CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3240|Reply: 19

[Tempatan] Buat sistem pendaftaran kenderaan, kenakan caj sewa bulanan antara kaedah atasi isu 'cop' parkir di PPR

[Copy link]
Post time 23-6-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Buat sistem pendaftaran kenderaan, kenakan caj sewa bulanan antara kaedah atasi isu 'cop' parkir di PPR

Ahad, 23 Jun 2024
3:30 PM MYT

Perebutan parkir di kawasan rumah PPR yang sekian lama dialami penduduk boleh diatasi dengan beberapa langkah lebih tegas oleh JMB. — Gambar hiasan

MASALAH 'cop' parkir di kawasan rumah pangsapuri kos rendah seperti PPR yang kebanyakannya berpunca daripada kekurangan tempat letak kenderaan boleh diatasi melalui beberapa kaedah atau langkah tegas.

Sejurus itu, Pengarah Perancangan Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh, Haji Mohd Zainal Abdul Hamid berkata, pihak badan pengurusan strata (JMB) boleh mula untuk mengaplikasikan sistem pendaftaran bagi kenderaan yang layak menggunakan parkir.

Sistem pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi penggunaan pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk setiap kenderaan berdaftar.

Menurutnya, langkah itu bagi mengawal aliran trafik kenderaan masuk dan keluar di dalam sistem kawalan rumah.

Mohd Zainal berkata, JMB disaran meningkatkan kecekapan pengoperasian mengawal aliran trafik itu di samping mengenakan tindakan wajar kepada penceroboh.

"Umum tahu pembangunan rumah PPR merupakan pembangunan yang berdensiti tinggi. Oleh itu penyediaan petak parkir adalah selaras dengan jumlah unit rumah mengikut piawaian sepatutnya.

"Setiap unit berdaftar mempunyai petak parkir tersendiri. Kenderaan berdaftar saja dibenarkan menggunakan parkir tersebut," katanya kepada Majoriti.

Katanya lagi, JMB juga boleh mengenakan caj bayaran sewa bulanan kepada individu atau kenderaan untuk menyewa petak parkir tambahan.

Parkir bertingkat sukar dilaksanakan sepenuhnya di kawasan PPR kerana mentaliti segelintir penduduk yang tidak mahu membayar sewa. — Gambar hiasan

Mohd Zainal berkata, perkara itu dapat dilaksanakan sekiranya penyediaan ruangan parkir bertingkat tambahan dibina meskipun ia sememangnya sukar.

"Penyediaan parkir bertingkat ini pernah dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi kurang mendapat sambutan kerana ada segelintir penduduk tak mahu bayar," jelasnya.

Justeru, beliau turut menggalakkan kepada penduduk PPR untuk menggunakan kenderaan awam sebagai medium utama pengangkutan dengan sebab kawasan rumah tersebut yang mudah mendapat akses kemudahan awam itu.

Baginya, antara kenderaan awam yang dimaksudkan adalah bas, teksi, e-hailing dan kereta api.

Beliau menambah, pihak kerajaan atau berwajib perlu memperkasakan perkhidmatan kenderaan awam bagi memudahkan urusan penduduk.

Ia sekali gus dapat menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam dan mengurangkan kebergantungan menggunakan kenderaan individu. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga tu. Jenis yg suka cop parking permanently ni elok di caj kan saja. Lepas tu majlis perbandaran boleh dtg saman kalau x bayar parking
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan duk ppr lembah subang
Adoii mmg malas tul nak kena masuk celah2 kereta parking
Kawan paham je dia tak kesah kalau i drop jauh tunggu kat luar
Nak buat pendaftaran kereta tu bagus tapi kalau kat lembah subang contohhh mmg kena standby fru kot ada yg merusuh haha
Satu unit confirm 2-3 biji lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah buat sistem macam ni. Semak dan sesak dengan 1 unit sampai 5 biji kereta. Kereta rosak pun tersadai dekat kawasan parking. Singapura tu pun ada perumahan semekin tapi elok, bersih dan teratur. Ini kalau dikuatkuasakan sistem ni, mulalah keluar ayat melayu ditindas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan tolong selesaikan isu kereta² parking jalan utama sekitar flat/ppr, crowded giler. Lorong I boleh faham lagi tapi ni main road kot, dari 2 lorong jadi 1 lorong. Nak lalu pun fikir 3-4x.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ade penguatkuasaan la.. Ni maintenance pon xnak bayar, inikan pula parking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2024 09:23 PM | Show all posts
ppr desa petaling tu ada je buat parking bertingkat dan berbayar
tapi yang bodoh2 sayang duit
malas nk jalan sikit
sanggup la bersesak2 double parking
parking side road
sampai nak keluar masuk pn boleh jam
lori sampah sampai kena hon suruh alih kereta
tapi ada bodoh buat tatau saja
alasan rumah tinggi nk turun penat
pemikiran mmg low class
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah rumah ceruk xde public transport, 1 rumah ada 5 penghuni semua berkereta dan  x mampu beli rumah lain berhimpit 3 generasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagilah idea mcm mana pun,bila dah mentaliti low class,semua cadangan tu tak jalan jugak.

