View: 30485|Reply: 22
|
Benarkah Sabar satu-satunya Amalan Berpahala Infiniti ?
[Copy link]
|
|
Edited by ussopp at 19-7-2024 11:13 PM
Assalammu'alaikum sahabat forum,
Adakah benar satu-satunya amalan yg mempunyai nilai pahala infiniti ialah sabar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
'Pahala infinity' dlm bahasa arab (istilah/syarak) disebut apa? |
|
|
|
|
|
|
|
dlm quran ditulis pahala tidak terbatas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ussopp at 25-8-2024 12:16 AM
Yg ni ke?
Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya takutilah Pemelihara kamu
Bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas.
Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan.
[QH Perkumpulan 39:10]
ya betul. infiniti sama maksud dgn tidak terbatas. jadi benarkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Mudahnya, ada pihak yang menyatakan tanpa hitungan itu pahala 'infiniti'. Boleh diterima untuk menyatakan pahala yang sangat 'banyak' tanpa boleh dihitung oleh manusia/malaikat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 29-8-2024 02:25 PM
Sabar (syarat beriman) apabila ditimpa malapetaka, akan dapat ganjaran pahala tak terhitung banyaknya (bi ghairi hisab).
Satu lagi amalan yang menjurus kepada boleh dapat pahala tak terhitung ganjarannya: infaq di Jalan Allah (Surah Al-Baqarah, ayat 261):
Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Infaq/membelanjakan harta di jalan Allah diberi ganjaran 700 kali ganda (ini yang minimum). Allah melipatkan-gandakan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya sehingga tak terhitung banyaknya pahala...
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh kah sy confirm utk guna istilah infinity utk sabar.....
dan utk sedekah, selalu saya jumpa gandaan yg banyak, tapi bukan infinity.......
betulkan...tujuan sy adalah utk menunjukkan lebihnya sabar berbanding amalan lain.....dan sabar juga adalah buah ilmu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika istilah 'infiniti' itu disama-ertikan dengan maksud dengan 'bi ghairi hisab' (dengan tak terhitung), maka confirm boleh guna. Jika berlaku perbahasan lanjut bagi yang tak setuju, itu hanya lah dari segi istilah yang digunakan.
Untuk sedekah, boleh bagi ayat mana yang dirujuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mudahnya, ada pihak yang menyatakan tanpa hitungan itu pahala 'infiniti'. Boleh diterima untuk menyatakan pahala yang sangat 'banyak' tanpa boleh dihitung oleh manusia/malaikat
Kalu ikut tazkiyat al-nafs (penyucian), yg 'banyak' tak terkira tu dosa
- so just clear cache camtu.
Sbb bayi yg meninggal ketika/selepas lahir dikira sifar dosa - ahli syurga
Satu lagi amalan yang menjurus kepada boleh dapat pahala tak terhitung ganjarannya: infaq di Jalan Allah
Bab nafkah/belanja ni lain, kebaikan (pahala) diperoleh di dunia. Misalnya kisah dua kebun [18:32]
- dia boros spend semua RM ke jalan Allah (yg diredhai)
- dia sabar berjimat simpan RM dan tunggu dividen ASB
Acaner pulak ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain replied at 30-8-2024 03:41 PM
Kalu ikut tazkiyat al-nafs (penyucian), yg 'banyak' tak terkira tu dosa
- so just clear cache ca ...
Ya setuju utk tazkiyyah (penyucian), yang menjurus kepada pengampunan. Dosa sebanyak buih di lautan (macam infiniti jugak lah dosa tu) pun ada amalan yg boleh dilakukan untuk 'redeem' dosa-dosa tersebut.
Untuk ganjaran pula, saya berpandangan ia berasingan (bila melakukan amalan tertentu). Orang yang tak berdosa pun boleh dapat ganjaran yang tak terhitung banyaknya.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 4-9-2024 12:14 AM
Dzulqarnain replied at 30-8-2024 03:41 PM
Bab nafkah/belanja ni lain, kebaikan (pahala) diperoleh di dunia. Misalnya kisah dua kebun [18:32]
- dia boros spend semua RM ke jalan Allah (yg diredhai)
- dia sabar berjimat simpan RM dan tunggu dividen ASB
Acaner pulak ni?
