View: 13987|Reply: 33
|
“Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Zulfarhan Anggap Keputusan Tempoh Hari Membawa Ketenangan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan keenam-enam pembuli yang menjadi punca kematian anak lelakinya itu.
Melalui sesi temubual bersama pihak Mingguan Wanita, Hawa berkata pelaku-pelaku itu sememangnya perlu dihukum gantung sampai mati kerana perbuatan yang dilakukan terlalu kejam dan melampaui batas.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu memaklumkan kematian Zulfarhan turut memberi impak kepada anak-anaknya yang lain.
"Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang."
Hawa juga tidak dapat menerima perbuatan kejam mereka yang sanggup menekap seterika panas di kemaluan anak lelakinya.
"Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang."
Bahkan, Hawa juga berasa sedih ketika melihat jenazah arwah yang mengalami kecederaan terlalu teruk.
"Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening. Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna."
Sumber : Beautifulnara
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah2 dlm bulan puasa...
Tak bagi makan minum
Pukul separuh mati
Lepas tu cucuh dgn seterika
Sumpah zalim!!! |
|
|
|
|
|
|
|
@mizruncing , soalan yang kamu tanya ni aku jawab di thread ni.
soalan kamu:
" yelaa maksud aku knp pihak pendakwaan tak panggil?? sedangkan nama dia dah disebut okt "
Jawapan:
Sebab Mubin tak terlibat dengan kes, dia mahu dijadikan kambing-hitam oleh okt.....yang tak terlibat, buat apa nak panggil sbg saksi.
Hanya yang terlibat sebagai saksi sahaja yang kena panggil dan perlu datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
@mizruncing , soalan yang kamu tanya ni aku jawab di sini.
soalan kamu:
" yelaa maksud aku knp pihak pendakwaan tak panggil?? sedangkan nama dia dah disebut okt "
Jawapan:
Sebab Mubin tak terlibat dengan kes, dia mahu dijadikan kambing-hitam oleh okt.....yang tak terlibat, buat apa nak panggil sbg saksi.
Hanya yang terlibat sebagai saksi sahaja yang kena panggil dan perlu datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha terus dah tak boleh tag @mizruncing sebab dia sudah block.
apa yang penting, soalan yang dia ajukan sudah tuntas dijawab. |
|
|
|
|
|
|
|
org yg berlaku kejam kt org lain mesti ada mental dia rosak kann |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 31-7-2024 02:00 PM
org yg berlaku kejam kt org lain mesti ada mental dia rosak kann
Kes Jenayah Kekejaman Paling Jarang Ditemui. |
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 31-7-2024 02:07 PM
Kes Jenayah Kekejaman Paling Jarang Ditemui.
mmg kejam betul dorg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan penjenayah tu boleh kata apa, deyols kira baik la tak tekap dekat muka. Dasar poooookeyyyymakkkkk sungguh!
|
|
|
|
|
|
|
|
Duhai ibu dan ayah..jgn berhenti berdoa...doa semoga sepelaku diadili seadil2nya...doa itu senjata yang sgt mustajab bagi org2 yg teraniaya...insyaallah. amin...
Semua pelaku tu adalah syaitan..anak syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman gntung ni bukan stakat ketenangan utk mak ayah arwah je, tapi utk netijen dan rkyat malaysia jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Kena minyak panas time masak pon habis menggelupur satu badan, ini kan plk kena tekap iron steam....anak haram sgguh 6 ekor bangsat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kejam gila mangkuk2 ayun nih. Harap kekal sampai ke tali gantung le hendaknya takde u-turn2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
Rs nak tahu jg family okt ni kejam mcm anak2 diaorg jg ke.. apa yg mak bapa dia bg mkn sampai anak jd setan mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Timeline dari kena buli hingga meninggal dalam 1minggu lebih kan? Means seminggu lebih x bercukur. Sebak aku dgr mak dia kata, meninggal dlm keadaan janggut misai x terurus.
Dan menekap di kemaluan tu menunjukkan hati korang ni pure evil, lahanat, jahat, kebabian, keanjingan, ketahian, kedajalan, kebangsatan.
Dlm dokumen mahkamah tu, ada bgtau tak siapa yg tekap kemaluan arwah? |
|
|
|
|
|
|
|
enamJ sungguh budak2 ni..
makpak pulak enabler siap bergolok gadai nk bela anak..
semoga enamJ ni mampos di tali gantung..
jgn la ada pulak hakim mahkamah persekutuan yg pinda pulak hukuman..
kalau tak mmg dunia nk kiamat dah |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sangat bertanya komen yang mana satu jadi dalam thread ini diletak komen-komen tersebut yang mana disimpan awal-awal untuk rujukan kerana bahasanya mudah difahami. Sesiapa yang mahu membalas komen-komen tersebut,sila tag pemilik komen yang telah diberikan credit ye......disini diletakkan credit kepada yang menaip komen-komen tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Credit to Sandina
kalau y'all perasan..bukti pendakwaan ni dorg bergantung kat saksi pendakwaan (SP) 23, 24 dan 26...cuba baca balik alasan penghakiman hakim mahkamah rayuan yg 93ms tu...sebab dalam rayuan tu OKT 7-19 (kecuali no 8) ada merayu yang SP23, 24 dan 26 ni sebab sebenarnya dorg kata rakan subahat dan oleh tue..x boleh dipercayai..kena gugurkan kes tu..
