CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8736|Reply: 27

Mulanya Sekadar Mahu Buat Pemeriksaan, Malangnya Doktor Sahkan Zara Zya Hidap 2 Sindrom Dan Perlu Di Wad

[Copy link]
Post time 27-5-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon terkenal Zara Zya, kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan sejak Isnin lalu setelah didiagnosis menghidap dua sindrom serius, iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome.


Zara memaklumkan pada mulanya dia hanya bercadang menjalani pemeriksaan untuk masalah artritis. Namun, setelah konsultasi dengan doktor, dia dinasihatkan untuk ditahan di hospital bagi pemeriksaan lanjut.


“Saya sekadar nak buat pemeriksaan untuk masalah artritis, tapi doktor sarankan saya ditahan dan dirawat untuk pemeriksaan lanjut. Selepas dilakukan ujian pengimejan resonans magnet (MRI), barulah saya dapat tahu ada masalah lain pada bahagian leher,” kata Zara.


Doktor kemudiannya mengesan bahawa Zara menghidap Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome. Poliartritis yang dihidapi Zara telah mengakibatkan kedua-dua sindrom ini berlaku.






“Dari situ, saya turut dimaklumkan poliartritis yang dihidapi boleh mengakibatkan dua sindrom ini berlaku,” tambahnya.


Pelakon drama “Risik Pada Hati” itu menyatakan bahawa keadaannya stabil walaupun dia mengalami sedikit kesakitan pada bahagian leher.


“Setakat ini, saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma, ada rasa sakit pada bahagian tertentu yang berkaitan dengan sendi terutamanya leher,” ujarnya.


Sehingga kini, Zara masih belum dimaklumkan mengenai tempoh masa yang perlu dihabiskan di hospital. Dia perlu menjalani beberapa sesi fisioterapi sebagai sebahagian daripada rawatannya.


“Setakat ini, doktor belum maklumkan sampai bila saya perlu dirawat di hospital memandangkan saya perlu melalui beberapa sesi fisioterapi. Cuma doktor berikan pelepasan untuk saya keluar sekejap memandangkan ada urusan kerja membabitkan pelanggan, semalam. Tapi, bukanlah kerja berat. Selepas selesai, saya kembali semula ke hospital,” jelas Zara.


Cervical Facet Syndrome adalah salah satu punca paling biasa bagi kesakitan leher. Sendi faset, yang merupakan sendi kecil pada bahagian belakang tulang belakang, mudah terdedah kepada kecederaan, keradangan, dan degenerasi.


Lumbar Facet Syndrome pula merujuk kepada keadaan klinikal yang terdiri daripada pelbagai gejala, termasuk kesakitan belakang unilateral atau bilateral yang boleh memberi kesan sakit ke salah satu atau kedua-dua punggung, sisi pangkal paha, hingga bahagian atas lutut.


Berita mengenai keadaan kesihatan Zara telah mencetuskan banyak reaksi dan sokongan dari peminat serta rakan-rakan artis. Mereka mendoakan agar Zara cepat sembuh dan dapat kembali aktif dalam dunia lakonan.


Peminat dan pengikut setia Zara berharap agar dia diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran ini dan segera pulih sepenuhnya. Sementara itu, Zara terus mendapat rawatan dan perhatian terbaik dari pihak perubatan.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 03:27 PM | Show all posts
bila la zara zya ni nak kawen. aku doakan dia kawin dgn taitai mcm tikah 3some tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:15 PM | Show all posts
chinta89 replied at 27-5-2024 03:27 PM
bila la zara zya ni nak kawen. aku doakan dia kawin dgn taitai mcm tikah 3some tuh.

kannnn.. tikah trisam pun dah selamat dah siap dapat hadiah kereta second hand..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:26 PM | Show all posts

buat physio selalu
insyaallah, baik
rajin2 exercise n buat regangan otot
posture badan pun kena jaga
posture time tido pun kena jaga

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sheols pernah operate muka kan? Lupa sakit apa.


