CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 94401|Reply: 38

YDPA, Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan jujur, timbang rasa

[Copy link]
Post time 20-7-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode







Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.


Titah Seri Paduka Baginda, ia demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.


"Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.


"Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara," titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.


Pada masa sama, Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.


Sementara itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.


Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa kerana sudi berangkat ke istiadat pertabalan itu, yang menandakan hubungan erat kedua-dua negara.


"Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada semua Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Baginda yang sudi berangkat di dalam majlis ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir di sini dan juga yang mengutuskan ucapan tahniah, serta iringan doa sempena pertabalan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini," titah Sultan Ibrahim.


Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat pertabalan hari ini serta semua majlis yang dianjurkan.


"Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur, serta seluruh rakyatnya kekal hidup bersatu-padu, aman sentosa dan bahagia," titah Seri Paduka Baginda.


Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara pagi ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan bermakna bagi Malaysia.


Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.






Sumber: Harian Metro






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la turn iols pulak naik
Kalau turn iols, iols nk pilih warna pink.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tangkap acik2 forum yg selalu mengata tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 20-7-2024 09:42 PM
Mohon tangkap acik2 forum yg selalu mengata tuanku

Acik2 tt lg kuat mengata heols tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampun tuanku

Raja2 dan sultan2 adalah pemilik negara malaysia

Yang tak suka sistem beraja adalah umpama menumpang kereta orang tapi benci kat tuan kereta
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak Tanya.. keturunan selatan ni mmg takda degree ke? Yg I tau yg dah arwah tu je.. ampun kalau silap.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2024 12:23 AM | Show all posts
sfrnna replied at 21-7-2024 12:15 AM
Nak Tanya.. keturunan selatan ni mmg takda degree ke? Yg I tau yg dah arwah tu je.. ampun kalau sila ...

yang ada degree tu, dapat jadi Raja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 21-7-2024 12:15 AM
Nak Tanya.. keturunan selatan ni mmg takda degree ke? Yg I tau yg dah arwah tu je.. ampun kalau sila ...

baik takde degree tp blh hidup senang dlm istana..vs i yg ada degree tp kais pg mkn pg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas johor negeri mana pulak
yg i ingt perlis,terengganu,kelantan,phg ritu..
yg lain xberapa ingt atau mayb i kecik sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nampak pun Sultan Selangor atau wakil baginda hadir dlm upacara pertabalan agong kali ini. Heran jgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa RPA Tuanku Zarith. Kalau pakai royal blue, memang terletak warna nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp sultan phg & tap x dtg.
Selangor pun xde kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Che Det tersenyum OK OK, abg pau

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
goldcarrot replied at 20-7-2024 10:36 PM
Acik2 tt lg kuat mengata heols tau

Acik2 tt pun acik2 forum juga
Tp acik forum lagi jahat
Dendam berpuluh tahun
Sbb aku rasa ramai yg mungkin ada bipolar NPD semua ada.
Sejenis kalau benci org tu tak kira dia buat baik atau jahat tetap akan dibenci.
Walau mati dlm keadaan khusnul khatimah sekalipun masih tetap dicerca.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:39 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan dalam urusan pemerintahan buat baginda.
semoga Malaysia akan lebih maju dan aman sejahtera..
aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:45 AM | Show all posts
walau pun ai org johor, yg telah menetap di negeri lain i x berkenan dgn sultan yg ni,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 21-7-2024 12:34 AM
lepas johor negeri mana pulak
yg i ingt perlis,terengganu,kelantan,phg ritu..
yg lain xberapa ingt a ...

RSanya perak sebab dia Timbalan Ydpa skrg..rasanya la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bungatulip1171 replied at 22-7-2024 07:52 AM
RSanya perak sebab dia Timbalan Ydpa skrg..rasanya la


ok la..blh tgk ank bongsu dia tu..comel bethol masa kecik dlu..
abg dia i xberkenan sgt ..hensem yg terlalu jambu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Derma 100k
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-7-2024 09:12 AM
ok la..blh tgk ank bongsu dia tu..comel bethol masa kecik dlu..
abg dia i xberkenan sgt ..hensem y ...

Iols jujurin je la ya..
Kat mata iols abng dia mcm pelik sikit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061685 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list