CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6942|Reply: 37

Orang ‘tak nampak’ kedai nasi ayam Shiha Zikir angkara sihir

[Copy link]
Post time 14-6-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode






Kedai ‘ditutup’ angkara sihir dan dipecah masuk antara dugaan yang dialami oleh penyanyi Shiha Zikir sepanjang lebih setahun bergelar tauke Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam.


Menurut Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd. Zikir, 37, dia menyedari restoran miliknya seperti disihir selepas beberapa orang kenalan menghubunginya dan memberitahu kedainya tutup.


“Ada kenalan dan pelanggan yang datang ke restoran bukan sekali tetapi, dua tiga kali tetapi lihat restoran tutup.


“Saya juga selalu dapat panggilan yang bertanyakan waktu restoran dibuka. Walhal restoran saya bukan setiap hari daripada pukul 11 pagi sehingga 10 malam.


“Saya ada keluarga yang turut membuka kedai makan untuk saya kata tidak percaya tidak boleh juga kerana benda berlaku dan bukan seorang dua nampak kedai ditutup,” ujar Shiha.


Selain itu, restorannya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu juga pernah dipecah masuk.


Meskipun begitu, Shiha masih positif menyifatkan dugaan yang dialaminya sebagai adat dalam dunia perniagaan.


“Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Saya belum berjumpa ustaz lagi, cuma berhubung di telefon untuk meminta doa yang boleh saya amalkan,” kata Shiha.


Sebagai orang baharu dalam dunia perniagaan makanan, Shiha mengakui kecewa apabila restorannya diganggu secara mistik.


“Saya sedihlah apabila perkara ini berlaku sepatutnya bersainglah secara sihat,” luah Shiha.


  



Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan, perkara tersebut tidak menghalang Shiha untuk membuka cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di seksyen 7, Shah Alam, Selangor.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 10:53 AM | Show all posts
masuk akal ke hijab orang awam boleh ditutup oleh jin? kalau macam tu boleh diguna sebagai perisai di tempat perang la
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku byk kali lalu depan kedai dia. Tak teringin langsung nak singgah makan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal kedai kena sihir ni, aku pernah terkena masa nak pi makan kt Restoran Puteri Brickfields milik pelakon rubiah suparman. Cerita ni jadik before 2010. Masa tu aku, before masuk keje syif petang sukalah pi makan kt restoran puteri tu sebab lauk2 dia mmg sedap wlupon mcm mahal sikit. Ada satu hari tu, aku pi sorg konon nk lunch dulu lah mcm biasa. Aku lalu depan tu, aku tak nmpk langsung ye restoran puteri tu, seolah2 ghaib terus. Yang aku nmpk restoran orang lain. Aku rak puas hati, aku patah balik tengok balik. Memang betul, tak der langsung kelibat restoran tu, seolah2 tak pernah wujud kt situ. pastu dah 2,3 kali lalu, aku husnuzon jer lah maybe dah tutup aku tak tau.. tapi ku still pelik sebab aku baru datang makan last week..
bila aku pikir kedai dah tak der, aku mmg tak pi lah kt Brickfields tu, sampailah satu hari lepas sebulan mcmtu aku lalu balik kt situ.. terkejut aku tgk elok2 je bukak restoran tu.. Tak lama lepastu barulah aku baca kat tabloid apa tah, rupanya memang restoran tu kena sihir.. sejak tu lah aku percaya wujudnya sihir tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 01:37 PM | Show all posts
apo eh kena sihir, kedai dia pun entah celah mana, kt sebelah bangunan apa ntah lupa, aku pi makan kedai tomyam baru pasan tnmpak signboard baru tau kat situ ke kedai dia, tapi mcm leceh nk masuk so maleh nak pi. sikit2 nak salahkan jin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota: Pasal kedai kena sihir ni, aku ...

Betul selagi kita tak rasa mcm tu kita xcaya..mcm aku kedai kakak ipar aku..aku lalu 2,3kali tutup..jual grg pisang je weh..aku dok dpn kdai dia aku call dia tp tak dapat..aku belah..dlm sejam cmtu kakak ipar call aku tnya pegi kedai buat apa..aku ckp tau mna sbb kedai dia tutup..dia ckp dia nmpk ja aku dpn kedai dia tgk pegang fon tp dia malas nk tegur aku..punahh wehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama, sedap tak nasi ayam tu?
Kedua, ada staf mulut hansuang tak?