tetapi saksi2 ni semua hakim mahkamah tinggi cakp boleh dipercayai dan semua keterangan dorg ni valid, x menokok tambah.
kalau tengok mahkamah rayuan punya komen pasal hujah pembelaan OK1 sampai OKT6, makhamah kata BOHONG..tidak rasional dan hanya penafian..contohnya..OKT1, 2, 3, 4, 5 tidak cakap apa2 pasal OKT 6..hanya OKT 3 je yang ckap pasal OKT 6..jadi ada unsur 4 OKT ni nak lindungi identiti OKT6 (Hakeem)....
jalan ceritanya..hakikatnya dorg semua terima arahan suh tekap iron tu..dorg semua mengaku tapi semua OKT 1-5 cakap...dorg terima arahan tapi tak ingat siapa...tp OK3 jelas2 ckap OKT 6 yang suruh....
hakim banding dengan kenyataan SP23/24/26 tadi semua confirm OKT6 ni yang suruh...ingat ye hakim dah terima kenyataan SP 23/24/25 ni sebagai benar...
jadi kenapa MM x masuk didakwa, mcm gak SP8 yang dilepaskan..simple..sebab mahkamah xde bukti mereka terlibat..SP23/24/25 ni xde sebut...cuma OKT1-6 je ade sebut sebab lebih kepada nak libatkan tengkuk MM sebagai orang penting...
contoh...dalam pembelaan OKT6, dia hanya tuduh OKT3 sebab sblm tu OKT3 babitkan nama dia...OKT6 sehabis boleh cover untuk OKT1/2/4 dan 5 sb directly tak babitkan dia..dia hentam OKT3 je..so kt sni mmg ade unsur..ko babitkan aku..ko siap..aku bawa ko sekali...ha agaknye cmtu..
ko x sebut nama aku..aku x sebut nama ko...aku akan ckap aku x ingat..kalau ade mase bace balik alasan penghakiman tu...mmg OKT akan ckap dia x ingat sape2 yg x sebut pasal dorg...yg dia ingat yg ckap yg sebut nama die je.. paling cliche dorg dah keluar awal dr blik tu g isap kok..jadi xtau ape..padahall....
.........
tapi knp percaya betul dgn info sp24/25/26 tu ye???
sebab dorg tak berada dalam situasi yang merugikan..jadi kenyataan dorg ni dikira neutral dan benar..
dan kenyataan dorg ni..kena periksa silang dengan kenyataan hujahan semua saksi-saksi yg ada...dan konsisten..ini contoh alasan penghakiman 3 hakim mahkamah rayuan..
[144] Kami bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa SP24 dan SP25 tidak mengambil bahagian memukul simati. Mereka hadir ke
62 tempat kejadian sebagai pemerhati sahaja. Keterangan SP24 ialah beliau tidak dapat melarang OKT – OKT daripada memukul simati sebab OKT beramai-ramai tengah pukul simati dan mungkin dia (SP24) juga akan kena pukul sekali. SP25 pula menyatakan beliau tidak boleh buat apa- apa bila melihat simati dipukul sebab awal lagi dah halang tapi mereka tak nak dengar.
[145] Oleh itu, kami memutuskan SP24 dan SP25 bukanlah rakan sejenayah dan keterangan mereka boleh berdiri sendiri tanpa keperluan keterangan sokongan |
|
|
|
|
|
|
|
Credit to Sandina
Tatkala sedang hangat topik kenapa MM tidak terlibat...iolzz ada baca alasan penghakiman Mahkamah Tinggi..bingkisan ni jelas menunjukkan cubaan untuk diheret MM oleh OKT1 dan OKT2.. Kena ingat OKT1 dan OKT2 ni guna peguambela yang SAMA...
Saksi Pendakwaan SP23-26 (yang Pendakwaraya bergantung untuk pendakwaan dan telah diterima Mahkamah Tinggi sebagai benar/boleh dipercayai dan selamat) tiada sebut MM..tapi OKT1-6 asik2 Mubin..Kita kena paham kenyataan OKT1-6 ni dilabel BOHONG dan TIDAK menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi..ringkasnya x boleh pakai..rekaaan dan penafian kosong semata2 untuk menyelamatkan diri...mcm juga Saksi Dipanggil oleh Pembelaan - SD19 Dr Rohayu Bt Shahad Adnan yang dipanggil GAGAL oleh Hakim Mahkamah Tinggi..
1. OKT1 disoal adakah T2-T5 mencucuh..OKT1 jawab x ingat/xtahu tapi dpt ingat dengan sempurna MM tekap di perut si mati..nak selamatkan T2-T5..jadi x tahu/x ingat..bab MM ingat sokmo.....
