CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5784|Reply: 0

[Tempatan] Bayaran pencen dinaikkan selari kenaikan gaji penjawat awam - Menteri

  [Copy link]
Post time 4-7-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 4-7-2024 01:58 PM

Oleh Nazura Ngah
Julai 4, 2024 @ 8:39am
nazura_ngah@bh.com.my



Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa, berkata secara dasarnya, pencen diterima pesara dan penerima pencen akan diselaraskan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).



"Seksyen ini memperuntukkan bahawa pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat.

"Justeru, bayaran pencen juga akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian SSPA," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.


Beliau menjawab soalan dikemukakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pencen yang diterima pesara kerajaan bakal diselaraskan ekoran pengumuman semakan gaji penjawat awam baru-baru ini.

Poay Tiong mendakwa ramai pesara kerajaan gusar mengenai kedudukan mereka.

Media pada Mac lalu melaporkan tanggungan kerajaan ke atas pembayaran pencen merangkumi pesara perkhidmatan awam, ahli Parlimen dan anggota pentadbiran, setiausaha politik dan hakim meningkat lebih RM1 bilion setiap tahun.

Dr Zaliha dilaporkan berkata kerajaan membayar RM32.01 bilion kepada 931,707 pesara tahun lalu, meningkat RM1.75 bilion berbanding tahun sebelumnya yang dibayar kepada 902,999 pesara.


Beliau juga dilaporkan berkata pada 2022 kerajaan membayar pencen sebanyak RM30.26 bilion, meningkat RM2.22 bilion berbanding 2021 yang dibayar kepada 878,441 pesara membabitkan bayaran RM28.04 bilion.

Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini.











­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.129016 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list