CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45185|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan keluarkan garis panduan tapak perkhemahan

[Copy link]
Post time 14-7-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode


Arul Kumar menunjukkan sebahagian perincian yang terdapat dalam Garis Panduan Perancangan (GPP) berkaitan tapak perkhemahan yang sudah diluluskan kerajaan negeri, di Seremban. Foto NSTP/ Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengeluarkan garis panduan perancangan (GPP) berkaitan tapak perkhemahan sebagai langkah keselamatan dan mengelak sebarang tragedi yang boleh meragut nyawa pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J Arul Kumar, berkata GPP berkenaan merangkumi dua jenis tapak perkhemahan iaitu yang baharu dan sedia ada.

Katanya, pihaknya mendapati kebanyakkan tapak perkhemahan yang beroperasi di negeri itu ketika ini tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus boleh menggugat keselamatan pengunjung.

"Menerusi GGP ini, semua pengusaha tapak perkhemahan yang beroperasi di Negeri Sembilan perlu dilesenkan.

"Kerajaan negeri menetapkan selama enam bulan bagi program pemutihan yang bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

"Mulai bulan ini, setiap pengusaha tapak perkhemahan perlu mengemukakan permohonan permit bangunan sementara (PBS) melalui PBT daerah masing-masing untuk membolehkan mereka beroperasi mengikut peraturan.

"Bagaimanapun, PBS ini boleh dilanjutkan sehingga dua tahun tertakluk kepada kelulusan PBT. Tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan akan dibuat mulai awal 2025 sekiranya pemilik atau pengusaha tidak mengemukakan permohonan," katanya kepada media di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, berkata GPP ini penting untuk memastikan tapak perkhemahan yang beroperasi mematuhi peraturan dan tidak dibuat atau didirikan secara sesuka hati.

Beliau berkata, peraturan itu termasuk tapak perkhemahan di kawasan pantai awam milik kerajaan negeri, yang dilarang sama sekali.

"Selain itu, GPP ini juga untuk memastikan tiada aktiviti kacau ganggu dan pencemaran alam sekitar seperti kesesakan, vandalisme, gangguan kepada binatang liar dan kerosakan terhadap sumber alam.

"Hanya tapak perkhemahan yang dikenal pasti selamat saja yang akan dibenarkan beroperasi," katanya.

Jelas Arul, kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022 dan mengorbankan 31 nyawa wajar dijadikan pengajaran.

"Kerajaan negeri berharap GPP yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bulan lalu ini dapat dijadikan panduan serta rujukan kepada semua pihak berkepentingan dalam memastikan pemajuan tapak perkhemahan ini mengutamakan keselamatan awam dan kemampanan alam semula jadi.

"Kita mahu tapak perkhemahan yang selamat dan tidak memberi risiko kepada pengunjung," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.571576 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list