View: 4170|Reply: 6
|
“Masa Bercinta Jadi Pak Ustaz, Dah Putus Jadi Mat Hip Hop” – Zarina Anjoulie
[Copy link]
|
|
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memaklumkan dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta bersama kekasih hati terbarunya sejak setahun yang lalu.
Ujar Zarina, selain bahagia, dia juga memilih untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih stabil.
"Saya tidak boleh bersama dengan lelaki satu hari dia ingin menjadi ustaz, kemudian ingin jadi (penyanyi) hip hop. Apabila bercinta jadi ustaz, bila putus jadi hip hop."
"Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Jadi saya ingin bersama dengan seseorang yang stabil."
Perlu bersama dengan orang yang normal dan bukan gila ‘glamor’
Tambahnya lagi, dia juga menegaskan bahawa perlu untuk dirinya bersama dengan orang yang normal dan tidak gilakan publisiti.
"Seseorang yang apabila putus saja tidak terus memberitahu kepada wartawan."
Terdahulu, Zarina pernah menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan bernama Datuk Khazrul Elzey.
Kisah percintaan keduanya mendapat liputan gara-gara Zarina dan Khazrul sering bertikam lidah di media sosial selain mendakwa percintaan yang dibina itu hanyalah sekadar meraih publisiti semata-mata.
"Seingat saya, saya seorang yang popular. Kenapa saya perlukan pertolongan seseorang yang tidak popular untuk popular."
"Saya keluar saja rumah semua orang ingin bergambar dengan saya. Syukur Alhamdulillah peminat menghargai saya."
SUMBER : Kosmo Online/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
haha mat hip hop ke hatok tu
tgk macam mat hauk je |
|
|
|
|
|
|
|
geli lak terbyg muka pakcik tu. datuk ke heols? |
|
|
|
|
|
|
|
Elehh...ko pun x popular mana Anjuling oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah slim dan kurusss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Senang jgk dia dapat boyprendddd....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|