CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18592|Reply: 55

Anak Saudara Siti Nurhaliza, Umai Berjaya Peroleh Pingat Emas Di Hollywood, Kalahkan 70 Negara Yang Bertanding

[Copy link]
Post time 9-7-2024 08:52 AM | Show all posts |Read mode






Dalam satu pencapaian yang membanggakan, Ummi Umairah Saiful Anuar, anak saudara kepada ikon muzik Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.


Acara tersebut diadakan di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, pagi tadi.


Umairah, atau mesra dikenali sebagai Umai, berjaya merangkul gelaran Junior Champion Vocalist Of The World dengan menewaskan empat peserta lain dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.








Kejayaan ini dikongsikan oleh ibu Umai, Siti Nursairah Taruddin, melalui Instagram, yang menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen termasuk komen daripada Siti Nurhaliza sendiri.


“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” tulis Siti di ruangan komen akaun media sosial Umairah.


Dalam pertandingan ini, Umai mempertaruhkan lagu “A Natural Woman” nyanyian asal Aretha Franklin, yang membuktikan bakat dan kemampuannya dalam bidang vokal. Kemenangan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangannya di kejohanan tersebut.








Sebelum ini, Siti Sairah telah memohon doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia agar Umai berjaya dalam pertandingan ini.


Doa dan sokongan tersebut ternyata tidak sia-sia apabila Umai melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B daripada lima kategori yang disertainya iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World, dan Variety.


Bukan hanya Umai yang berjaya, tetapi juga beberapa peserta lain dari Malaysia turut mara ke peringkat akhir.


Pasangan kembar Aleysha dan Ryan bagi kategori duet, Dion Das dan Ryan Zachary bagi kategori peragaan, kumpulan Dance Duo bagi kategori tarian duo, dan Vanessa William bagi kategori tarian solo, semuanya berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang.


Sebanyak 15 peserta mewakili Malaysia tahun ini dalam kategori vokal, tarian, muzik, dan peragaan, bersaing dengan peserta dari 70 negara lain di kejohanan yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood ini.








Kejayaan Umai dan peserta lain adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu bersaing di pentas dunia dan mengharumkan nama negara.


Tahniah sekali lagi kepada Ummi Umairah Saiful Anuar atas kejayaan gemilang ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda Malaysia untuk terus berkarya dan membawa nama negara ke persada antarabangsa.


Sumber : Murai.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 09:08 AM | Show all posts
Tahniah dik non.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 09:16 AM | Show all posts
Tahniah Umai... semoga terus gigih to be recognized dalam industri...yang akan tetap dibayangi Tokti..
Meols kesian ye, kejayaan sheols dibanjiri komen "kenapa Binti Abdullah?"....gitteww..... sekrahhhh ko pun bubuh nama penuh dah kenapa nok? sian si Umai...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju merah tu mengingatkan cikgu english aku darjah 5.cuma skirt dia pendek sikit dan short sleeves.pakai la baju sesuai dgn usia dik oii.jgn dengar kertu2 takde taste dlm family ko
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 11:16 AM | Show all posts
Tahniah, tak pernah dgr lagi suara dia...sedap la kot sbb tu menang kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 11:40 AM | Show all posts
Congrats..tp kesian, sampai bebila jadi shadow makcik dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah walaupon competition gred C.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 11:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 11:52 AM | Show all posts
Ummi Umairah Saiful Anuar ke Abdullah? Sekadar memanaskan suasana suasini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 11:52 AM | Show all posts
Edited by Sazreena at 9-7-2024 11:54 AM

Tahniah umai-umai. Baideway..Umairah Saiful Anuar ke Abdullah? Sekadar memanaskan suasana suasini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 12:34 PM | Show all posts
Sazreena replied at 9-7-2024 11:52 AM
Ummi Umairah Saiful Anuar ke Abdullah? Sekadar memanaskan suasana suasini.



tp mmg dgr host tu sebut  abdullah....jenuh aku fokus...
aku dok ckp...salah sebut ke guana..

apapun...umai x salah apa2...nitizen x perlu pertikai...

fly high umai....sedap je suara umai....tp baju umai nmpk mcm dewasa seblm usia....
maybe taste nya begitu....


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu bin Abdullah pun xde masalah. Janji dah beso jadi orang. Gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 12:45 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 9-7-2024 12:34 PM
tp mmg dgr host tu sebut  abdullah....jenuh aku fokus...
aku dok ckp...salah sebut ke guana..

Iya.... host sebut nama penuh.... tu yang meols cakap, si sekrah pun isi je la borang nama commercial sikit... atau nama umai umairah sajerrr.... takde lah netizen mengesahkan speku sheols beranak lepas 4 bulan kawin... ehhhh~~~

Btw, meols dah dengar..suara she improve banyak ye...sedap gila.. siap pergi kelas vokal bagai, ye lah, sheols bukan gifted macam mak sedara pun, so kena try so hard lah nak menggapai impian mak janet sheols... tapi tu lah...dressup tetap macam acik2 gi dinner zaman 90an ye... designer pun asal boleh je sponsor kan... masa sheols rehearsal tu cantik je pakai turtle neck hitam, seluar hitam, nampak class... masa perform kembali makcik2 ye.. janet pun mengulang kesilapan tokti berpakaian..

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 01:17 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 9-7-2024 11:45 AM
Tahniah walaupon competition gred C.

plus kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la anak sedara ct mendonia jap.. pasni nk tunggu si piah plak suara sedap ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 01:24 PM | Show all posts
bukan ke umai dah pakai nama bt abdullah selama ni…sheols mesti tahu kenapa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 01:26 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 9-7-2024 12:45 PM
Iya.... host sebut nama penuh.... tu yang meols cakap, si sekrah pun isi je la borang nama commerc ...

aku rasa pertandingan internesyenel kena pakai nama betul ikut passport/ mykad

US ni paranoid...takut terlepas masuk terrorist menyamar jaid penyanyi talentime
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masuk brp byk kategori? Satu kategori je ke yg meant gold? Dulu kala ada participant dari Malaysia dpt 4/5 gold..tak ingat siapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 02:30 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 9-7-2024 12:34 PM
tp mmg dgr host tu sebut  abdullah....jenuh aku fokus...
aku dok ckp...salah sebut ke guana..

Tu la..kadang dalam terexcited berkongsi sampai terlupa nak filter mana yg patut. Bab baju tu kalau dah sekrah yg jadi tuan penasihat, maka tak jauh la seleranya ngan mak itik..semua sepaten lipihkg.com.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 02:37 PM | Show all posts
kategori dia mana ada 70 org brtanding. pertandingan ni pertamdingan syok sendiri je kat sana mana ada sekor pun jadi artis antarabangsa. aiyoo!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.343748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list