[302] Semasa ditanya oleh TPR sama ada T2 hingga T5 mencucuh ZF dengan seterika T1 menjawab “Saya tak tahu”. Namun anehnya sewaktu Pemeriksaan Utama T1 dapat pula menceritakan dengan terperinci bagaimana Mubin Muntaza mencucuh seterika panas ke atas ZF di bahagian perut..
2. Hujahan OKT2 terhadap MM...saksikanlaahh..koordinasi..
[322] T2 menyatakan beliau ada melihat Mubin ada mengambil seterika di dalam bilik tersebut dan Mubin ada menyatakan yang beliau akan menggunakan seterika ke atas ZF untuk ZF bercakap benar dan Mubin ada menggunakan beberapa kali seterika ke atas ZF.
[323] T2 dapat memberi keterangan bahawa yang beliau nampak jika ada apa-apa kesan ke atas badan ZF selepas diseterika oleh Mubin dan T2 berpendapat tekapan dengan seterika tidak mendatangkan kecederaan walaupun mengakui ZF ada menjerit sewaktu ditekap.
........
Dan pasal Haryani dan Surat Layangz..Iolzz ade bace yang dia ni, sementara pemalas mengharap wakil pelajar, juga ditipu oleh wakil pelajar secara khususnya Saksi Pendakwaan 17 (SP17)...banyak sangat orang dalam kronologi kes simati nak selamatkan tengkuk masing2...cuba baca ni dari Mahkamah Tinggi..Ini urutan dia....>Haryani bgtau kat SP16 > SP16 bgtau kat SP17 > SP17 bgtau kat T1/T3/T14..
Last2 SP17 bgtau kat Haryani xde siapa2 sakit kt blik 4-10....menipu pulak dah...
[152] Menurut SP23 sewaktu T1 membawa ZF ke bilik 4-06, T1 memberitahu SP23 bahawa Jurulatih hendak periksa bilik 4-10 sebab telah ‘kantoi’ (diketahui) melalui Surat Layang yang tular oleh Jurulatih Kapten Haryani [SP15] di dalam ‘Group Whatsapp’ atau ‘telegram’ bahawa bilik 4-10 akan dibuat pemeriksaan dan bertanyakan Muhamad Ikmal Zukefly [SP16] mengenai siapa yang sakit di bilik 4-10. SP16 telah memberitahu Muhammad Izzul Akhtar (SP17) dan SP17 memaklumkan ‘group’ Bilik 4-10 yang mana T1 ada di dalam group itu.
[153] Dari keterangan SP16 iaitu Muhamad Ikmal, beliau walaupun tinggal di Bilik 3-08 Blok Jebat tetapi beliau mempunyai jawatan sebagai Ajutan dalam Batalion Jebat yang menyimpan butir-butir peribadi pelajar Batalion Jebat. Oleh itu, jurulatih Kapten Haryani [SP15] telah menghubungi beliau jam 8.30 pagi, pada 23.05.2017 untuk bertanyakan siapa penghuni Bilik 4-10 dan sama ada terdapat masalah Bilik 4-10 tersebut.
[154] SP16 pada jam 8.50 pagi memberitahu Kapten Haryani nama penghuni Bilik 4-10 dan memberitahu tidak pasti apa masalah Bilik 4-10 tersebut. Kapten Haryani memberitahu SP16 agar memaklumkan yang beliau hendak berjumpa penghuni Bilik 4-10 pada jam 9.30 pagi. Lantas SP16 memberitahu SP17 Muhammad Izzul Akhtar berkenaan pesanan Kapten Haryani tersebut.
[155] Berdasarkan keterangan Muhammad Izzul Akhtar (SP17), beliau ada menerima ‘screen shot’ daripada SP16 mengenai perbualan whatsapp Ikmal dengan Kapten Haryani yang bertanyakan mengenai siapa penghuni bilik 4-10 yang sakit.
[156] Bilik 4-10 dihuni oleh Izzul (SP17) bersama Alif Farhan, Akmal Zuhairi (T1), Mohd Lukmanul Hakim (T14) dan Mohammad Najib (T3). SP17 telah menghantar ‘screen shot’ kepada ahli group bilik 4-10. SP17 walaupun mengetahui keadaan ZF namun membohongi Kpt. Haryani menjawab bahawa tiada penghuni bilik 4-10 yang sakit atas alasan ZF bukan ahli biliknya walaupun sedang sakit di bilik 4-10.
[157] Keterangan SP17 bahawa beliau tidur di masjid UPNM setiap malam semasa dan selepas kejadian 21 hb dan 22hb kerana takut mendengar pelajar biliknya menjerit-jerit. SP17 sebelum dihubungi oleh SP16 pada pagi 22hb, ada melihat ZF tidur di atas lantai di bilik 4-10 dalam keadaan berselimut. Tidak pernah sebelum ini SP17 melihat ZF berkeadaan begitu.
[158] Menurut SP17, Kapten Haryani [SP15] memaklumkan akan berjumpa penghuni bilik 4-10 selepas solat zohor namun telah ditangguhkan ke sebelah petang dan akhirnya perjumpaan dibatalkan disebabkan Kapten Haryani tiada di sekitar kampus dan hal ini diberitahu oleh jurulatih yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|