CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23452|Reply: 1

‘Penipu! Saya Tak Pernah Tawar Hadiah Wang Tunai’ - Siti Nurhaliza dakwa scammer guna suara (AI) tiru suara dan wajahnya

[Copy link]
Post time 16-7-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode






PENGHIBUR tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengingatkan orang ramai jangan terpedaya dengan taktik penipuan scammer yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) meniru suara dan wajahnya.


Pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin, 45, itu mengakui kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang mahu mengaut keuntungan secara mudah.


Palsu! Jangan percaya scammer! Ini adalah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya.


“Siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai. Selebihnya, ambil mana-mana video ‘live’ saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya,” katanya dalam perkongsian laman sosial.


  



Penyanyi lagu Purnama Merindu itu turut meminta netizen memberi peringatan kepada orang lain atau individu terdekat terutama warga emas mengenai modus operandi digunakan scammer.


Tolong sampaikan, sebar dan maklumkan kepada keluarga, sahabat dan rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau memberi wang tunai kepada sesiapa. Jangan terpedaya apabila terima mesej, panggilan video dan sebagainya.


“Telah banyak kes penipuan menggunakan nama saya dan sudah berlangsung lama, saya sangat berharap agar semua pihak berhati-hati.


Scammer ini mencari sasaran yang berusia untuk diperdaya dengan tawaran hadiah wang tunai. Mereka sebenarnya penipu,” ujarnya.


Menerusi hantaran itu, Siti turut memuat naik video memaparkan rakaman suara tiruan miliknya yang digunakan bagi tujuan tersebut.


Ini bukan kali pertama identiti penyanyi nombor satu negara itu disalahguna pihak tertentu bagi menipu orang ramai.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh knp mcm muka isteri seorang pelawak je yg video scammer AI tu. X nmpak mcm siti pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list