CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73683|Reply: 0

Kerajaan sedia bincang pinda Akta Lompat Parti – PMX

[Copy link]
Post time 12-7-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia berbincang untuk meminda Akta Lompat Parti (Akta A1663) bagi menutup lompang yang wujud dalam akta berkenaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengakui wujud kelompangan berkaitan akta berkenaan.


Beliau berkata, pihaknya Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mencadangkan supaya mana-mana yang dipecat daripada parti supaya mengosongkan kerusi.


“Dulu (2022 ketika di blok pembangkang), kita (PH) cadanag supaya mana-mana yang ditolak oleh parti ditolak (kosongkan kerusi) tapi tidak disetuju oleh kerajaan masa itu.


“Sebab dia (pembangkang) masa itu, orang UMNO masuk parti dia. So (jadi), bagi saya kalau nak pinda boleh kita bincang. Dulu dia menentang dan ramai tak tahu.


“So (jadi) kalau dia (pembangkang) nak pinda, kita boleh bincang. Boleh pinda,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah, Presint 9, di sini hari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048223 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list