View: 21556|Reply: 2
|
Puteri Sarah Dapat Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal Pada Majlis Pelancaran Dan Malam Anugerah MommyHana
[Copy link]
|
|
Pelakon Puteri Sarah dianugerahkan sebagai ikon ibu tunggal pada Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.
Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan yang dihasilkan Puteri Sarah di media sosial miliknya telah berjaya menyumbang impak positif kepada masyarakat sekali gus melayakkan dia menerima anugerah tersebut.
"uteri Sarah membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta."
"Dia dipilih sebagai ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang mana seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
"Jadi, kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan. Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya."
"Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran."
Selain Puteri Sarah, pasangan selebriti Nad Zainal dan Engku Ismail turut menerima anugerah khas pada majlis tersebut.
"Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta, sama seperti Puteri Sarah."
"Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan."
"Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka."
Sementara itu, ketika diminta mengulas penganjuran Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’, Hana Shahadan berkata, ia diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
"Kita sangat menghargai dan tahu cara untuk menghargai sebab kadang-kadang orang ingat kita lupa, tapi kita tidak pernah lupa orang yang membantu MommyHana walaupun sekecil bantuan atau sokongan diberikan."
"Secara keseluruhan, seramai 120 orang yang menerima anugerah tidak termasuk Anugerah Khas yang diterima lebih kurang 10 orang. Penerima Anugerah Khas ini pun mereka tidak tahu akan menerimanya, ia disebabkan sumbangan mereka secara tidak langsung seperti dalam kalangan artis, pempengaruh atau pelanggan yang sentiasa menyokong MommyHana."
"Kami sangat hargai mereka, malah Anugerah Khas ini juga untuk tokoh-tokoh yang banyak membantu daripada segi inspirasi dan bantuan semasa berniaga. Sebagai contoh adalah Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) yang membantu dari awal penubuhan MommyHana dan memberi doa. Kita memberi Anugerah Khas ini kepada keseluruhannya."
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ler..
eh apesal sampai takde org komen ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha,org ta trima sarah dpt.lantak la dia dpt pun.busuk btol hati meleis ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|