CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4139|Reply: 0

Bintang muda badminton China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang

[Copy link]
Post time 1-7-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-7-2024 02:22 AM



Zhi Jie tiba-tiba rebah di tengah gelanggang ketika berdepan Kazuma Kawano. – Badminton Asia

JAKARTA –  Pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia  selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.

Zhi Jie turun dalam perlawanan ketiga apabila regu campuran China bertemu Jepun di GOR Among Raga Yogyakarta tengah hari semalam.

Dalam perlawanan pertama apabila mata kedua-dua pasukan terikat 11-11, Zhi Jie yang berdepan  Kazuma Kawano tiba tiba rebah di tengah gelanggang.

Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.

Selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan, Zhi Jie tidak dapat diselamatkan.

Pemain muda berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam (waktu tempatan). – AGENSI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.171144 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list