View: 4927|Reply: 22
|
[Tempatan]
Hamidan duduki semula SPM pada usia 59 tahun
[Copy link]
|
|
Hamidan duduki semula SPM pada usia 59 tahun
Oleh
ROSHILA MURNI ROSLI
28 Mei 2024 06:28pm
Hamidan menunjukkan keputusan SPM bagi subjek Sains yang diperolehinya.
PADANG BESAR - Ingin mengulangi nostalgia dan merasai kembali debaran masuk ke dewan peperiksaan menyebabkan seorang penjawat awam berusia 59 tahun menjadi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Hamidan Yahaya, 59, yang memperoleh B+ bagi subjek Sains itu berkata, dia juga ingin mencabar diri dengan belajar sendiri subjek yang didaftarkan tanpa bimbingan guru.
Katanya, kali pertama dia menduduki SPM kira-kira 42 tahun lalu dan hanya memperoleh pangkat tiga.
"Kemudian tahun 2022, saya ambil subjek Matematik, Alhamdulillah dapat A dan kali ini saya ambil subjek Sains pula.
"Insya-ALLAH, bulan Jun nanti saya akan mendaftar subjek Pendidikan Islam pula bagi SPM tahun 2024," katanya.
Menurutnya, sepanjang dua kali menduduki semula peperiksaan SPM, dia hanya belajar sendiri tanpa bimbingan daripada guru atau panduan daripada media sosial.
"Saya hanya belajar melalui buku, buat latihan kemudian tengok jawapan di belakang, saya tak ada cikgu, tak ada tuisyen, tak tengok Google atau TikTok sebab saya pun guna telefon bimbit biasa sahaja," katanya ketika ditemui di Chuping, Padang Besar di sini pada Selasa.
Hamidan yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Rejimen 504, Kem Bukit Keteri di sini berkata, dia turut mendapat sokongan daripada keluarga termasuk anak-anak dan isteri.
"Saya tak pernah menyesal ambil semula SPM walaupun kena belajar sendiri dan keputusan saya pun ada A ada B.
"Malah saya bercadang untuk ambil semua subjek SPM termasuk Geografi dan Sejarah, Matematik pun saya nak ulang semula sebab soalan setiap tahun tidak sama," katanya.
Ketika mengimbau kembali saat menduduk peperiksaan terbabit tahun lalu, bapa kepada lima anak itu berkata, ramai pihak menyangka dia datang ke sekolah untuk menghantar anaknya.
"Sampai di hadapan pagar sekolah (Sekolah Menengah Agama Arau) pengawal keselamatan tanya saya, pak cik mai (datang) buat apa? Bila saya tunjuk slip menduduki peperiksaan, pengawal itu terkejut.
"Kiranya pada hari itu saya jadi tumpuan kerana mereka ingat waris yang hadir sampai ke dewan peperiksaan," ujarnya.
Hamidan yang berkhidmat di kem terbabit sejak tahun 2000 berkata, dia berharap kisahnya mengambil semula SPM dapat dijadikan semangat kepada anak muda di luar sana.
"Saya dengar ada lebih 10,000 pelajar tidak menduduki SPM pada 2023, sepatutnya ambil la peluang ini sebab usia muda adalah untuk belajar.
"Jangan banyak buang masa dan lalai, dan jangan pernah takut dengan kegagalan lepas," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik. Lifelong learning.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nk tanya boleh tak nak repeat balik SPM ni? Kalau utk semua subjek takleh ke? Apa prosedur yg perlu?
Rupanya utk repeat satu subjek pun blh ye? So kalau amik nnt result lama kena update ke tak perlu? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.hebatnya pakcik walaupon hanya 1 subjek tiap tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar yang dapat C,D, F sepatutnya malu...apatah lagi yang tak ambil SPM seperti di Sabah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak bt apa pakcik amik spm semula ni
baik la bt aktiviti lain yg lebih berfaedah
dah takde kepentingan lg spm umur mcm tu
btw tahniah la masih berminat nak study |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 28-5-2024 10:29 PM
nak bt apa pakcik amik spm semula ni
baik la bt aktiviti lain yg lebih berfaedah
dah takde kepenti ...
