CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11610|Reply: 36

Video orang utan 'gergasi' di Kalimantan Timur tarik perhatian netizen

[Copy link]
Post time 10-7-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode




JAKARTA: Video tular seekor orang utan 'gergasi' di bawah pokok di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur telah menarik perhatian meluas pengguna media sosial.


Rakaman berdurasi 17 saat itu menunjukkan orang utan berkenaan berdiri sambil menggenggam dahan pokok dan dengan tenang memakan buah berhampiran sebuah rumah di tepi jalan.


Lokasi sebenar kejadian masih tidak diketahui kerana pemuat naik asal telah memadam video berkenaan, menyukarkan usaha bagi Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Alam Kalimantan Timur.


Media tempatan melaporkan bahawa ketua agensi berkenaan, Ari Wibawanto menyatakan bahawa orang utan jantan yang telah berusia itu mungkin kelihatan lebih besar kerana sudut kamera.





Beliau berkata: "Orang utan tanpa kawasan yang dikuasainya sering merayau ke kawasan kediaman atau jalan raya untuk mencari pasangan atau makanan."


Penampakan itu telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai orang utan berhampiran penempatan manusia, menyoroti kebimbangan alam sekitar bagi spesies yang terancam berkenaan.


Dalam inisiatif berkaitan, pada November 2023, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur melepaskan 12 orang utan yang telah dipulihkan ke alam liar daripada kemudahan yang dikendalikan oleh "Borneo Orangutan Survival Foundation".


Orang utan ditemui secara eksklusif di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia, serta Sabah dan Sarawak di Malaysia, termasuk spesies seperti Pongo pygmaeus, Pongo abelii, dan Pongo tapanuliensis.


Sumber -- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang utan sudah jadi king kong
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:16 AM | Show all posts
Nampak macam ilusi camera ja. Tu yang nampak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
CikNano replied at 10-7-2024 09:16 AM
Nampak macam ilusi camera ja. Tu yang nampak tinggi

Kan sissy? Nampak macam ilusu kamera semata jah sissy. Macam rumah tu sengaja dibina rendah dan pokok itteww jua persis pokok renek bantut sissy. Kamera heshe pulak sah2 diletak kat lantai tanah sebegitu sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:21 AM | Show all posts
CikNano replied at 10-7-2024 09:16 AM
Nampak macam ilusi camera ja. Tu yang nampak tinggi

betul tu, atau pon pokok tu yg kecik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pokok tu pun kecik je
Batang dan dahan halus
Memang la nampak besar raksasa
Tu pun macam pondok kebun masak2 jahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2024 09:57 AM | Show all posts
tapi memang besar-besar orang utan ni.. saya pegi tengok kat semenggoh wildlife hari tu ada yang hampir sama besar macam manusia..
tapi tengok dari jauh la tak boleh dekat-dekat sebelah-sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dan pokok tu mcm mini size.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 11:31 AM | Show all posts
benda2 dr negara tu aku susah nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:48 AM | Show all posts
pooh~key replied at 10-7-2024 09:19 AM
Kan sissy? Nampak macam ilusu kamera semata jah sissy. Macam rumah tu sengaja dibina rendah dan po ...

rumah tu kang belakang mmg la nampak kecik coi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
penah tgk org utan bersaiz besar di zoo tepeng... kurung dlm sangkar besar juga... thn 2012 dulu... Dia hulur tangan dari cage... mak oii SUPER panjang yaa... mmg ada penjarakan dgn visitor kandang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ingat kejadian budak2 sekolah nampak objek2 atas langit? Masuk frontpage surat kabo.   Aku masa tu masih kecil, belum sekolah rendah lagi. Abang aku ceritakan kejadian itu pada ku. Sungguh aku takjub.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 12:42 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-7-2024 12:44 PM

Maklumilah karena itu bukan Orang Utan Biasa ... tetapi ORANG UTAN AGONG  atau SULTAN atau RAJA ORANG UTAN karena orang utan itu adalah orang utan keturunan bangsawan yang didatangkan dari Malaysia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wikedsaikel at 10-7-2024 12:54 PM

Orang utan kat zoo negara pon lagi besar lelaki obese. Macam tinggi 5 kaki yg aku tengok tu. Aku agak je. Aku x ukur. Tamaw aku masuk area tu lg. Tatut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 01:28 PM | Show all posts
besor gitu mane maunya puluh2 kilo berita ni pun

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan orang utan yg besar, rumah tu yg kecik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah…. Size tu normallah. Ada je kat pusat hidupan liar kat swk ni ha!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-7-2024 12:42 PM
Maklumilah karena itu bukan Orang Utan Biasa ... tetapi ORANG UTAN AGONG  atau SULTAN atau RAJA ORAN ...

Korang indon dera orang utan.


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 10-7-2024 09:19 AM
Kan sissy? Nampak macam ilusu kamera semata jah sissy. Macam rumah tu sengaja dibina rendah dan po ...

Mcm alice in wonderland

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-7-2024 04:30 PM
Mcm alice in wonderland

Kenapa part rumah kat pay pack sheols berlubang sissy? Suratan atau kebetulan sissy?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060005 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list