Semua orang duk keras kepala pentingkan diri sendiri. Hak dia nak letak kon,pasu bunga,ampaian baju di lot parking dengan alasan dia dah beli rumah tu harga 'berpuluh ribu'. Mcm la orang hairan sangat dengan harga rumah 'berpuluh ribu' tu.

Bila dapat kunci rumah,tak baca house rules. Kat situ dah tulis satu unit rumah dapat satu parking kereta sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha..
Tatau nk ckp.
Kt grup komuniti meols hada makhluk auloh tarbiyah org yg parking dlm petak supaya parking selari sebaris sbb dia susah nk dabel park
Jgn selfish katanyehh..
Rosak akal dh org leni.. Yg salah tu suma nk dihalalkn. Menda betol lak jd kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:29 AM | Show all posts
pasang palang, undang2 kena tegas
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:57 AM | Show all posts
shamsadis replied at 24-6-2024 08:29 AM
pasang palang, undang2 kena tegas

palang tu kena besi,kalau mcm palang tol tu mau patah kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
nak expect apa dr org yg ddk PPR? paling bangsat palat darat bawa lori/treler balik parking kat main road. kdg2 terfikir, JPJ/trafik pegi mana tak saman eh? JPJ kerja ofis hour xan kat kaunter jer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 10:12 AM | Show all posts
isu kat PPR mana entah, diorang nak parking tepi jalan jugak, sebab parking bertikngkat tu kena bayar

memang geng bagi betis nak peha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 10:29 AM | Show all posts
delia3003 replied at 23-6-2024 08:01 PM
Dan tolong selesaikan isu kereta² parking jalan utama sekitar flat/ppr, crowded giler. Lorong I bol ...

abis nak parking mana parking dalam dah penoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 10:30 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 24-6-2024 10:12 AM
isu kat PPR mana entah, diorang nak parking tepi jalan jugak, sebab parking bertikngkat tu kena baya ...

ada tempat parking bertingkat dah kne jual management buat parking company jual kereta terpakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 11:01 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 24-6-2024 10:12 AM
isu kat PPR mana entah, diorang nak parking tepi jalan jugak, sebab parking bertikngkat tu kena baya ...

Tahun lps kot ada pernah kluar isu parking ni...yg parking bertingkat tu nk masuk pn ada syarat jugak...yg ada tunggakan x bayar maintenance ke sewa smpai 2-3 bulan xleh apply...kena settle kn segala tunggakan yg ada bru boleh apply...tu pn kena bayar rm50 sebulan ke brapa ntah.Mcm biasalah lh klu dh spesis jnji ada kereta, byar duit kereta sggup tp sewa ke bil apa ke liat, mula lah mengunkit itu ini kata x mampu bagai....mentaliti beroks, sorry lh klu yg terasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau sebar kat group whatsapp mau bergegar group jadi nya. Esok pacak kain rentang depan blok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapnya mee kari Pak Latip kt parking bertingkat Sri Sabah tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 03:26 PM | Show all posts
Ko nak charge payment kat PPR ni..?? Good luck..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gambar iklan produknya pun..
akido_kidoGambar iklan produknya pun..
Views : 4920 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 265821 Replies : 6662
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9182 Replies : 39
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8048 Replies : 31
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10730 Replies : 46
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11496 Replies : 86
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 1111 Replies : 0
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 8905 Replies : 16
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 8144 Replies : 46
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6277 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.235792 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list