CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11414|Reply: 10

[Tempatan] Menyusu anak di luar walaupun pakai nursing cover dikatakan nampak lucah.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 5-7-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
"Suami tak izinkan saya menyusu di luar walaupun pakai nursing cover sebab nampak lucah. Berikan saya semangat...", luah seorang ibu kepada saya.



Jika suami TAK IZINKAN, isteri perlu hormat dan patuh kerana suami berniat  menjaga kerhormatan isteri di luar dan saya yakin suami akan menyediakan bantuan dan bimbingan kepada isteri bagaimana dapat menyusukan bayi dengan selesa.

Tetapi melihat penyusuan itu sebagai LUCAH, sesuatu yang saya rasa tidak wajar kerana menyusu itu proses memberi makan kepada anak.

"Kalau aku jadi suami aku pun tak bagi isteri aku menyusu kat luar. Macam anjing..."

Ada suami yang menyamakan isteri menyusu kat luar macam anjing. Walaupun ada je haiwan mamalia lain yang lebih sedap didengar bila disebut seperti kucing, arnab, ikan paus, tapi tetap disamakan menyusu di luar tu seperti anjing.

Sebab apa? Untuk menghina perbuatan menyusu itu.

Kita lihat semula soalan ibu. Ibu kata dia menyusu PAKAI NURSING COVER. Kalau yang tak tahu, nursing cover ni besar boleh jadi alas meja. Dan kalau kita ni tak tahu, memang rasa macam tengah selimut dengan kain besar.

Masih lucah?

"Memanglah lucah, sebab otak lelaki ni dia fikir bukan-bukan..."
"Lelaki ni sebut menyusu je dia dah bayangkan lain.."

Saya ulang semula konteks di atas. Ibu pakai nursing cover dan bukan dia war-warkan pun dia sedang menyusu. Tiada siapa yang nampak 'apa berlaku di dalam' melainkan kalau ada yang nak fikir se'dalam' itu.

Sama juga seperti wanita yang berjubah, bertutup litup, yang dibayangi dengan bentuk tubuh yang menggiurkan di saat wanita itu dah berusaha bagi nampak mata sahaja, adakah salah wanita itu juga jika ada lelaki fikir sejauh itu?

"Kenapa nak menyusu merata? Hukum Islam bagi ke mak menyusu kat luar ni?", tanya seorang lelaki yang guna fake account. Berkaitan hukum ni saya tak nak komen. Saya bukan orang yang ahli.

Cuma menjawab tentang, "Kenapa nak menyusu merata?" - merujuk kepada kehendak bayi bila nak disusukan bukan boleh ditangguh. Nursing room yang ada di pusat membeli belah pula kebanyakan jauh belaka dan tersorok.

Bila pakai pakaian menyusu, menutup elok dan ditambah dengan nursing cover, di mana kurangnya sehingga ibu tak dibenarkan menyusu untuk beri makan kepada anak?

"Bagilah botol macam tu! Tak payah bagi direct..."

Botol tu satu pilihan. Kenapa nak dinafikan hak bayi tu menyusu dengan apa jua cara? Sebab tu saya katakan sebelum ni, penyusuan di Malaysia masih taboo.

Iklan double meaning.
Menormalisasikan soft porn dalam cerita dan buku.

Game l*cah, video l*ucah yang boleh diakses di mana-mana dan paling penting - AKHLAK & IMAN yang tipis - adalah punca kepada semua masalah ini.

Nak jayakan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia? Carilah cara untuk memahamkan fitrah bagi susu itu adalah proses beri makan dekat anak dekat semua orang.

Selagi mana kita taboo bila bercakap tentang penyusuan, selagi itulah ada sesuatu yang perlu dipulihkan.

Tengok orang seksi : NORMAL
Tengok mak menyusu : LUCAH?

Tepuk dada tanya iman.

P/s: Btw nak bagitahu, mungkin tengok gambar ni akan ingat saya menyusu. Tapi sebenarnya saya tak menyusu. Saya sembunyikan kepala anak saya yang mengenyit mata kepanasan sambil menunggu Fatimah terkedek-kedek kat belakang tu ????

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

#nadbreastfeedinginfo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 01:19 PM | Show all posts
yang kata macam anjing tu, agaknya masa kecik dia minum susu anjing kot..
tu yang perangai dengan mentaliti mengalahkan anjing..
anjing pun lebih mulia dari dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 02:15 PM | Show all posts
ish ishh, macam-macam hal

tapi yela, mata org nampak menyusu padahal tengah lindung anak dia dari panas
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda intimate imo.
Ko bungkus abes smpai nampak mate aje pon org yg nmpk tetap pikir ko tgh layoq bubis.
Even kt nursing room tu pn aku xselesa walau sesama pompuan.
Tp to each their own lah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm leceh jer nak kena bukak kopek lagi ..baik bagi susu botol jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Over benau
Letih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 5-7-2024 04:07 PM

Kunun, kurung lah bini kat rumah xde siapa tau kewujudan bini yg bebas menetek anak tetekk kiri tetekt kanan, sambil suami tgk hp tengok tetekks wanita lain yg saiz D F cup terjelir air liur keluar
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu lah manusia anggap wanita ni objek seksual je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik2 ko minum susu anjing ke? Menetek dengan anjing?



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak lucah sbb otak dia yg membayangkan benda lucah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2024 04:16 PM | Show all posts
yg jantan2 yg tak isinkan tu mak dorang takde tetek. dorang pun tak menetek masa kecik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.384547 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list