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 02:39 PM | Show all posts
drivethru replied at 14-6-2024 12:32 PM
Aku byk kali lalu depan kedai dia. Tak teringin langsung nak singgah makan.

sama la
selalu je aku lalu
nampak je kedai makan dia kat Kg Baru tu
tapi takde hati nak singgah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 03:05 PM | Show all posts
pernah makan nasi ayam dia..order online.
pada aku.. rasa nasi ayam pasar malam kat kpg aku lgi sedap.
tapi tu pendapat tekak aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 14-6-2024 12:53 PM
Pasal kedai kena sihir ni, aku pernah terkena masa nak pi makan kt Restoran Puteri Brickfields milik ...

Sihir mmg wujud, nabi muhammad pon pernah disihir
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 14-6-2024 03:05 PM
pernah makan nasi ayam dia..order online.
pada aku.. rasa nasi ayam pasar malam kat kpg aku lgi seda ...

Aku rasa ni sbb utama. Setakat level shiha ni membazir jah nk hntar2 sihir
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:12 PM | Show all posts
sllunya klu kedai ke arah mula tak laku mmg org akan kata sihir bagai. jumpa siling la, bungkusan kain kuning, tanah kubur....tapi secara peribadi, pernah sekali pergi kedai I tanya kenapa semalam tutup, owner kata semalam buka macam biasa, mana ada tutup. nak kata mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nasihatkan korang pergi tgk Google review yg orang tulis. Terutama sekali yg gamak bagi 1 star. Kita ni bab makan tak berkira sbb mahal, kita harapkan sedap. Nama pun duit, banyak ke sikit tetap duit kita. Tapi gamak la masak masin semedang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok jer nampak kedai nye cuma tak teringin nak mkn nasi ayam. Tempat tak strategik, dah lalu area situ baik terus ke kg baru je mcm2 ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by telracs at 14-6-2024 07:46 AM

Saya pulak kena sihir dengan mamak agaknya ...

Pergi makan nasi berlauk kat kedai melayu A, sekali dua, ok lagi, agaknya dia lupa letak garam ke .... masuk kali ke tiga, eh, tetap la tak de rasa lauk dia, kata orang tak kick...
Makan kat kedai melayu B, sama gak macam tu, lauk nya rasa kureeennnngggg, macam tak cukup rasa...
Kedai melayu C, dulu² ok je lauk dia, agaknya dia tukar tukang masak la kot, dalam setahun dua ni lauk dia tak sesedap dulu...

So, pilihan saya, mamak la.... banyak lauk.... 24 jam... dan sedap² pulak rasa dia... kekurangannya tak ada lauk asam pedas....

Hihihi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:50 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-6-2024 02:30 PM
Pertama, sedap tak nasi ayam tu?
Kedua, ada staf mulut hansuang tak?

ayam dia sejukkk...
iols dahla tak suka sup... kene la curah sup nak bg makan panas2
cashier dia mcm indon jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat tak strategic kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:57 PM | Show all posts
aku rasa ada time limit la sihir ni....ada satu food truck jual air gelas besar tu...mmg sedap dekat ngan sekolah....mmg tak pernah miss beli...sekali tu....tetiba tak de....tak de as in akde...ngan food truck tu tak de...aku ingat dah pindah....one day...lalu...tetiba ada...ramai orang beratur...bila turn aku...aku tanya la....owner tu cakap...tak pernah tutup pun...dia nampak orang lalu and slow down kat depan kedai dia tapi tak stop...memula tu owner ingat pelanggan slow tu nak usha menu then tak jadi beli....aku tak dapat nak tanya panjang...mcm maner dia selesaikan masalah tu....sbb orang kat belakang aku dah mcm tak sabar tengok aku borak lama....tapi ayat last dia....dia dapatkan pertolongan ustaz....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 04:02 PM | Show all posts
iols rasa kawan2 dia saja guna MO tak nampak kedai/ kedai tutup sbg alasan taknak pegi atau taknak repeat dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 14-6-2024 07:05 AM
pernah makan nasi ayam dia..order online.
pada aku.. rasa nasi ayam pasar malam kat kpg aku lgi seda ...

so terjawab la puncanye aku rasa bukan kena sihir tapi lebih kepada kena hina sebab masak tak sedap..
aku perasan nasi dia kejap nampak sedap kejap nampak berkerak..okay takpe nanti dah bukak dekat grab aku try order tengok boleh go ke tak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054372 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list