CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19039|Reply: 0

[Johor] Terima kasih bantu Hayfa Afisya

[Copy link]
Post time 15-7-2024 09:01 AM | Show all posts |Read mode

HAYFA Afisya dipangku ibunya, Sunita Massayu manakala gambar kiri Hayfa Afisya bersama kembarnya, Hayfa Afira. FOTO ihsan Sunita Massayu Abdullah


Kota Tinggi: "Kami berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan Hayfa Afisya serta memberi sumbangan dan sokongan selepas berita mengenai anak kami disiarkan akhbar ini," kata Sunita Massayu Abdullah.

Sunita Massayu, 29, adalah ibu kepada Hayfa Afisya yang kini berusia lima bulan, pesakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.

Sunita Massayu berkata, dia sekeluarga bersyukur dan terharu dengan keprihatinan orang ramai terhadap kisah anak mereka yang dilahirkan pada Februari lalu.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin keadaan Hayfa Afisya serta banyak doa dikirimkan di media sosial selain ada memberi sumbangan.

"Sedikit sebanyak sumbangan itu meringankan beban kami dan membantu dalam membeli keperluan perubatan anak," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Menurutnya, ketika ini doktor memaklumkan mereka akan memantau ketulan cyst pada muka dan leher anaknya.

"Doktor cakap tiada pembedahan untuk anak dalam masa terdekat cuma mereka akan pantau sama ada cyst itu semakin membesar, mengecil atau sama saja.

"Saya harap ubat sirolimus (ubat khas untuk mengecutkan cyst) berkesan (memberi tindak balas baik) kepada anak tetapi apa-apa pun kami masih perlu menunggu keputusan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) yang akan dilakukan pada awal Februari nanti," katanya.

Semalam Harian Metro menyiarkan kisah bayi yang menetap di Felda Bukit Aping Barat, di sini, menghidap penyakit itu sejak dalam kandungan ibu yang menyebabkan ketulan cyst itu membesar bermula di bawah mata hingga leher selain lidah.

Hayfa Afisya dilahirkan di Hospital Serdang, Selangor bersama kembar, Hayfa Afira yang tidak mempunyai masalah berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 1.084010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list