CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6708|Reply: 12

‘Koyak Berapa Sentimeter Pun Cerita Pada Orang, Adui kalian simpan sikitlah malu tu’ – Che Ta

[Copy link]
Post time 14-6-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode







Bagaikan sudah hilang rasa malu, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa geram terhadap segelintir wanita yang tidak segan silu berkongsi secara terperinci pengalaman melahirkan anak.


Ujar Rozita yang mesra disapa Che Ta, 51, ramai perempuan sekarang kononnya mempunyai pemikiran terbuka sehingga hilang rasa malu untuk bercerita perkara yang tidak sepatutnya.


“Risau zaman ini ramai dah kurang rasa malu! Semua benda lah nak canang biar satu dunia tahu terkoyak ke, terjahit ke, terjelir ke.


“Ya Allah zaman sekarang ni sampai dah tak ada perasaan malu langsung. Takkan lah kita beranak jahit tak jahit pun kita pergi tunjuk dekat orang.


“Koyak berapa sentimeter pun nak cerita dekat orang. Adui kalian simpan sikitlah malu tu,” selarnya menerusi hantaran Instagram.


  



Mengangap cerita sebegitu tidak berfaedah, ibu kepada tiga cahaya mata itu menegaskan banyak lagi hal lain yang boleh diberi perhatian daripada isu dalam kain.


“Yang berita pun merapu-rapu cerita sampai dah tak ada cerita ke? Tak ada komen-komen netizen pasal harga diesel naik ke?


“Aku rasa macam nak naik basikal je lepas ni. Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal,” ujarnya sinis.


Meskipun tidak memetik mana-mana nama namun ramai netizen menganggap kenyataan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu ditujukan kepada pempengaruh, Nelysa Norazlan.


Pensohor media sosial itu sebelum ini berkongsi dengan pengikutnya tentang pengalaman melahirkan anak secara normal tanpa terkoyak dan dijahit.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nelysa siti awe aisyah bom

Semua ni jenis culture shock kan tetibe femes jadi tak reti filter mana patut dedah mana nak simpan

Masalah bila takde education ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 10:27 AM | Show all posts
dia ni kutuk la pulak org citer melahirkan anak koyak berapa berapa panjangnye. yg dia tu dok promot product merangsangkan hubungan laki bini, siap testimoni tu, boleh la pulak . public pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 10:28 AM | Show all posts
Edited by nolya at 14-6-2024 10:34 AM

Saya ada pandangan yg berbeza, sekadar satu pandangan yg tak sependapat.
Abp ada kesah yg menceritakan pengalaman perit ibu2 yg melahirkan, shnga terkoyak beberapa cm, ada dua sudut pandangan yg dpt kita kutip.  Mungkin ada yg sama spt anggapan spt Che Ta, hal dlm kain tak patut diceritakan kpd ramai. Memalukan. Itu pandangan dari sudut seksuologi.  Akan tetapi jika diteliti pula dr sudut pengorbanan dn keinsafan, ada pengertian yg lebih bererti drp itu.  Terpulang kpd penilaian seseorang menanggapi cerita terkoyak ketika melahirkan.

Ketika melahirkan adalah saat2 si ibu bertarung nyawa, menahan sakit berjam2 sebelum anak meluncur keluar drp pintu rahim ibunya. Itu belum lagi terjadi 'tumpah darah' yg boleh meragut nyawa ibu. Bayi yg besar, yg kedudukan songsang memerlukan si ibu jalani guntingan atau dibedah untuk keluarkan anak. Kesah yg diceritakan sebenarnya ada maklumat medic yg harus difahami oleh semua gadis dn wanita2 yg bakal jadi ibu kelak. Kesakitan yg tidak boleh digambarkan betapa sakitnya utuk melahirkan meletakkan ibu ke derajat yg paling tinggi shnga Islam memesan anak2 jgn derhaka kpd ibu. Rahsianya ada di situ: ibu yg menghamili, melahirkan, berkorban masa dn kasih serta mendidik anaknya yg akan memanjangkan zuriat/nasabnya. Dn ibu tetap membekalkan doa sepanjang hayat.

Sekilas cerita ibu yg terkoyak rahimnya dikesahkan kpd ramai dianggap malu dn tak perlu diwar2kan. Ya, zmn skr, hari ini, tak ada kesulitan lagi bagi ibu2 yg akan melahirkan kerana prosesnya sudah moden dn memudahkan.  Ttpi, jgn lupa ibu2 pd zaman dulu, yg hanya mengharapkan bidan2 kampung dn berbekalkan doa, pengorbanannya ada di situ, bukan setakat cerita terkoyak yg memalukan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Koyak berapa cm tuu sapa yg ukoq? Setau aii doc just mentioned koyak berapa degree jaa + berapa jahitan jarum. 4x beranak xpenah laa pulak doc bgtau koyak berapa cm aii biasa koyak 2nd degree jaa +-10 jarum jahit. Isi tofu katanya..sbb tu tak boleh elak terkoyak tu. Dah jahit balik pun akan ada gapped biasa 5-7hari lepas delivery aii akn p 2nd surgery balik. Nasib baik laa klinik private tuu buat xsakit w/pun boleh rasa di toreh utk bg luka berdarah sebelum jahit balik. Biasa lepas jahit 3-4hari dah elok. Bekas jahit pun cantik licin jaa xdak kesan jahit tuu..cukup laa 4 org anj..dah serit nk hadap semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita je pun bukan tunjuk gambar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2024 01:34 PM | Show all posts
Sissss.... da tahun 2024, ramai da tak heran pun sbb da terbiasa dengar citer camni.
Lain la ko citer koyak bape cm atau bape round time malam petama.  


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 04:14 PM | Show all posts
biasa la makin maju dunia ni makin hilang perasaan malu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergantung kpd bagaimana cara penyampaian kut, sama ada yg berbentuk educational atau pun sekadar membawang pasal poen sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 06:58 PM | Show all posts
Need help with your essay on global health and nursing? Check out this  https://www.nursingpaper.com/examples/nursing-role-in-global-health-essay/. It's well-written and full of practical information. Helped me a lot with structuring my own essay and understanding the broader implications.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya tak perlu malu bab ni sbb blh jd iktibar utk yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa teruk sgt filter video hang ni cik taaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Off topik iols suka je tengok Nelysa sebab iols rasa dia macam berbeza sikit dari influenza yang lain. Suka tengok laki bini tu duk layan adik si Nely tu.. btw achik nie bukan ke juai barang2 untuk laki bini? Siap testimoni lagik? Xpayah rasa malu ke achik ta?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.057509 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list