CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 42191|Reply: 48

[Jenayah] Pelabur harap dapat semula wang

[Copy link]
Post time 2-8-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-8-2024 08:05 AM

Shah Alam: Peserta pelaburan XFOX Market Sdn Bhd mendakwa serbuan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas syarikat itu, kelmarin tidak akan memberi kesan yang besar kepada ahlinya.

Rakan kongsi yang enggan dikenali mendakwa, beliau mempunyai keyakinan bahawa syarikat itu menjalankan perniagaan yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

"Saya pernah jadi mangsa penipuan pelaburan  sebelum ini, kerugian kira-kira AS$D1,000 (RM4,570) maka saya lebih berhati-hati. Saya buat kajian lebih setahun untuk menjadi rakan kongsi (XFOX).

Selepas yakin ia menjalankan perniagaan yang betul, barulah saya menjadi rakan kongsi. Saya tidak mengeluarkan modal sesen kerana yuran tahunan AS$50 (RM228) ditaja oleh 'upline' yang membawa masuk ke syarikat ini," katanya ketika ditemui di hadapan ibu pejabat XFOX Market di Subang Bestari di sini, hari ini.

Lelaki itu berkata, peranannya membuat rangkaian untuk syarikat ini dan dalam tempoh 11 bulan, dia mempunyai orang bawahan lebih kurang 500 orang yang turut sama menyertai syarikat ini.

Saya datang ke ibu pejabat XFOX hari ini selepas ramai 'downline' risau mengenai status XFOX susulan serbuan BNM tempoh hari.

"Saya yakin BNM hanya menjalankan siasatan dan tindakan BNM itu tidak akan mengganggu operasi rangkaian syarikat yang lain kecuali kedai emas dan ibu pejabat yang ditutup buat masa ini," katanya.

Menurutnya, beberapa tahun lalu ada berita yang mengatakan syarikat itu diserbu oleh pihak berkuasa tetapi seperti yang anda lihat, syarikat masih beroperasi, dan kerana itulah sebabnya dia yakin bahawa serbuan terbaharu ini tidak akan menjejaskan operasi XFOX.

"Saya difahamkan terdapat lebih 100,000 ahli XFOX Market di seluruh negara ketika ini dan buat masa ini syarikat itu mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan lain.

"Ramai yang yakin syarikat itu tidak menjalankan kegiatan penipuan pelaburan kerana setakat ini, saya tiada masalah untuk mengeluarkan wang keuntungan daripada pelaburan," katanya.

Katanya lagi, sejak menyertai syarikat ini, dia sudah mengeluarkan keuntungan kira-kira RM40,000 dan ada lagi baki keuntungan AS$12,000 (RM54,845) yang belum dikeluarkan.

"Setiap hari ahli dibenarkan membuat sekali transaksi pengeluaran tidak melebihi AS$1,000.

"Bagaimanapun, apabila berlaku siasatan oleh BNM maka semua akaun milik syarikat dibekukan menyebabkan rakan kongsi atau pelabur tidak dapat mengeluarkan wang masing-masing," katanya.

Terdahulu, pelbagai barangan mewah dan 92 akaun bank membabitkan nilai lebih RM30 juta milik syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan dirampas serta disita Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM menerusi kenyataan memaklumkan, rampasan dan sitaan dibuat hasil operasi bersepadu yang dijalankan di 12 premis sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, serbuan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); CyberSecurity Malaysia (CSM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

"Tindakan penguatkuasaan bersama diambil terhadap XFOX Market Sdn Bhd dan beberapa entiti lain kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2024 09:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 2-8-2024 09:53 PM
@Suchi

boleh gelak camtu plak... rengsa tul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku masuk xfox ni..baru je beli vellfire dgn Mercedes..sekrg ni x tau la camner nak byr bulan2..kesian jugak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:58 PM | Show all posts
Habislaaa duit tu..bila mansa BNM bayar balik duit yang disita.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2024 12:07 AM | Show all posts
leftrani_kel replied at 2-8-2024 10:04 PM
Jiran aku masuk xfox ni..baru je beli vellfire dgn Mercedes..sekrg ni x tau la camner nak byr bulan2 ...

Hangusss....byk sangat kesalahannya. AMLA lagi....tiada harapan.

Downline2 sila cari upline masing2 minta balik modal ye.. xkan mkn % downline dpt, tsnggung rugi x dpt pulak kan.. sama2 lah merasa jatuh bgn tu..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 3-8-2024 12:07 AM
Hangusss....byk sangat kesalahannya. AMLA lagi....tiada harapan.

