View: 3239|Reply: 12
|
Lelaki rentung, 2 anggota polis parah kereta terbabas dalam parit
[Copy link]
|
|
Muar: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit ketika cuba melarikan diri daripada dikejar sebuah kereta peronda, berhampiran Jalan Benteng, Parit Kongsi 4, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 4 pagi, dua anggota polis turut parah selepas kereta peronda dinaikinya terbabas ke dalam parit sama, dengan kedua-duanya kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
Beliau berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis berusia 40 dan 41 tahun dari cawangan kereta peronda sedang menjalankan tugas rondaan dan menahan suspek di pekan Parit Jawa, bagi tujuan pemeriksaan.
"Namun, suspek melarikan diri dengan memecut kereta jenis Toyota Vios ke arah Parit Jamil. Pada masa sama, polis turut membunyikan siren amaran agar suspek memberhentikan kenderaan sebaliknya dia enggan dan terus memecut.
"Ketika usaha mengejar suspek dilakukan, kedua-dua kenderaan polis dan suspek terbabas dan memasuki parit sama.
"Selepas kemalangan itu, kereta dipandu suspek terbakar menyebabkannya rentung. Dua anggota polis pula parah dan dikejarkan ke HPSF untuk rawatan," katanya dalam kenyataan.
Raiz Mukhliz berkata, mayat suspek dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat serta menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identitinya.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Orang ramai melihat kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
COD betul pembalasannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh abam2 polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Bungatulip1171 at 5-7-2024 12:21 AM
Innalillah..semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang meninggal tu ada rekod jenayah lampau kan |
|
|
|
|
|
|
|
perhhh tragisss polis pun accident skali |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. moga polis dua org cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Kesiannya polis2 tu moga cepat sembuh. Camne blh terbabas tu yer |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 5-7-2024 06:16 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Kesiannya polis2 tu moga cepat sembuh. Camne blh terbabas tu yer
Mungkin sebab nampak letupan...abg polis terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan benteng ni kecil.klu drift mmg msuk parit . |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 5-7-2024 07:07 PM
Jalan benteng ni kecil.klu drift mmg msuk parit .
Kannnnn… tgk gambar tu boleh agak mesti gelap gila waktu mlm. Dgn waktu kejadian pukul 4 pagi, lampu jln xde, dalam ladang kelapa sawit….huishhh mmg berani polis ni. 4 pagi kalau melarikan diri dr polis tu mcm ada something ja. Kalau x salah, xperlu lari |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-7-2024 06:48 PM
Mungkin sebab nampak letupan...abg polis terkejut
Mungkin juga ye dlm keadaan pandu laju pula mmg blh terbabas. Selekoh tu tak nampak tajam pun kalau nak kata itu puncanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|