View: 4741|Reply: 8
|
Penyakit ‘ain memang wujud, saya sendiri takut – Wany Hasrita
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita menyifatkan individu yang sanggup menghina wajah anak selebriti mempunyai masalah kesihatan mental.
Menurut Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, bagi mengelakkan perkara tersebut semakin berleluasa, dia meminta ibu bapa menghadkan perkongsian berkaitan anak mereka dalam media sosial.
“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.
“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.
“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, baru-baru ini.
Pelantun lagu Menahan Rindu itu bagaimanapun bersyukur apabila anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran ‘mulut jahat’ netizen dalam media sosial.
“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.
“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan pernah menjadi mangsa kecaman netizen sehingga wajahnya disamakan seperti haiwan.
“Tentang orang luar kecam, saya memang tak boleh nak kawal apa mereka nak komen tetapi sebagai pengguna media sosial, kita sendiri harus kawal perkongsian atau kawal diri jika terima mesej negatif sebegitu.
“Kita anggap mereka tidak sihat dari aspek kesihatan mental.
“Kalau ikut hati memang geram sebab saya sendiri pun pernah dihina apabila disamakan seperti ‘khinzir’ tapi itulah lumrah apabila menjadi tontonan umum,” katanya lagi.
Baru-baru ini, penyanyi, Ernie Zakri mengambil pendekatan mengurangkan perkongsian mengenai cahaya matanya, Nur Khawla Soleha dalam media sosial susulan kerap menjadi mangsa kutukan netizen. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ambil langkah berjaga itu bagus tapi jangan percaya sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh anak ppuan kaa?
ku igt kan anak lelaki hihi sowie.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak erni salu jd mangsa kutukan? but but iols rasa comel je anak erni. petah..nyanyi lagu mak dia pon pandai.. tak brani tol nak kutuk2 anak org ni; anak sendiri lom tau cemana (semoga anakku comel...aamiin). |
|
|
|
|
|
|
|
sukanyanyi replied at 4-6-2024 02:39 PM
anak erni salu jd mangsa kutukan? but but iols rasa comel je anak erni. petah..nyanyi lagu mak dia p ...
Eiiii iols baru follow semua account laki bini dengan anak dia sebab nak tengok telatah anak dia. Comel tau. Ngade ngade. Lagi satu anak zahirah and aiman. Dah lah hensem. |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. sbb nini ngan samel pun mmg muka hampir same, so anak dorang pun muka mcmtu jgk. yg tak tahannya bibir ikot erni, geram je tgk. owh, anak eman jahirah iols tak penah tgk tol2 la plak.. hehe.. nanti iols tgk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan percaya apa tu cheq?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa anak erni shamel selalu kena kutuk ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
serius taktau.. first time baca sebenarnya ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|