View: 5449|Reply: 2
|
[Dunia]
Angkasawan NASA rakam fenomena pari-pari merah dari tingkap ISS
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 12-7-2024 01:34 PM
Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN dan KOSMO!
12 Julai 2024, 10:08 am
GAMBAR pari-pari merah (kanan) yang dirakamkan oleh Dominick di tepi tingkap ISS, - Foto Matthew Dominic/NASA
WASHINGTON – Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam gambar cahaya merah yang menakutkan di atmosfera Bumi dari tingkap Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor akhbar Daily Mail semalam.
Gambar itu dirakam oleh Komander Misi SpaceX, Matthew Dominick pada 3 Jun lalu ketika ISS berada kira-kira 402 kilometer di atas sebuah pantai di Afrika Selatan.
Ia menunjukkan beberapa cahaya merah berbentuk urat muncul pantas seperti kilat.
Fenomena cuaca itu dikenali sebagai pari-pari merah (Sprites).
Cahaya itu muncul pada kedudukan tinggi di atas awan petir di bahagian atas atmosfera dikenali sebagai mesosfera yang memanjang sehingga 85.29 kilometer di atas permukaan Bumi.
NASA berharap imej itu akan menggalakkan para pemerhati langit di Bumi untuk menghantar gambar pari-pari merah yang mereka rakam untuk projek sains warga NASA dinamakan Spritacular.
“Jika ada mana-mana pakar pari-pari merah di luar sana, saya akan mendapat petua tentang cara merakam lebih banyak imej fenomena tersebut,” kata Dominick. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Den dulu suka minum air gas jenama sprite... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Sprites dgn Blue jet...dua fenomena rare di upper athmosphere yg masih menjadi misteri.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|