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan tiada apa² yg memudaratkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 07:53 PM | Show all posts
Ya allah semoga sgr sembuh dan pulih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:20 PM | Show all posts
sindrom rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 27-5-2024 03:27 PM
bila la zara zya ni nak kawen. aku doakan dia kawin dgn taitai mcm tikah 3some tuh.

Hahaha komen uols ni automatik i teringat photo2 tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:08 AM | Show all posts
terbaca pulak status seorang sahabat pagi td yang beliau mengidap penyakit yg sama macam zara zya dan doktor bgtau antara sbbnya adalah kesan vaksin covid.

smg yg baik2 saja untuk zara dan sahabat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:40 AM | Show all posts
BellaThePrinces replied at 30-5-2024 09:08 AM
terbaca pulak status seorang sahabat pagi td yang beliau mengidap penyakit yg sama macam zara zya da ...

aduhhhhh.. mmg btul ke efek vaksin covid?
kesian org tu juga, meaning vaksin covid ni tak bleh dipercayai lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:21 AM | Show all posts
GWS.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Harini operate kan? Semoga yang baik2 aja dan kembali pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 30-5-2024 09:40 AM
aduhhhhh.. mmg btul ke efek vaksin covid?
kesian org tu juga, meaning vaksin covid ni tak bleh dip ...

Bkn ka dlu org sume kata vaksin ni bagus ke?? Sampai bergaduh besar pulau kan org2 yg x amik vaksin siap ckp bodoh tolol apa sume ..kwn aku amik vaksin siap booster dh 5 kali kena covid..siap pasang stand kat jantung lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 10:56 PM | Show all posts
Moga cepat sembuh ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces replied at 30-5-2024 09:08 AM
terbaca pulak status seorang sahabat pagi td yang beliau mengidap penyakit yg sama macam zara zya da ...


Sblm kita tuduh vaksin covid cer tnya zara zya sendiri ada cucuk benda lain tak selain vaksin covid? Cth mcm utk pemutih ke? Filler ke? Sbb kita ni mana tau cerita peribadi seseorang.. x akan dia nak ckp cucuk something kat sekian2... paling2 habis tuduh vaksin covid je la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 09:46 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 31-5-2024 09:44 PM
Bkn ka dlu org sume kata vaksin ni bagus ke?? Sampai bergaduh besar pulau kan org2 yg x amik vaksi ...

uols kena faham, pd waktu tu,
semua sedunia trkesan dan memerlukan solution.
so kita jd stress xde vaksin utk membasmi covid.
jd dgn ada nya vaksin ni, umat dunia akn rse lega sket at least.
so sape tak amek, kita tak geng.
tp mebi dgn stress nya buat vaksin dgn cepat,
dia org pun tak sempat nk kaji betul2 brgkali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 4-6-2024 09:46 AM
uols kena faham, pd waktu tu,
semua sedunia trkesan dan memerlukan solution.
so kita jd stress xde ...

Itu lah kesian weh ..kawan aku laki dia terus spark kanser kolon ..kawan aku plak jantung . Ramai yang jantung lah.. tak tau lah sbb vaksin ke hape tapi mcm kebetulan sgt .ramai jgak kengkawan dh pakai stand kat jantung. Kebanyakan nya jantung dgn kanser lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 09:55 AM | Show all posts
Edited by lasagna at 4-6-2024 10:01 AM
AWEKSAMURAI replied at 4-6-2024 09:52 AM
Itu lah kesian weh ..kawan aku laki dia terus spark kanser kolon ..kawan aku plak jantung . Ramai  ...

lorrr ye ke? kesiannya..
tu laa kita ni mna nk tau kesan smp camni kan.
sedang kan awal2 amek vaksin,
kita dah agreed sign b4 k3na jab atas semua consequences.
susah nak ckp yg dpt long covid syndrome ni, so terima jer laa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074770 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list