CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26118|Reply: 28

[Tempatan] Olimpik Paris: Perkampungan sukan tiada 'aircond', kontinjen Malaysia dibekal penyejuk udara

  [Copy link]
Post time 9-7-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd Hamidin mengesahkan bahawa pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mencari penyelesaian dengan membekalkan penyejuk udara. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Semua atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini akan dibekalkan dengan penyejuk udara mudah alih bagi mengharungi suhu tinggi musim panas di kota cinta itu.

Semua atlet Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 akan dibekalkan dengan penyejuk udara mudah alih untuk mengatasi suhu tinggi musim panas, memandangkan pihak penganjur tidak menyediakan penyaman udara di Perkampungan Sukan.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin, menasihatkan atlet untuk berhati-hati dan menjaga kesihatan menjelang temasya, mengingatkan insiden kecederaan ringan atlet berbasikal lebuh raya Nur Aisyah Mohamad Zubir baru-baru ini.

Jumlah muktamad atlet Malaysia ke Olimpik Paris adalah 26 orang, selepas penerjun Ooi Tze Liang tidak mendapat slot tambahan. Mengenai sasaran pingat, pengumuman akan dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ia susulan keputusan pihak penganjur untuk tidak menyediakan penyaman udara di Perkampungan Sukan yang menempatkan para atlet dari seluruh negara ketika cuaca panas musim ini dijangka boleh melebihi paras biasa di Perancis.


Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Olimpik 2024 Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mencari penyelesaian dengan membekalkan penyejuk udara.

"Kita memang dah tahu dari awal ketika lawatan CDM tahun lepas dan atlet pun telah dimaklumkan bahawa tiada penyaman udara di apartment tersebut. Jadi kita ada penyejuk udara, memang kita dah siap sedia untuk itu," katanya kepada pemberita selepas majlis mengumumkan Samsonite sebagai penaja bagasi rasmi kontinjen negara ke Olimpik Paris dengan nilai tajaan RM346,380.

Dalam usaha penganjuran lebih mesra alam, pihak penganjur sebelum ini mengumumkan 7,000 bilik di Perkampungan Sukan tidak akan dilengkapi dengan penyaman udara, tetapi akan menggunakan sistem penyejukan geoterma yang menjamin suhu dalam bangunan sekurang-kurangnya enam darjah celsius lebih rendah daripada suhu di luar.

Dengan suhu musim panas kali ini diramalkan lebih tinggi berbanding sekitar 25 hingga 42 darjah celcius yang pernah dicatatkan sebelum ini, beberapa pihak menyatakan kegusaran mengenai potensi risiko kesihatan, termasuk kekejangan, keletihan dan strok haba.

Menurut laporan media antarabangsa, penganjur baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima tempahan sejumlah 2,500 unit penyejuk udara daripada beberapa negara, antaranya Britain, Jerman, Itali, Jepun, Kanada, Ireland, Greece dan Australia dengan kos tambahan itu ditanggung sendiri oleh kontinjen berkenaan.

Sementara itu, Hamidin menasihatkan semua atlet supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan menjelang baki 17 hari sebelum temasya membuka tirai.

"Kita harap mereka dapat menjaga kesihatan, atau berhati-hati sedikit dalam latihan, kalau tidak kerugian pula jika kecederaan berlaku sebelum temasya bermula," katanya mengulas insiden atlet berbasikal lebuh raya Nur Aisyah Mohamad Zubir mengalami kecederaan ringan selepas kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium, 16 Jun lepas.

Hamidin turut mengesahkan jumlah muktamad 26 atlet Malaysia ke Olimpik kali ini selepas penerjun negara Ooi Tze Liang tidak memperolehi slot tambahan daripada Akuatik Dunia menjelang tarikh tutup, semalam.

Ditanya mengenai sasaran pingat, beliau berkata mahu menunggu pengumuman daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengenai perkara itu.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 05:37 PM | Show all posts
panas kat sana sama macam panas kat sini tak uols? i mean, panas dan lembap atau panas dan kering gitu..ala2 saudi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 9-7-2024 09:37 AM
panas kat sana sama macam panas kat sini tak uols? i mean, panas dan lembap atau panas dan kering gi ...

Rasanya panas dan kering nak mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jimat.letrik.lettew
Dah tau panas kot..bekalkan lah aircond..
Haish..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 05:48 PM | Show all posts
Menurut laporan media antarabangsa, penganjur baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima tempahan sejumlah 2,500 unit penyejuk udara daripada beberapa negara, antaranya Britain, Jerman, Itali, Jepun, Kanada, Ireland, Greece dan Australia dengan kos tambahan itu ditanggung sendiri oleh kontinjen berkenaan.


Pandai tuan rumah Olimpik buat duit.

Esok lusa giliran negara pasir berdengung bersuhu tahunan panaih lit-lit, depa pun tiru cara ni.
Nak ekon, mesti beli dengan pengeluar tempatan. Asyukk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
laaahaiii mujur la tuan umah dari negara maju beriklim 4seasons takde la yg mengeji. cuba yg buat peel mcm ni dari negara membangun or asia kedaung mau masuk news sepanjang sukan berlangsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 takdelah yang bau ketibas asham ye..tambah2 atlet yang banyak makan kari dan berbulu lebat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar panjang, pandai2 la nal adapt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 9-7-2024 07:39 PM

Paris suhu july august 18-28 ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena add on lah ni.


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 9-7-2024 05:48 PM
Pandai tuan rumah Olimpik buat duit.

Esok lusa giliran negara pasir berdengung bersuhu tahunan pa ...

Kalau kita buat mcm ni, tak cukup tanah kena kecam bukan je dgn mat saleh tak basuh jubor tp juga dgn org tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd host tp seadanya... Mmg style mat salleh kot.. Compare kt Asian.. Klu org dtg umah kt mmg bg sehabis baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 07:45 AM | Show all posts
tu la gigih menggelupur jah korg nak baju atlet lawa2..padahal organiser nya cam taikk jahh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:16 AM | Show all posts
sana panas kering tapi panas pun tak panas sangat..masih sejuk berangin.. ini kelebihan utk pasukan msia la, biasa training panas2,  boleh la kot emas sebutir dua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:19 AM | Show all posts
damsel_fiji replied at 10-7-2024 07:45 AM
tu la gigih menggelupur jah korg nak baju atlet lawa2..padahal organiser nya cam taikk jahh

sebut pasal taik, iols ade tgk kt TT pasal acara sukan air buat kt sungai yg penduduk paris akan berak beramai2 tanda protes utk sukan ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:39 AM | Show all posts
Kedekut betul org paris ya, dahla pakar mencopet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-7-2024 05:58 PM
laaahaiii mujur la tuan umah dari negara maju beriklim 4seasons takde la yg mengeji. cuba yg buat pe ...

Benar belaka... Cuba kalau negara padang pasirun atau negara tropika buat gini..mampos lah kena cerca ummah superior mata biru kulit putih. Qatar buat elok elok pun kena cerca bagai nak rak inikan kalau buat gini bawa sendiri aircond masing masing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr citer org2 perancis ni busuk ye. Tu sbb perfume popular kt sana. Ada sape2 acik porem di perancis bole sahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-7-2024 12:20 PM
Dgr citer org2 perancis ni busuk ye. Tu sbb perfume popular kt sana. Ada sape2 acik porem di peranci ...


Mcm prnh dengar, depa ni sejenis x suka mandi takut air.... bau badan kepam & masam & sblm WW2 suka berak merata-rata kt jln raya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 01:37 PM | Show all posts
xrisau ke lilith mengamuk ..tiber
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068271 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list