Yup, memang hangus. Tu la masa bau2 ikan patut desak fonder return duit investment kat ahli. Dah jadi kes BNM, too late
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
leftrani_kel replied at 2-8-2024 10:04 PM
Jiran aku masuk xfox ni..baru je beli vellfire dgn Mercedes..sekrg ni x tau la camner nak byr bulan2 ...

Hebat.. boleh bawa keluar Vellfire n Merc. Mesti untung retus ribu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 07:14 AM | Show all posts
bila kau sembang pakai nahu "padu" "mantap".... takdenya melambangkan ilmu dan pengetahuan.



aku tertarik ayat ni:

dia study setahun utk pastikan betoi.


soklan: study apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat ni menerima deposit daripada orang ramai tanpa kelulusan Bank Negara. Kat situ pun dah sangkut. Kalau syarikat ni rasa dia berniaga betul,kenapa tak mohon lesen dari BNM? Takut penipuan terbongkar?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 2-8-2024 09:53 PM
@Suchi

Misai ni dh kaut byk untung yg baru2 join la kesian
Tp kata dorang setakat ni belum ada yg tak terima hibah semua lancar sbb tu takde report
Mmg la takda report lg sbb blm tepu esok bila piramid dah terbentuk dgn sempurna, dah kurang pelabur baru masa tu laa hibah dah makin kurang
BNM serbu sblm kejadian ni terjadi.
Setahun dah dorang bg korang peluang kaut byk2
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:11 AM | Show all posts
"What does the fox says..'Ting Ning Ning ning ne ning Ning..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-8-2024 09:04 AM
Syarikat ni menerima deposit daripada orang ramai tanpa kelulusan Bank Negara. Kat situ pun dah sang ...

Alasan dorang sbb dorang bukan bank la bukan koperasi sbb tu tak perlu lesen SC semua tu
Bukan syarikat pelaburan tp yg melebur tu orang kata semua share partner
Ini yg dorang bgtau kat ahli2 tu laa yg semuanya mmg taktau apa2, janji nak duit cepat je.
Padahal syarikat sendirian berhad bleh plak ada partner sampai 130k orang.

Aritu ada penasihat kewangan kot minta dorang tunjuk sijil patuh syariah tak bagi2 pun
Alasan peniaga nasi lemak tepi jln pun takde sijil halal
Nih jenis nk kita percaya kalau bisnes org melayu mestilah halal
Yg rentua ni semua percaya je so tak kisah la sumber mana dapat duit tu? Konon semua drpd keuntungan bisnes fizikal tu
Ayat duk ulang2, jgn risau xfox ada 21 entiti perniagaaan

Bagi dorang kedai fizikal byk2 adalah bukti bisnes legit, bisnes halal, bisnes masyuk
Nak kata semua yg join tu semua tak pandai tp ramai je yg ada degree join.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2024 09:25 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-8-2024 09:15 AM
Alasan dorang sbb dorang bukan bank la bukan koperasi sbb tu tak perlu lesen SC semua tu
Bukan sya ...

terkejut aii



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 3-8-2024 09:54 AM

Noraniza deris ada kedai jual sambal kat rumah iols.. kedai gelap tertutup
Bila dindong.. staff kata sini kilang je.. halu.. kalau kilang mesti dah semerbak bau cili.. nih macam stor kotak je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2024 07:48 PM | Show all posts
Suchi replied at 3-8-2024 09:06 AM
Misai ni dh kaut byk untung yg baru2 join la kesian
Tp kata dorang setakat ni belum ada yg tak ter ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 3-8-2024 09:25 AM
terkejut aii

Dedua retis ni rekod sblm ni mmg ada terlibat ngn golongan nih jugak kan
Hat sorang umah singgit
Yg anak cef tu pun sblm ni mcm penah gak baca kaitan dia ngan geng2 gini
Iols dah lupa dah sbb byk sgt kontroversi dia nih

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 3-8-2024 07:48 PM

Kat fb ada group org2 pencen
Hurmmm penuh laaa agent skim ponzi dlm tu duk mencari mangsa

Acik2 plak takleh tgk duit byk2 dlm bank kalau boleh nak biar tinggal kosong
Semua nak dilebur
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 02:23 AM | Show all posts

huihhh...kakAni ni tak serik ke?  dulu tersontot dgn skim rumah saploh henggit tu...dia jadi kepala untuk geng2 retis semelaya.  sampai retis tersohor cerdik acik pojiah tu pun terbabit.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 02:24 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-8-2024 07:56 PM
Kat fb ada group org2 pencen
Hurmmm penuh laaa agent skim ponzi dlm tu duk mencari mangsa

rasanya ada sorang kawan iols yang tersontot xfox ni....sbb status kat fb ada bau2 ikan......setazah yang hampir nak pencen.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.168930 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list