CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21287|Reply: 180

“Sudah Lama Pasang Niat Hendak Bertudung, Doakan Saya Kekal Istiqamah”- Nora Danish Akui Usia Bukan Masih Muda

[Copy link]
Post time 4-7-2024 11:32 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon jelita, Nora Danish, baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan penampilan terbaharunya yang dikatakan sudah berhijab.


Menerusi pengakuan eksklusif kepada sumber Harian Metro, Nora mendedahkan bahawa niat untuk berhijab sudah lama wujud, namun baru kini dia mendapatkan kekuatan untuk melakukannya.


“Sebenarnya, saya sudah lama pasang niat hendak bertudung, tetapi belum ada kekuatan itu,” ujar Nora.






Ketika dihubungi, Nora enggan mengesahkan sepenuhnya perubahan penampilannya, tetapi memohon doa daripada orang ramai agar dirinya kekal istiqamah dengan imej baharu tersebut.


“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).


“Saya takut hendak beritahu sudah bertudung sepenuhnya sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT. Apa yang mampu saya kongsi, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” kata Nora dengan rendah hati.


Nora, yang kini berusia 42 tahun, menegaskan bahawa keputusan untuk berhijab adalah keputusannya sendiri, tanpa desakan atau paksaan daripada sesiapa.


“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.


“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” tambahnya lagi.


Sebelum ini, Nora mencetuskan tanda tanya melalui hantaran di Instagram apabila tampil berhijab, yang mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya.








Dengan penampilan terbaharunya ini, Nora berharap perubahan tersebut membawa ketenangan dan kemanisan dalam hidupnya, serta memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.


Harapan dan doa rakyat Malaysia turut mengiringi perjalanan baharu Nora ini, agar beliau terus istiqamah dan menemui kebahagiaan dalam setiap langkah yang diambil.


Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
First. Tahniah nd moga terus istiqamah
Pedulikan acik2 bwg klu ada yg kutuk dressup kaka ok
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka puaslah hati netizen
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Drastik juga ye...
Ada sesiapa nk speku ape yg terjadi/penyebab?
Done hati hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
moga istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nameisrequired replied at 5-7-2024 12:18 AM
Drastik juga ye...
Ada sesiapa nk speku ape yg terjadi/penyebab?
Done hati hitam.

Look so Fakeeee!
Drastik sangat . Tiber je .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la tu, bila nak masuk usia senja, kedut2 di leher dah makin susah nak sorok. Muka boleh la ditarik2, tapi leher tu macam susah je nak tarik2. Apa2pun nek maria jugak steady seksi meksi sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak. Tapi drastik betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Rengsa tau tengok orang post gambar dengar al-Quran kat socmed. Hati aku hitam sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin sbb kedut di leher x dpt dicover lg

Ke hati tu dah berpunyahhhh??

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Fake apa..gilalah komen kowang ni..ptt rasa syukur..dia pun xda berlebihan.wartawan yg kejar dia.selama ni dia hbskan kontrak2 lah tu..ada kata fake..gilaaa..aku happy dan syukur..doakan dia istiqamah lahh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by azwanaliori at 4-7-2024 07:08 PM

Nak istiqamah bagus la tapi xyah over sgt menunjuk kat public tu smpi cium Quran beriye. Also jgn berpesen jilboob ye mcm kilaperi, pki tudung tetek sembul
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanadjo replied at 5-7-2024 12:59 AM
Biasa la tu, bila nak masuk usia senja, kedut2 di leher dah makin susah nak sorok. Muka boleh la dit ...

Hajah shiela majid sampai sekarang tak berhijab. Nek salamiah umur70s baru bertudung.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga istiqamah.

Kalau tengah galau memanglah nak jadi yg baik2 aja.. Esok lusa kot hati masih nak huhahuha, tudung pun terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Okaylah... Nora bagi 5 bintang.
Abaikan acik acik kertua mengata tu..biasalah diorang memang terpaling membaca hati manusia.. k! Next!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 5-7-2024 06:23 AM

Bakal suami baru suruh bertudung ke...

Bukan apa..dia baru post video seksi punggung melintuk liuk dari belakang...dah pakai tudung cane nk post video2 gedik mcm tu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 5-7-2024 07:00 AM
nameisrequired replied at 5-7-2024 12:18 AM
Drastik juga ye...
Ada sesiapa nk speku ape yg terjadi/penyebab?
Done hati hitam.


Apa yg drastik nyaa anggap jela nak hijrah sempena tahun baru awal muharram
Dia ni mmg nampak nk ke arah tu sbb selalu juga join usrah, join event kegamaan,bulan puasa rajin ngaji dan pi terawih kiamulai segala.

Cth noreen tu lagi laa tetiba je pakai tudung, kalau dh sampai seru nk wat cemana
Zizi kirana dulu lagi la seksi giler selalu kena kecam hari2 ngn netizen asbab teguran netizen dan doa2 peminat dia ke apa tetiba dia nk bertutup litup padahal sblm ni siap buat lagu nganjing kt netizen yg suka kecam dia.


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah perubahan yg baik. Benda ni bukan trend sbb tutup aurat ni mmg wajib. Semoga nd dan kita semua dpt menutup aurat dgn sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 07:09 AM | Show all posts
azwanaliori replied at 4-7-2024 07:04 PM
Nak istiqamah bagus la tapi xyah over sgt menunjuk kat public tu smpi cium Quran beriye. Also jgn be ...

aku rasa tu gambar lama kan..gambar masa bulan posa tahun bila ntah .time dia khatam quran time bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 07:10 AM | Show all posts
semoga terus kekal istiqomah. nak kekal istiqomah ni kena la berada dlm circle yg betul selain dr iman yg kuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065453 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list