CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5510|Reply: 1

Shereen pecah rekod kebangsaan 400m

[Copy link]
Post time 2-6-2024 02:39 PM | Show all posts |Read mode

SHEREEN perbaharui rekod kebangsaan Tennessee, Amerika Syarikat. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Pelari 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy memperoleh tonik terbaik dalam usahanya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu melakukan catatan 51.79 saat (s) ketika menduduki tempat kedua di Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Catatan itu 0.01 lebih pantas berbanding rekod kebangsaan miliknya sebelum ini 51.80s yang dilakukan di California pada April tahun lalu.

Kejayaan terbaru Shereen itu cukup menggembirakan ibunya, Josephine Mary yang yakin ia mampu meningkatkan lagi motivasi anaknya untuk cuba melepasi had kelayakan ke Olimpik Paris 50.95s sebelum tarikh tutup hujung bulan ini.


"Shereen sangat gembira dengan catatan ini biarpun berlari dalam keadaan cuaca buruk. Lariannya juga konsisten sejak dari awal dan berjaya menamatkan larian dengan baik.

"Ia memberikan motivasi kepada dirinya untuk melakukan catatan yang lebih baik terutama untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Ada 28 hari lagi untuk dia layak secara merit. Dia semakin hampir dan dia berharap dapat melakukan catatan lebih baik lagi dalam baki kejohanan yang akan disertainya," katanya.

Pada saingan awal pagi tadi, pingat emas menjadi milik pelari Jamaica, Leah Anderson yang melakukan catatan 51.67s manakala Na'asha Roinson dari Amerika Syarikat (AS) ketiga dengan catatan 51.82s.

Shereen dijadual beraksi dalam dua lagi kejohanan bagi melepasi had kelayakan ke Paris iaitu Terbuka Malaysia di Kuantan dari 14 hingga 16 Jun ini dan Terbuka Kazakhstan di Almaty (23 hingga 24 Jun).

Andai gagal layak secara merit, Shereen perlu menempatkan diri dalam kelompok 48 terbaik ranking kelayakan ke Olimpik Paris di mana dia kini berada di kedudukan ke-77.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kod-kebangsaan-400m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list