View: 9290|Reply: 49
|
[Tempatan]
Pusat beli-belah DPulze Cyberjaya dijual kepada KIP REIT
[Copy link]
|
|
Pusat beli-belah DPulze Cyberjaya dijual kepada KIP REIT
Oleh Wartawan BH - Mei 27, 2024 @ 3:50pm
bhbiz@nstp.com.my
DPulze,Cyberjaya
KUALA LUMPUR: KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan DPulze Ventures Sdn Bhd bagi cadangan pengambilalihan DPulze Shopping Centre di Cyberjaya dengan tunai RM320 juta.
Bangunan komersial tujuh tingkat itu mempunyai dua tingkat bawah tanah dan terdiri daripada pasar raya, ruang runcit, pawagam, pusat kecergasan dan pusat hiburan.
Ia sebahagian daripada pembangunan bersepadu yang dikenali sebagai DPulze Cyberjaya terdiri daripada dua hotel dan pangsapuri perkhidmatan.
KIP REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata bahawa ia membeli hartanah itu dengan diskaun RM1 juta kerana hartanah itu bernilai RM321 juta.
Proses itu akan dibiayai oleh gabungan pinjaman bank dan hasil yang akan diperoleh daripada cadangan penempatan sehingga 180 juta saham baharu dalam KIP REIT untuk mengumpul sehingga RM146.7 juta, dan cadangan penempatan sehingga 15 juta unit kepada pemegang saham utama, Datuk Ong Kook Liong, dan/atau orang yang berkaitan dengannya.
"Harga terbitan sebenar untuk unit penempatan akan ditentukan kemudian dan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga terbitan ilustrasi iaitu 81.5 sen seunit," tambahnya.
KIP REIT berkata, cadangan itu adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan pengurus, KIP REIT Management Sdn Bhd, untuk menyediakan pemegang unit pengagihan pendapatan tetap dan stabil dengan memperoleh dan melabur dalam hartanah yang menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang kumpulan.
Proses itu akan meningkatkan kekuatan portfolio aset runcit KIP REIT.
"Apabila selesai proses pada suku pertama 2025, pusat beli-belah DPulze akan mewakili 25.22 peratus daripada jumlah aset runcit KIP REIT yang diperbesarkan sebanyak RM1.29 bilion," katanya.
Portfolio hartanah runcit semasa KIP REIT terdiri daripada lapan pusat membeli-belah berpusatkan komuniti yang terletak di pinggir bandar Ipoh, Bangi, Senawang, Melaka, Tampoi, Masai, Kota Tinggi dan Sepang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kohkohkohkoh
Kipmall beli depulze??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Dpulze Ni iols tengok wayang je...dulu lah...skang tak jejak dah sebab iols banyak bawak anak2 ke Taman atau kolam renang |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 rajin p sini mkn2 ...sentiasa penuh dgn students... |
|
|
|
|
|
|
|
Dpulze ni ok jah takde la sendu sangat. I pun dah lama tak pergi ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi Alamanda, harap acik gomen melayu jah yang mengimarahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu pegi dpulze rajin ke decathlon
|
|
|
|
|
|
|
|
acik gomen melayu pun dah takde keinginan nak pi Alamanda.
harapkan AEON BIg tu jer la untuk hidup...ahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey, itulah feberet mall iols tapi i bukan acik gomen haha senang sebab semua ada kat situ walaupun barang2 macam old stock esp kat parkson tu tapi tak pelah iols tak kisah pun. Cold storage tu sometimes dia ada good discount iols macam hobo pula dok kelek satu2. Dan sebelum balik mesti borong krispy kreme.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamanda originally brainchild gov (pbt) pun . somewhere along the line unable nak proceed. so rescue job. tapi now tengah rancak buat remodelling. so hopefully cater to more prospect la. nak lawan IOI City mall mmg jauh tinggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamanda kena berbanyakkan port massage...baru happening cam Sri Petaling dan Serdang
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamanda boleh thrive kalau rebrand dengan formula yang betul and by that I don't mean downgrade. Bukan semua orang hadap super mall macam IOI tu. Untuk memenangi kembali local crowd try kasi 1 hr free parking orang nak beli ayam sekor pun singgah dan end up shopping satu trolley. Tak cuba tak tau ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-5-2024 02:28 PM
Jangan jadi Alamanda, harap acik gomen melayu jah yang mengimarahkan.
Mak iols skang suka ke Alamanda katanya..
Iols mmg dah.lama.tak ke Sana.
Sebab Sentiasa takut parking penuh..
Mak iols cakap dah tenang dah even weekends..
Hahahaha...
Maknanya betul.lah dia bgtahu tu |
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal replied at 28-5-2024 04:33 PM
Alamanda originally brainchild gov (pbt) pun . somewhere along the line unable nak proceed. so res ...
Alamanda bg iols mesra family
Iols suka Alamanda dulu..tp Susah parking
Now ke ioi.mall.saja..
Ioi city mall mmg iols takde nak gi Sana melainkan Ada Benda betul2 iols Cari .
Even Aeon ioi city mall pilihan baju tak banyak...
Maybe sebab banyak kedai2 lain juga menawarkan baju pesen2 |
|
|
|
|
|
|
|
ok nnt i bawak ur suggestion to the management. nak parking free eh 1 jam![](static/image/smiley/default/lol.gif)
right now the marketing and leasing people are bringing few selected brands to alamanda. tapi again , tujuan asal alamanda is to cater neighbouring area saja. and so much so, the neighbouring area tu banyak gomen.
|
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 28-5-2024 02:23 PM
Dpulze ni ok jah takde la sendu sangat. I pun dah lama tak pergi
Ok lah not bad,... decathlon dia besar... movie dia pun ok lah senang tak crowded mcm klcc or ioi cty mall
Decathlon sebelah klcc tu mcm lagi kecik... |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka dpluze sbb x crowded. kedai makan pon banyak best2.. tp butik laa non hado situ kalau nak shopping. bukak la vincci ke PDI ke hidup la org nak shopping situ |
|
|
|
|
|
|
|
parking dia srabut la.
ok ja situ.
ramai org po jaya grocer n mkn2 situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la dulu before KLCC management banyak kedai2 yg acik2 macam i suka. Minta Jaya Grocer dgn Sport Direct or Decathlon boleh tak. Cold Storage tu ok tapi fresh section dia tak fresh hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|