View: 24601|Reply: 67
|
"Saya akan hadir ke mahkamah bulan ini" - Norjuma
[Copy link]
|
|
Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed yang kini berdepan empat waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa terkejut berhubung perkara itu dan sehingga kini tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak termasuk peguam.
Usahawan tudung berusia 44 tahun itu turut mendakwa hanya mengetahui isu waran tangkap melalui laporan media, selain menyifatkan perkara itu tidak masuk akal.
Pada masa sama, katanya, beliau sudah mendapat tarikh baharu untuk hadir di mahkamah bulan ini dan akan hadir pada tarikh yang ditetapkan itu.
"Saya pun tidak tahu pangkal cerita berhubung waran tangkap itu dan mengakui agak terkejut membaca laporan media berhubung isu waran tangkap. Sepatutnya perkara ini diuruskan oleh peguam saya, bukannya pihak media.
"Sehingga kini, lima peguam yang dilantik pun tidak memaklumkan perkara ini dan buat masa ini saya juga berdepan masalah kerana barisan peguam tidak memberi kerjasama kepada saya.
"Baru-baru ini pun peguam tidak hadir ke mahkamah, sedangkan saya mengeluarkan kos setengah juta (ringgit) untuk kos mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran di Royal Guest House, di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, beliau akan hadir pada tarikh baharu yang ditetapkan oleh mahkamah bulan ini.
"Sebenarnya ramai orang tidak tahu mahkamah sudah memberi tarikh baharu kepada saya iaitu bulan ini. Saya akan hadir pada tarikh itu," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.
Sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.
Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.
Dalam perkembangan lain ketika mengulas mengenai perniagaan baru membabitkan bidang perhotelan di sini, Norjuma berkata, ia adalah cabaran baharu yang diambil.
"Saya menghabiskan kos sebanyak RM3.5 juta untuk ubah suai hotel ini selepas mengambil alih sejak 2022 membabitkan 40 bilik.
"Hari ini secara rasminya hotel ini kembali dibuka selepas ditutup untuk ubah suai. Harga yang dikenakan serendah RM120 sehingga RM200.
"Konsep yang kita ketengahkan adalah butik hotel di mana di tingkat bawah saya menjual tudung keluaran saya selain terdapat cafe dan tingkat atas pula untuk bilik hotel," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
"Sehingga kini, lima peguam yang dilantik pun tidak memaklumkan perkara ini dan buat masa ini saya juga berdepan masalah kerana barisan peguam tidak memberi kerjasama kepada saya.
kalau peguam pun bermasalah dengan ko, dah apa kes kak? hahaha... ikut logik, nak ke 5 peguam buat hal ngan ko selepas ko dah bayar setengah jota kat diorang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alu payah nak percaya dia ni dah..
Dah ko smpai sana pastu ko hilang pasal apa? Kenapa x procwed je? Kenapa mahkamah sewenang2nya bg taeikh baru sblm perbicaraan? Aku x arif tp aku nak tau la penjelasan alasan Juma ni logik ke?
Lawyer bermasalah? Kenapa tak tahu menahu pasal waean tangkap? sb ko yg x nak bg kerjasama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain angka kelua dr mulut dia, jota2 saja
Sebaik dia x convert Brunei doler |
|
|
|
|
|
|
|
Sediakan parking oku utk dia. |
|
|
|
|
|
|
|
muka ismanira tu kalau kurus lebih kurang juma ni la.
sama2 sewel gamaknya.
ko bawak kamus ape kak dtg court |
|
|
|
|
|
|
|
cara senyum gmbr kanan tu pon dh nampak something wrong somewhere ehh |
|
|
|
|
|
|
|
If media and netizen stop bagi limelight kepada heshe.. Nanti tahu akan behave seperti marhein... |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah jemah, muda2 disanjung2 dilambung2. dah kertu takde sapa nk layan ko la |
|
|
|
|
|
|
|
mcm takut plak nk check in hotel dia..kang bagi review x ok..kena amukan ablasa dia,..,jenuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
dan dan lawyer pulak salah |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat norjuma.... 4 waran tangkap serentak, dah mcm penjenayah besar yang sedang diburu
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana dan apa nama hotel dia? nak elakkan menginap kat hotel dia. malas nak kayakan lagi si janda sangkak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
4 waran tangkap tp sheol bebas mcm burung lg dkt mesia ni. Hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel dkt nasi ulam tu ke?hotel lama kan .tengok pc pun mcm weng ja |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel mana satu tu puan seri datin? |
|
|
|
|
|
|
|
kejap nampak ok kejap nampak gila |
|
|
|
|
|
|
|
Apa babi, setengah juta.
Dia ni kalau tak membongak tak sah ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|