Pacik nak exercise otak kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 28-5-2024 02:29 PM
nak bt apa pakcik amik spm semula ni
baik la bt aktiviti lain yg lebih berfaedah
dah takde kepenti ...
Untuk self satisfaction, self gratification dek.
Besar maknanya ambik SPM ni untuk pakcik ni.
Kalau la dulu dia berkemampuan, cikgu2 pun bagus, educated macam cikgu2 sekarang pehtu bahan blaja suma di hujung jari easily available easily accessible, takdanya dia jadik pemandu jah. Sah2 dia dah T20 sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-5-2024 09:07 PM
Baru nk tanya boleh tak nak repeat balik SPM ni? Kalau utk semua subjek takleh ke? Apa prosedur yg p ...
Aku nk tau jgk
Pastu kalau amek balik dpt smua A sbjek yg B dulu syoknyaa
Boleh mntk biasiswa oversea tak hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Waahh
Bagusnya
Pnh jgk terpk nk repair beberapa subjek spm
Cuma risau result sama atau better sikit je
Mmm mmg X ke mana lah
Tp Pak cik ni Berjaya membuktikan boleh
Determination dgn usaha sungguh2 X mustahil sbnrnya
|
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya iols pon dah daftar add maths untuk spm hujung tahun ni nyah jomla chuols daftar sesama, dibuka sampai 7 Jun 2024.
cuma iols tak tahulah sempat amik exam ke tak, kang kena kerja la ape la choii sangat iya |
|
|
|
|
|
|
|
Salute semangat pakcik ni. Kita sekarang ni lagi seronok layan tt, media sosial, tapi dia busy majukan diri belajar balik subjek2 spm tu. Dah lah belajar sorang2. |
|
|
|
|
|
|
|
i olls rasa kalau bapak i olls yg nearly 70s tu ambik semula SPM mesti dapat straight A jugak ni...sbb even bapak i olls xkerja da tua ni, kepandaian bapak i olls memang berbeza dengan kami anak2 & menantu dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik. Masih suka belajar dan cabar diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 29-5-2024 07:33 AM
antikorok replied at 28-5-2024 03:55 PM
Orang tua dulu2 tak semua ada peluang dapat sambung belajar, terutama yang dari kelu ...
Itulah. Mendiang bapak aiol dapat offer pi Maktab Sabah (sekolah menengah gomen Sabah ni dulu tapi sekarang dah jadik sekolah private) dulu tapi sebab dia tak berduit, dia tak mampu sambung blaja di situ. Pehtu habis Form 5 dia dapat offer pi Maktab Perguruan. Lagik skali dia tak pi sebab dia lagik minat carik duit sebab family bapa ai tersangat miskin hina dina dula ya. Tapi sukor la anak2 adik beradik bapak ai suma pandai2, majoriti weols kazen mazen masuk U.
Memang budak2 sekarang tak tau diuntung. Sebab tu aiols marah sangat pelajar2 aiols yang miskin dan malas. Miskin sekarang bukan miskin level 40-50 tahun lepas. Dalam miskin2 bebudak sekarang, sematfon hada ja yach! Pehtu tak mampu pi tuisyen? Tu kat Youtube berlambak bahan blaja free content bagus2, patutnya dah takda alasan tak boleh blaja. Past year papers ngan nota, teknik menjawab, modul etc berlambak boleh carik online, kat Telegram. Antara nak atau tak nak ja. Hish. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-5-2024 11:04 PM
Pacik nak exercise otak kot.
oh bagus la
blh jd contoh pada sape2 yg suka mengabiskan masa di kedai janda |
|
|
|
|
|
|
|
Jgnla question nape pokcik ni nak amik spm gak umur2 senja gini, life dia aspiration dia. Even atok daim dah tua billionair pun tetapla amik phd. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-5-2024 11:07 PM
Untuk self satisfaction, self gratification dek.
Besar maknanya ambik SPM ni untuk pakcik ni.
terpulang la iols takde la smpi nak menghalang jgn amik spm ke hape
iols beg to differ
dah tertulis rezeki dia kat situ jd pemandu
jgn dikesalkan lg benda yg dah lepas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|