View: 16109|Reply: 82
|
"Duit Yahudi Ke?" - Menggunakan Wang Dana, Salahkan Orang Tak Membeli Punca Masalah Kewangan!
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur : "Kalaulah ada stesen TV yang beli, tentu nasib saya tidak begini," kata pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, menyifatkan ujian masalah kewangan dihadapinya ketika ini disebabkan program televisyen yang sudah siap diterbitkan syarikat produksinya, WWS Studios tidak mahu dibeli stesen TV.
Dharma berkata, WWS Studios masih ada satu program televisyen berkonsepkan 'game show' yang dibuat pada 2016 dan siap sepenuhnya pada 2018, namun sehingga kini masih tidak terjual akibat tiada stesen TV yang ingin membeli.
"Sebab yang saya jadi susah ini sebenarnya kalau ada stesen TV bayar (beli program), saya tak jadi begini. Bayangkan ya, saya ada satu program yang berharga RM400,000, dah siap semua tapi apabila hantar ke tiap-tiap stesen TV, semuanya tak mahu (beli).
"Kenapa? Mereka tolak kerana ia menggunakan wang dana duit daripada Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Saya rasa mereka ingat duit Finas ini duit Yahudi ke?
"Tak tahulah nak kata apa? Cuma, sekarang ini saya ada barang (program TV) yang bernilai RM400,000 dan cuba mereka (stesen TV) ada yang beli, saya macam ini tak? Mestilah tidak begini, sebab saya ada duit," katanya kepada Harian Metro.
Bapa dua anak ini berkata, program 'game show' dinamakan Wira-Wira Kasa itu adalah terbitan pertama WWS Studios sebelum Deko Ibadah yang diterbitkan pada 2022 sebanyak 13 episod dengan menggunakan dana Finas juga.
"Apa yang menarik mengenai 'gameshow' ini, WWS Studios mendapat kerjasama daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang memaparkan pasukan anggota polis berentap melakukan sembilan 'game' dalam setiap episod untuk jadi pemenang.
"Saya sebenarnya pernah cuba menjual program Wira-Wira Kasa ini kepada sebuah stesen TV, tetapi mereka tolak kerana tahu saya mendapat dana daripada Finas untuk terbitkannya," katanya.
Dharma berkata, dia sedih apabila mengenangkan betapa susah untuknya menjual program yang sudah siap dihasilkan, namun stesen TV tempatan pula bersikap tidak mahu beli dan terus terperamlah produk itu.
"Saya cuba juga membuat perbincangan semula dengan stesen TV yang dikenal pasti sekiranya mereka berminat dan ada rezeki untuk saya menjual produk siap yang sudah lama diterbitkan WWS Studios," katanya.
Baru-baru ini, Dharma yang popular dengan filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila berhadapan masalah kewangan apabila gagal membayar sewa rumah tertunggak sebanyak RM7,500.
Malah, Dharma dan keluarganya juga ketika itu sudah menerima notis untuk mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju sehingga hujung Jun ini daripada pemilik.
Bagaimanapun, dua anaknya iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, tidak bekerja kerana masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Sejak kisah masalah kewangan dihadapi itu tular, Dharma menjadi perhatian ramai termasuk beberapa pihak seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Pusat Zakat dan Yayasan Budi tampil membantunya.
Dharma memaklumkan dia sudah mulunaskan sepenuhnya jumlah sewa tertunggak itu serta tidak bercadang mahu berpindah ke kediaman lain apabila memilih terus menetap di rumah berkenaan selagi mampu menyewanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pindah selagi mampu bayar sewa? Eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Mampu? Duit dpt dr mana pokcik |
|
|
|
|
|
|
|
meraih simpati lagiiiii
outdated dah pon games how kau tu nyehhh
jap...kalau dana finas kenapa eh stesen tv tu takmo? |
|
|
|
|
|
|
|
Barang tahun 2016 tak terjual ..Salah Dana ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takleh jual ke streaming platform ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ha kan. So uols know la kenapa anak2 dia gitu kan? Memang tak lari jauh perangai bawaan DNA tu gais. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun kasar, tapi nasib baik dia tak da cucu..... moga tamat gitu ja DNA tak diwarisi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tv skrg pun ulang2 film/drama lama, tv zaman 80an 90an 2000an jugak yg best, amereka tayang Malaysia pun tayang |
|
|
|
|
|
|
|
Show xmenarik la tu pastu jual pulak mahal. klo stesen tv beli pun buat rugi je. |
|
|
|
|
|
|
|
umo 36 & 35 masih belom bekerja? part time pon xde? |
|
|
|
|
|
|
|
kdg aku kesian kt artis2 veteran malaysia ni...spttnya di usia tua diorg dh hidup senang...semoga artis2 yg muda2 ni ambik lah iktibar... |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal anak² dia masih belajar umur dh nk masuk 4series ? Boleh kot keje sambil belajar. Umur² gitu nk full time belajar tanpa income mcm tak kena pula. |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 2-7-2024 09:41 PM
Mampu? Duit dpt dr mana pokcik
Ada terbaca, dia nak ke pusat zakat pulak... eh syialnya... bewak 2 ekor tak mo pindah dari wangsa maju |
|
|
|
|
|
|
|
sorry lah pokcik, pokcik igt duit RM400k tu 2016 cukup ke nk bwk smp ke taon 2024? ntah2 2017 jer dah habis duit tu pokcik ooiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruklah anak2 dia. Patut dah boleh kerja tanggung ayah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mamapea replied at 3-7-2024 08:24 AM
kdg aku kesian kt artis2 veteran malaysia ni...spttnya di usia tua diorg dh hidup senang...semoga ar ...
Kalau pandai menyimpan sikit pun, duit mesti dah beranak pinak |
|
|
|
|
|
|
|
no wonder la begitu,,dia ni pun nak salahkan orang lain juga bila produk x laku...camne org nk percaya..harga 400k kot..pastu ni 1st penerbitan plak..bukannya ada nama lagi production house nya..
hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah keje ape yg mampu, usaha kena ada, bantuan sekadar nak meringankan |
|
|
|
|
|
|
|
spttnya artis2 ni perlu ada kwsp...ni kalau x pandai menyimpan duit...mcm kita ni tua nanti InsyaAllah ada la duit kwsp skit atau pencen..
skrg ni kita pun hidup biasa2 je x mewah mcm artis...tp kita ada simpanan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|