CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56540|Reply: 0

[Johor] Pelanggaran dua kapal berlaku di perairan negara

[Copy link]
Post time 21-7-2024 07:57 AM | Show all posts |Read mode

INSIDEN perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1 berlaku di perairan Malaysia. FOTO Ihsan APMM


Kota Tinggi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dan MT Ceres 1, semalam berlaku di perairan Malaysia.

Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Maritim APMM Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, dakwaan media Singapura menyatakan perlanggaran berlaku di dalam 'wilayah mencari dan menyelamat maritim Singapura', sebagai tidak benar.

Menurutnya, insiden perlanggaran dua kapal itu berlaku di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada 6.55 pagi, semalam.

"Mengikut peta kita, ia adalah jelas lokasi adalah kawasan perairan Malaysia. Sangat jelas. Batu Putih terletak 55 batu nautika dari lokasi kejadian.

Dakwaan media Singapura, perlanggaran berkenaan berlaku di dalam 'wilayah mencari dan menyelamat maritim Singapura', adalah tidak benar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia Johor, Azmi Ab Rahim.

Semalam, Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura mengeluarkan kenyataan melaporkan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari kru dua kapal tangki minyak selepas kedua-dua kapal itu terbakar di perairan Singapura, yang kemudian dilaporkan secara meluas media republik itu.

MPA dilaporkan mendakwa kedua-dua kapal tangki itu berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura, kira-kira 55 kilometer (km) dari timur laut Batu Putih.

"Sebuah kapal Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Supreme berada di sekitar tempat kejadian menghulurkan bantuan.

"Sebuah helikopter Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) juga dikerahkan dan sedang membantu memindahkan anak kapal," menurut kenyataan MPA berkenaan.

Semalam, APMM Johor dilaporkan menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) susulan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dan MT Ceres 1, awal pagi Jumaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list