Dalam amalan melibatkan infaq di Jalan Allah, ganjaran yang besar itu tak semuanya diberi di dunia ini, kerana dunia ini tak boleh menampung segala ganjaran tersebut. Pahala solat 2 rakaat sunat pun lebih besar dari dunia ini, apatah lagi ganjaran 2 rakaat yang dilakukan di Jalan Allah. Justeru ganjaran yang tak terhitung nilai itu sewajarnya lah diberikan di akhirat nanti.
Bagi soalan yang ditanyakan, berkaitan nafkah, sekiranya nafkah itu berkait dengan amal di Jalan Allah, tidak timbul isu boros, namun bergantung kepada kesanggupan untuk infaq/korban harta, seperti Saydina Abu Bakr RA pernah infaq seluruh hartanya di Jalan Allah. Saydina Umar RA pula pernah infaq separuh hartanya. Saydina Uthman RA pernah infaq ⅓ daripada seluruh kelengkapan keperluan jemaah di Jalan Allah.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ussopp at 7-9-2024 05:35 PM
apa beza infiniti dgn tak terhingga/ tak terbatas.
sy berharap hal ini dipermudahkan dan tidak dikomplekskan utk sy sebar sbg motivasi sabar kerana ia benda yg jarang manusia miliki dgn ampuh.
amalan2 berpahala bnyk itu kita maklum, contohnya sedekah berkembang bertangkai tangkai sehingga beberapa kaliganda yg besar....
kita tak nafikan besar dan banyak tu dan berkembang tu....
tapi sy cuma nak konfirmkan keistimewaan sabar yg mana ian tak pakai besar atau amat besar tetapi ia pakai tidak terbatas terus.......
setahu saya tidak terbatas ni lebih besar dari mana mana jenis description yg menunjukkan besar ganjaran....
sy just mahukan confirmation sabar mempunya nilai paling atas...kerana ayat tidak terbatas tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 4-9-2024 12:13 AM
Dalam amalan melibatkan infaq di Jalan Allah, ganjaran yang besar itu tak semuanya diberi di dunia ...
Allah Ad-Dahr, As-Sobur
Jap...
Adakah sama menahan diri drpd melakukan dosa, dgn mengejar² ganjaran pahala?
- sbb SEMUA rumah ibadat hari ini dah jadi pusat jual beli pahala. Period.
P/s: Sabar kan diceduk dari kata ereb.
"Demi yang lari kencang berdengus-dengus,
Yang percikkan api,
Yang serang pada waktu subuh pagi,
Yang pancarkan aliran debu,
Yang tembus di tengah dengan satu kumpulan!
Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih kepada Pemeliharanya,
Dan sesungguhnya dia saksi terhadap itu!
Sesungguhnya dia cintai benda-benda yang baik dengan sangatnya.
Tidakkah dia tahu bahawa apabila apa yang di dalam kubur dibongkar,
Dan apa yang di dalam dada dilahirkan,
Sesungguhnya pada hari itu, Pemelihara mereka menyedari mengenai mereka!"
[Yang Berlari Kencang 100:1-11] |
|
|
|
|
|
|
|
ussopp replied at 7-9-2024 05:29 PM
apa beza infiniti dgn tak terhingga/ tak terbatas.
sy berharap hal ini dipermudahkan dan tidak dik ...
Kalu kerjanya tidur 309 tahun dlm gua tak buat apa², dpt pahala tak? |
|
|
|
|
|
|
|
selepas sehari dia akan lapar mencari makan solat dan lain lain.
sy bercakap utk panduan umum kehidupan yg bkn special kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp replied at 8-9-2024 10:42 AM
selepas sehari dia akan lapar mencari makan solat dan lain lain.
sy bercakap utk panduan umum keh ...
Nope...
"Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas."
[Gua 18:28]
Dorang taknak pahala kot...kecuali geng yasin dan tahlil mlm jumaat umumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 9-9-2024 11:27 PM
ussopp replied at 7-9-2024 05:29 PM
apa beza infiniti dgn tak terhingga/ tak terbatas.
sy berharap hal ini dipermudahkan dan tidak dikomplekskan utk sy sebar sbg motivasi sabar kerana ia benda yg jarang manusia miliki dgn ampuh.
