View: 12623|Reply: 12
|
Suami Fatin Afeefa Tegur Sikap Suka Mengumpat, Pesan Dekat Para Suami Ingatkan Isteri Jangan Suka Gosip
[Copy link]
|
|
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau Opai memberi teguran untuk tidak membiasakan diri bercerita atau mengumpat tentang orang lain.
Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff memberitahu bercakap tentang seseorang di belakang mereka tidak mendatangkan perkara yang berfaedah.
"Mengumpat maksudnya bukan setakat cerita buruk. Saya belajar satu benda yang agak penting yang mengumpat ni maksudnya kalau benda itu betul pun kita cakap pasal orang itu dan orang itu tak ada dalam kalangan bila tengah borak benda itu jatuh mengumpat."
"Sekiranya orang itu tak ada contohnya saya tengah cakap pasal orang ini dengan orang lain. Contohnya benda yang kita borak ni tak betul itu jatuh fitnah."
"Jadi kita perbetulkan diri kita, kita tak payah ambil tahu pasal orang dan borak pasal orang cuba belajar-belajar."
Di ruangan kapsyen, Aliff turut mengingatkan para suami untuk berpesan kepada pasangan masing-masing untuk tidak bercerita tentang kisah hidup orang lain.
"Benda ni dah jadi normal sangat dalam kehidupan kita. Yelah kan, nak borak pasal diri sendiri apa je yang ada nak diborakkan? Hidup kita boring sangat! Kisah hidup orang lain lagi best."
"ada suami-suami terutamanya, jagalah isteri anda. Pesan pada mereka tiap hari bila nak jumpa kawan, jangan mengumpat atau gosip."
"ada diri sendiri pula, tak guna solat seribu rakaat pun setiap hari tapi ada sifat ini."
Sumber ; OhBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Teguran dia dah bagus dah tp x nak org mengumpat jgn suka upload kisah diri kat masyarakat
Cth bini masak untuk laki pun nk up viral kat masyarakat, pakai kereta mewah pun nk up viral kat masyarakat...ubah diri sendiri dulu ..zaman dulu x de benda2 mcm ni masyarakat pun x tahu sgt ttg kisah2 hidup org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
taknak nasihatkan para lelaki sekali ke sebab korang kalau mengumpat fitnah lagi dabom kot… hahahaha… ko ni memang poyo nau… aura out habis… |
|
|
|
|
|
|
|
Siap dakwah tu, dr org yang satu ketika dulu lantang ber"bisnes" smpai mengata orang lain miskin.
And...
"Pada diri sendiri pula, tak guna solat seribu rakaat pun setiap hari tapi ada sifat ini."
Jangan cakap camtu.
So lat tu wajib. Tetap lebih bgs org yang solat dari yang x solat. |
|
|
|
|
|
|
|
suami retis tak berbakat bakat bagi nasihat pun nak dijadikan cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-5-2024 07:31 AM
suami retis tak berbakat bakat bagi nasihat pun nak dijadikan cerita
Tah makin hari makin disajikan dgn content bodoh dek org2 bodoh. Loya. Nak tgk sekelumit tak mampu dia ni. Level benak dia tu. Taknak aku benak sama2. |
|
|
|
|
|
|
|
xnak bg org mengumpat kita, mudah je..
xyah prangai mcm beruk, xyah up yg bkn2..
xyah perkcilkn org yg naik keta buatan msia
pendekata dok tiam2 je laa
ni semua benda nk tyg dan nk bersuara sensitiasa utk tatapan seisi alam |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat poyo ni mana suke mengumpat.. dia cuma suka menghina org lain dan membangga diri |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tengok jualan minyak wangi ciptaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
mcmmana nak jadi reporter yg berjaya kalau tak mengumpat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|