat yang berborak dengan aku tadi, pantas tinggalkan tingkap kereta dan arah handphone ke arah puncak pokok. Aku pula dilema, aku curious gila nak tahu tapi kena buat delivery pula. Aku tertoleh-tertoleh cuba lihat apa yang dilihat mereka.


Aku benar-benar terdengar ada suara orang meraung. Kalau nak diterangkan, meraung itu seperti orang betul-betul sedih macam situasi ibubapa melihat mayat anak mati lemas baru ditemui, macam itulah. Meraung sampai melolong-lolong. Orang-orang disana semakin excited. Aku memang dah nekad nak keluar kereta untuk join.


Baru nak matikan enjin, cahaya terang memenuhi cermin rearview. Siot betul. Sebelum kena hon, baik aku blah.


Settlekan delivery dan bergegas semula ke tempat kejadian. Bila aku sampai semula, dah sepi pula area pokok tu. Aku ingat nak park dimana-mana dan usha area pokok itu sendiri. Tapi tak jadi lepas parking semua berbayar.


Pengalaman ketiga, bulan Febuari. Aku terima order buffet untuk 20 pax. Delivery ke salah satu kondo mewah di Mont Kiara. Jumaat malam Sabtu, aku menuju ke tempat pelanggan, membawa seperiuk nasi dan beberapa mangkuk berisi lauk-pauk. Pelanggan minta aku hantar terus ke rumahnya dan aku setuju kerana dia bayar lebih.


Pendek cerita, aku bawa separuh order dia dulu ke rumahnya, bertemankan security guard Nepal. Pintu dibuka, dan seorang wanita separuh abad berselubung telekung putih menyambut aku. Apa yang agak pelik, dia tak jawab salam aku. Oklah, mungkin dia atau aku yang tak dengar.


Wajahnya agak masam, mungkin bengang aku ganggu sesi pengajiannya ke apa, tapi dia juga yang minta delivery ikut timing sebegitu. Aku disuruh untuk meletakkan makanan di meja makan. Rumahnya malap, dipasang lampu merah. Bau kemenyan(?)/colok(?) begitu kuat sehingga pedih hidung. Di ruang tamu, aku nampak sekumpulan bertelekung putih membelakangi aku. Posisinya bukan memanjang seperti saf solat berjemaah, tapi mengerumuni sesuatu di lantai.


Trip kedua, aku lihat orang-orang di ruang tamu tadi dah bersujud, sekali lagi bukan dalam keadaan bersolat, tapi mengarah ke arah sesuatu di lantai. Aku cuma nampak objek hitam seperti balang. Bukan niat nak fitnah, tapi aku yakin posisi sujud orang-orang itu, seolah menyembah balang hitam tersebut.


Semasa didapur untuk ganti periuk. Aku berborak dengan pembantu rumah Indonesia yang membantu aku. Aku cuba tanya, boss dia tu buat apa di ruang tamu?


"Gatau pak, sholawat-sholawat gitu"


Aku nampak kerisauan di wajah bibik, jadi aku tak tanya lebih-lebih. Nanti kena bambu pula dengan bos dia. Bila dah settle, aku bersiap untuk  bawa periuk mangkuk aku untuk pulang. Waktu menuju ke pintu rumah, nampak orang-orang tadi sudah duduk di lantai sambil terhoyong-hayang kiri kanan. Memang seram lah time tu.


Aku mengaku bukanlah arif tentang agama, tapi amalan yang aku lihat di rumah pelanggan, bukan sesuatu normal dalam Islam. Boleh jadi, ada amalan-amalan spesifik yang aku tak tahu disebabkan pengetahuan cetek aku mengenai agama.


Begitulah pengalaman-pengalaman aku. Mungkin ada sesiapa mempunyai pengalaman yang sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 01:59 PM | Show all posts
Pengalaman yang menarik. Jalan penceritaan pun jelas. Memang ada bakat jadi penulis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 02:30 PM | Show all posts
bes.. sila sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2024 03:22 PM | Show all posts
Tak ada cerita dah. Itu saje yang aku pernah experienced. Sekadar berkongsi dan mencari kalau ada geng-geng pernah melalui pengalaman lebih kurang sama di KL.

