CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 4

Bakteria pemakan daging: Apa yang kita tahu

[Copy link]
Post time 20-6-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Bakteria pemakan daging: Apa yang kita tahu

Oleh Wartawan BH
[email protected]

Jun 20, 2024 @ 1:55pm



Imej yang diwarnakan secara digital menggambarkan GAS, bakteria Streptokokus pyogenes pada permukaan sel darah putih manusia. - Ihsan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan/Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit)


KUALA LUMPUR: Rekod kes sindrom kejutan toksik streptokokus (STSS) di Jepun tahun ini menarik tumpuan kepada jangkitan bakteria yang jarang berlaku dan berpotensi membawa maut.

Terdapat 1,019 kes STSS dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini di negara itu, mengatasi angka dicatatkan tahun lalu.

Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan Jepun memberi amaran mengenai peningkatan kes pada Mac, selepas 77 kematian akibat penyakit itu direkodkan.

Majoriti kes pada masa itu membabitkan adalah mereka berusia 50 tahun ke atas.

Amerika Syarikat (AS) melaporkan 145 kes STSS pada 2021, menurut data terkini tersedia daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

Di Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya akan mendapatkan input dan maklumat lanjut daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung STSS yang melanda Jepun ketika ini.

Beliau berkata, maklumat itu penting supaya Malaysia dapat membuat persediaan serta mengambil langkah sewajarnya.

Bagaimanapun, buat masa ini kes membabitkan jangkitan STSS belum dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).


Berikut apa yang kita tahu mengenai STSS atau turut dikenali sebagai 'jangkitan bakteria pemakan daging'.


Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS)


Apa itu STSS

- Turut dikenali jangkitan streptokokus invasif teruk atau jangkitan bakteria pemakan daging

- Berpunca bakteria Streptococcus Kumpulan A (GAS)

- GAS adalah bakteria biasa terdapat pada tekak dan kulit, dengan sebilangan besar jangkitan menyebabkan penyakit ringan dan biasa, seperti sakit tekak


Bagaimana ia berlaku

- Mungkin terjadi apabila bakteria masuk ke kawasan biasanya tidak ditemui bakteria, seperti darah atau otot

- Disebarkan terutama melalui titisan daripada mukosa hidung atau tekak, serta melalui sentuhan dengan luka

- Luka terbuka atau lebam, diabetes dan penggunaan alkohol antara faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan

- Tiga daripada 10 pesakit berkemungkinan maut

Simptom

- Bermula dengan demam, menggigil, sakit otot, loya dan muntah

- Ruam seperti selaran matahari mungkin satu tanda pertama jangkitan

- Dalam tempoh 24 hingga 48 jam, tekanan darah menurun diikuti kegagalan organ dan kadar jantung dan pernafasan yang cepat. Penting ke hospital secepat mungkin.

Bagaimana ia dirawat

- Menggunakan antibiotik.

- Pesakit sering juga memerlukan cecair intravena, intervensi untuk merawat kegagalan organ dan pembedahan untuk membuang tisu yang dijangkiti

- Tiada vaksin untuk jangkitan GAS


https://www.bharian.com.my/berit ... -apa-yang-kita-tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2024 02:42 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Jangkitan bakteria pemakan daging: KKM mohon maklumat daripada WHO

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim



DR Dzulkefly Ahmad berucap ketika majlis pelancaran myBRP@CKAPs di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) yang melanda Jepun ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklumat terbabit penting supaya Malaysia dapat membuat persediaan serta mengambil langkah sewajarnya.

"Kita belum mendapat apa-apa maklumat atau perkembangan dan kita memerlukan input daripada WHO kerana ia sangat mustahak.

"Sebaik mendapat maklumat itu, kita dapat bersedia dan seterusnya dapat mengambil langkah kawalan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran myBRP@CKAPS di sini, hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Jepun mencatat lebih 1,000 kes STSS, tahun ini, lapor Institut Penyakit Berjangkit Nasional (NIID).

STSS yang juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah sejenis penyakit yang bermula secara tiba-tiba disebabkan oleh 'Streptokokus Kumpulan A'.

Lazimnya, simptom awal penyakit itu meliputi sakit tekak, demam, hilang selera makan, cirit-birit, muntah serta masalah gastrousus yang lain, di samping gejala septik seperti tekanan darah rendah.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, buat masa ini kes membabitkan jangkitan STSS masih belum dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM.

Disiarkan pada: June 20, 2024 @ 1:03pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... klumat-daripada-who

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Malaysia pernah/ada reported cases ke? klu Jepun ada STSS pun tk hairan sgt wlupn dorg dikata negara bersih. Sorg kan suka makan benda mentah2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 04:37 PM | Show all posts
scarry
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054858 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list