Bila menggunakan istilah dari bahasa asing, ia boleh tidak jadi mudah kerana 'infiniti' tu bukan kalimah dari bahasa Arab, jadi kalau orang tak terima istilah infiniti, maka tak berfaedah untuk mempertahankan penggunaan istilah infiniti tu kepadanya.
Kepada yang boleh terima, tiada masalah. Jadi saya ingin bertanya, kalimah Arab yg mana dalam Al-Quran yg tuan rujuk sebagai infiniti?
Adakah "bi ghairi hisab"?
Secara literal nya, "bi ghairi hisab" bermakna "dengan tak terhitung (banyaknya)"
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 9-9-2024 11:43 PM
ussopp replied at 7-9-2024 05:29 PM
amalan2 berpahala bnyk itu kita maklum, contohnya sedekah berkembang bertangkai tangkai sehingga beberapa kaliganda yg besar....
kita tak nafikan besar dan banyak tu dan berkembang tu....
tapi sy cuma nak konfirmkan keistimewaan sabar yg mana ian tak pakai besar atau amat besar tetapi ia pakai tidak terbatas terus.......
setahu saya tidak terbatas ni lebih besar dari mana mana jenis description yg menunjukkan besar ganjaran....
sy just mahukan confirmation sabar mempunya nilai paling atas...kerana ayat tidak terbatas tersebut
Ok faham. Untuk lebih jelas, tolong berikan istilah "tidak terbatas" dari kalimah Arabnya, untuk kita buat perbandingan. Kalau kita buat perbandingan dari terjemahan, kemungkinan penterjemah lain menggunakan istilah lain, dan ini timbul masalah bila ada khilaf dari segi terjemahan. Maka kena balik kepada asal kalimah Arabnya apabila kita hendak buat kesimpulan/keluarkan pendapat/istinbat hukum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 9-9-2024 11:38 PM
Dzulqarnain replied at 8-9-2024 02:24 AM
Allah Ad-Dahr, As-Sobur
Jap...
Adakah sama menahan diri drpd melakukan dosa, dgn mengejar² ganjaran pahala?
- sbb SEMUA rumah ibadat hari ini dah jadi pusat jual beli pahala. Period.
Tak sama. Saya reply dlm konteks "tak terhitung banyaknya".
Orang yg ada dosa yang begitu banyak, boleh dapat pengampunan yg banyak (kerana banyaknya dosanya) dari amalan tertentu....
Hal yang lain pula, orang tak banyak dosa, (atau banyak dosa sekalipun), ada amalan tertentu yang membolehkan dia dapat ganjaran pahala tak terhitung banyaknya. Maka tentunya ganjaran yang banyak dapat 'redeem' dosa bagi orang yang banyak dosa, akan tetapi bagi yang tak banyak dosa pula, tingkat darjatnya akan bertambah. Ada perbezaan di situ.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 9-9-2024 11:35 PM
Tak sama. Saya reply dlm konteks "tak terhitung banyaknya".
Orang yg ada dosa yang begitu banyak, ...
Pokoknya, bkn hal ganjaran dan darjat.
Ini soal mizan/timbangan/libra - deeds/amal/buat
Mahapahla (sanskrit) pun takkan ada yg lebih besar drpd tembikai atau labu (buah-buahan terbesar yg wujud) i.e. finite.
Ingat habibAllah s.a.w. Ada kah amal baginda s.a.w. yg org lain tak mampu buat? Tinggal sekapanan adja sebelum wafatnya s.a.w. - realitinya org taknak buat, simple.
Buahnya (pahala), bukanlah sabar.
Cth: Galakan berbelanja RM walaupun semurah RM0.50 menggerak pasaran hingga China yg cheapskate boleh tandingi Amireka. Simpan dlm akaun kalu, perkasa banker zionis (termasuk yg islamik).
Ingat binaan tembok 'kesian' besi-tembaga. Yg tak disebut adalah masa yg diambil utk belajar bahasa penolong² warga tempatan yg tak reti bahasa dia. Kalu kerna ganjaran dan darjat, ofkos semua org tahu siapa dia dan di mana tembok tersebut dibina.
999 drpd 1000 dlm neraka sbb menindas, merosak dan setiap yg disentuhnya binasa. Umat Yakjuj & Makjuj.
Khen? |
|
|
|
|
|
|
| |
|