Kadang-kadang aku rasa tempat-tempat yang tak disangka-sangka di KL ini lah sering terjadi penampakan. Angker ni bukan melibatkan kejadian paranormal je, boleh juga terjadi dengan orang hidup haha. Macam kes aku di Mont Kiara tu. Sampai sekarang teringat-ingat lagi makcik tu dengan 'kawan-kawan' dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cara awak bercerita.

Saya pun pernah experience dengan nenek yang pakai kain batik kat kepala. Kisah tu sekitar 2017 gitu.

Masa tu saya nak buang sampah. Malam, hampir pukul 9. Biasa la rumah teres tempat sampah kat depan rumah. Selepas tutup pintu ruang sampah, terdengar sosek-sosek macam daun bergeser. Saya berdiri tegak, ternampaklah perempuan tua berkain batik kat kepala di tepi pokok pandan depan rumah.

Terus speechless. Dia macam menoleh ke arah saya tapi posisi kepala menunduk. Jadi tak nampaklah mukanya.

Selepas beberapa hari saya berborak dengan jiran sebelah baru balik kerja. Lama tak nampak walau duduk sebelah. Rupanya orang sebelah ni hilang pergi berubat. Katanya ada orang tua nak jadi pendamping anaknya. Banyak tempat dibawa berubat. Akhirnya serasi dengan 1 tempat tu.

Mungkinkah ketika saya nampak tu, orang tua tu sedang mengintai orang yang dia target untuk didampingi?

Nasib saya tak memenuhi kriteria dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:29 PM | Show all posts
weh seramnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2024 05:12 PM | Show all posts
EriaDoritis replied at 23-5-2024 04:19 PM
Best cara awak bercerita.

Saya pun pernah experience dengan nenek yang pakai kain batik kat kepala. ...

Jadi hantu jembalang ni boleh tukar uniform lah eh?

Salah satu sebab kenapa aku yakin nenek tu bukan hantu (masa tu lah) kerana tak pakai baju putih dengan rambut panjang mengurai tu. Bila nampak tiba-tiba dia pusing kanan, panjat bukit terus masuk dalam semak-semak, aku syak bukan orang, walaupun tak mustahil orang pun boleh buat macam tu.

Masa naik bukit tu bertenaga betul. Macam orang muda, dan dia panjat bukit tu dengan dua langkah je. Bila diingat semula, panjang betul kaki nenek tu.

Damn.




Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:53 PM | Show all posts
seram nyerrr yg kat mont kiara tu
buat amalan khurafat ke utk kekal kaya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
namaakusapik replied at 23-5-2024 05:12 PM
Jadi hantu jembalang ni boleh tukar uniform lah eh?

Salah satu sebab kenapa aku yakin nenek tu b ...

Ada jenisnya kot.
Macam yang ni, nenek kebayan sebab masa berubat tu 'nenek' tu ada mention, "bdk² tu yang panggil"

Bila jiran ni fikir²...ooohhh memang ada pasang lagu didi & friends lagu nenek² si bongkok 3.

Kalau ikut kan memang nak gelak. Tapi bila tengokkan anak jiran yg diaim tu, masa dia belum pulih lagi...memang kesian & terpaksa percaya la benda² ni wujud.

Lagipun mata ni sendiri dah pernah nampak
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 23-5-2024 05:53 PM
seram nyerrr yg kat mont kiara tu
buat amalan khurafat ke utk kekal kaya?

Kalau kaya rupa ituuuu hmmmmm.
Kesian kat bibik ye. Mesti serba salah & ketakutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
yg cerita ke3 tu seram kalau iols mau tgl gitu je makanan takde dah nak masuk dapur pelbagai.
org kayap pun percaya amalan2 pelik ya
ajaran sesat kot dop
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 11:57 AM | Show all posts
mak oi org skrg jumpa antu siap kerumun pokok
camni gaya antu pun takut nak buat show
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya yg dekat mont kiara tu dah la iols selalu main area sana.. Sana area expatriates dgn org T20 jer mampoo dok sana.. maybe tu ritual utk kekal kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah menyembah nyembah roper itu, sahla khurafat. Nauzubillah hi min zalik.

Ni syikin utk kekal kaya n berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071104 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list